Posts

Showing posts from 2010

Keluarga hj hashim

Image
Satu keistimewaan yg ada pada adik-beradik ku ialah bila kami berkumpul ,kami suka bercerita ,mengutuk ,gelak dan kadang-kadang merancang sesuatu. Idea untuk mengadakan hari keluarga atau family reunion ini timbul dari keluarga Pak Jang ,kalau tak salah idea sebenar mungkin juga dari anaknya atau orang lain,aku kurang pasti tetapi pertama kali disampaikan oleh Azhar anak Pakjang Din. Rumah aku memang sesuai sebab ada kawasan yang luas dan jauh dari makhluk asing kecuali beberapa spesis binatang macam kera.lotong ,anjing ,kucing dan ayam. Adik-beradik ku sebenarnya lapan orang tetapi seperti yang aku duga keluarga abang sulung tak datang sebab banyak sangat alasan tetapi satu alasan yang aku pasti dia mungkin malu pada dirinya sendiri. Itulah hidup di dunia ini jangan suka sombong dan melepas cakap nanti diri sendiri yang rasa terpencil. Namun Alhamdulillahlah berita terakhir yang aku terima dia dah balik jenguk bapak dan mak de setelah kesekian lama menjauhkan diri. Dari mulut keluarg

Phuket

Image
Heello kat sana ,aku kat Phuket niiii! Sebenarnya aku dah ada kat Malaysia.Baru saja balik dari Phuket yang nyaris2 tak dapat pergi ,sebab tarikh mati pass port aku tinggal 5 bulan yg sepatutnya kena renew paling kurang 6 bulan awal. Aku memang dah redho kalau tak dapat masuk sebab dalam hati memang ada perasaan rasa tak mahu ke situ kononnya tempat tu macam tak bagus sangat,macam tempat banyak maksiat...aku cuma berserah bulat2 dan entah lepas staff Air Asia tu talipon dan tanya aku beberapa soalan ,akhirnya aku dapat masuk dan terbang ke Phuket dan membuka mata ku. Tempat itu mempunyai pantai yang indah.Penduduknya ramai orang Muslim .Manakala ramai pelancung dari negara Eropah....Aku buat rumusan ku bahawa maksiat di pekan2 seperti Patong dan Karon seperti air laut manakala orang Islam yg tinggal di pinggirnya masih kuat akidah seperti minyak ,Insyaalllah tidak akan bercampur kecuali mereka yang datang seperti air hujan yang tumpah ke dalam lautan air garam..ia akan bercampur juga

Generasi DATO' JONATON

CLICK HERE :http://mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp?file=/2010/8/3/mstar_manusia_peristiwa/20100802143240&sec=mstar_manusia_peristiwa Suami aku adalah generasi ke sembilan ,bermakna anak-anak aku adalah generasi yang ke sepuluh.

Convo ~Unisel

Image

Hari convo anak ~21 Nov

Dulu hari konvo anak yang ke dua di UPM. http://naha-ragammanusia.blogspot.com/2010/10/sekitar-convo-upm11102010.html Dua hari lagi konvo anak yang no satu pulak di UNISEL dan semestinya aku tak mau ketinggalan nak buat persiapan hari kejayaan anak aku tu...orang dah bergelar sarjana.Macam biasa lah tak sah kalau tak gubah hadiah ,kali ni dah tak mau pakai patung tedddy sebab banyak sangat orang pakai. Kali ni pakai soft toy yang bentuk empat segi ada kaki dan tangan tapi tak der hidung ala2 katun sponge tu. Patung ini warna merah bukan kuning . Anak aku no 2 tu dah ambil balik kemeranya jadi aku terpaksa pinjam kamera orang lain pulak untuk ambil gambar hasil tangan aku ni...huh bila la aku nak beli kamera murah untuk diri sendiri.

Mana Contoh dan Nasihat yg Baik....

Hai dunia aku mengaku diri aku ada masaalah. Aku tak dapat berbincang hal sepele dengan bagus bersama orang itu hingga ke hari ini. Aku sukar membuat orang itu berhenti walau sesaat untuk mendengar dan menilai secara baik apa yang hendak aku katakan apatah lagi untuk mendengar semua isi hati aku. Mudahan orang itu akan paham aku walau suara aku tidak dapat keluar dari kerongkongan . Semua orang ada masaalah. Kita boleh memilih apa yang kita suka dan tidak suka untuk diri sendiri tetapi kita tidak boleh memaksa orang lain munyukai pilihan kita, idea kita. Kita boleh memilih kawan tetapi kita tidak boleh memilih keluarga . Keluarga seperti serumpun pokok dan dari serumpun itu tumbuhnya juga tidak sama panjang tidak sama besar. Apa mahu mu sebenarnya? Memotong rumpun yang panjang agar sama rata pendeknya.Kamu risau ,aku juga risau. Mahu gunakan suara ku sebagai tukang penyampai ,sudah. Mahu bangkitkan amarah mu padanya pun sudah. Mahu di pinjamkan telinga ku untuk dengar semua keje

Kenapa Risau

Sejak anak dah besar-besar kami susah sangat nak berkumpul satu keluarga ,ada je yang tak dapt cuti atau ada hal lain.Deepavali ni semua orang balik jadi kami raikan hari berkumpul bersama sedikit istimewa macam makan malam di Secret Recepi Kuala Selangor,dan bermalam di Royale Bintang,KL sambil shopping kat Bintang Walk. Seperti biasa tempat kegemaran abah ialah Low Yat (ejaan nya betul ke tidak aku kurang pasti menandakan aku orang yang paling tak gemar tempat tu) tapi anak-anak semua rintik cuma aku je ya bukan borek. Pertama kali aku tak membeli untuk diri sendiri cuma melayan Ayum beli jeans di PDI..lepas tu aku lihat muka adik jadi kelat sebab dia belum dapat apa yg dicari.Oh ya aku beli anak patung dooodolls warna merah yang bermulut putih menyeringai~ seperti sedang senyum lebar .Nak buat hadiah convo anakku Amd Shah pada 20 Nov ni.Mahal juga harga anak patung ni ,sebab mahukan kelainan beli jugalah. Malam tu kami berpecah ,budak laki2 balik ke hotel awal sebab nak tengu

Santapan Jiwa

Image
http://ahmadmifdhal.blogspot.com/2010/11/pesanan-nabi-sebelum-tidur.html

25 tahun Sime Darby Reward

Bulan November ni ada beberapa perkara penting yang aku tak sabar nak tunggu selain darai Hari Deepavali, Raya Haji, Hari SPM , Hari Konvo anak ku Ahmad Shah, ada satu hari untuk suami ku iaitu hari 25 tahun bekerja dengan Sime Darby. Untuk pengetahuan Sime Darby akan meraikan pekerja yang setia dengan nya iaitu 20 tahun,25 tahun dan 30 tahun service~mudah2an sempatlah service yang terakhir tu. 5 tahun dulu dia pilih hadiah set rantai,gelang ,subang dan cincin emas Habib Jewels yang sampai sekarang aku masih simpan. Tahun ini aku tak tahu apa yang dia pilih kerana suami masih berahsia. Kalau aku tanya lebih-lebih nanti tentu dia nampak ada logo duit dalam biji mata aku so aku terpaksa berdiam diri lah namun aku harap dia akan pilih emas 999 .. aahh,mungkin juga kali ini dia akan pilih untuk dirinya pulak seperti jam tangan atau kamera yang bernilai tiga ribu tu....cuma aku fikir bila rosak memang akan hilang value 3 k tu...sedangkan emas aku 5 tahun dulu dah naik nilainya berkali2 g

KKJ road trip

Image
Gambar ni yang sedang melompat ni ketika kami bersedia nak bertolak ke Sabak Bernam~sempat lagi ambil banyak aksi lompat melompat depan rumah . Ya ,Tajuk kali ni agak dah basi sikit ceritanya..tapi aku rasa aku patut juga tulis sebagai satu dari cerita2 yang menarik yg patut aku kenang nanti. Mula2 aku tak tahu apa yg dimaksudkan KKJ road trip yang di tulis dalam face book geng anak perempuan aku ni. Bila ditanya baru tahu KKJ bermakna kitew kitew jew...nama blog kumpulan mereka. http://kitewkitewjew.wordpress.com/ Dari mula aku dah tahu anak perempuan aku nak buat road trip ngan kawan-kawannya tapi yang aku tak tahu bahawa aku dapat ikut sama. Semua terjadi bila abang dia yang sulung tu pun tak malu nak ikut ,lepas tu kereta yang pada mulanya dua buah dah penuh terpaksalah macam tukar plan kena bawa MPV yang lebih besar , akhirnya dah terlebih bangku pula yang boleh sumbat abang yang no dua dan adiknya akhir sekali aku pun boleh sumbat sekali. Mula tu rasa berat juga nak pergi s

Hari Re-Union Suami.

Semalam ,tidur ku tidak di temani apa-apa mimpi...jadi pagi ini aku bangun dengan rasa aman dan tenang. Malahan aku tak sabar kerana aku tahu aku akan keluar bersama-sama anak-anak ku. Pertama kerana mahu menemui anak bongsu dan kedua nak cari rumah sewa abangnya yang akan mula bekerja awal November ini. Suami bangun pukul 4 pagi sedangkan aku set alarm pukul 4.30 pagi.Semalam aku masuk tidur pukul 12 jadi sementara mahu menunggu driver suami muncul pada pukul 5. 30 pagi aku sudah teramat mengantuk. Aku tidak tahu apa yang berlegar dalam kepala dan hati suami ku ketika mahu berangkat .Aku cuma tahu sudah hampir 6 tahun suami ku tidak ke Pontianak. 6 tahun bukannya lama kalau dibandingkan dengan 20 tahun aku tidak ke Kelantan hehe. Semasa injin jip dihidupkan dan suami melangkah keluar dari rumah ...aku seperti biasa mahu bersalaman dengan suami tiba-tiba suami menghulurkan pipinya supaya aku menciumnya~masyallah baru aku tersedar kalau dulu di Johor aku selalu melakukannya setiap kali

Sekitar Convo UPM~11.10.2010

Image
http://lamadanbaru.blogspot.com/2010/10/gubahan-dari-halaman.html

Ragam~bongkak

Manusia kadang-kadang apabila bertutur dengan orang depan tidak memandang siapa yang ada di tepi dan belakangnya kecuali dia memang niat menyindir seperti aku yg sekarang mulut agak jahat kerana suka menyindir mak mertua( tabung dosa ku semakin berat).Namun aku cuma berharap ia sebagai rutin untuk menebalkan cuping telinga supaya tahan panas,sebelum kami di jodohkan hidup satu bumbung. Perkataan kiasan kadang2 memang sesuai dengan espressi tetapi kalau kiasan itu boleh menambah kejengkelan amat buruk bunyinya...tetapi yang aku nak cakap ni ialah bukan buruk orang yang di cakapkan itu tetapi perangai buruk orang bercakap tu. Bila Allah kurniakan kamu mempunyai kulit yang mulus sanggupkah kamu menunjukkan keburukan kulit orang lain dengan berbagai2 espressi seperti memek muka dan kata2 yang betul tetapi menyakitkan kalau didengar orang tersebut?Yg paling penting , pernahkah kamu berdoa apabila melihat wajah mu di cermin dengan memohon Ya Allah sempurnakan peribadiku seperti kamu sempurna

Ragam~Hati Batu

Hari ini aku dikejutkan dengan satu lagi message kematian dari Mak su. Dua hari lepas Abag Mid (abang dua pupu ku) pulang ke rahmatullah kerana sakit semput dalam usianya dalam enam puluhan ,kalau tak salah. Tapi hari ini anak perempuan dari abang sepupu ku pulak meninggal dunia.Umurnya baru 24 macam tu. Dia sering sakit kepala dan minggu lepas tiba2 dia demam dan dibawa ke hospital ~rupa2nya dia mengalami bengkak otak~tempurung kepalanya dipotong tetapi dia tidak dapat diselamatkan. Dia seorang anak yang baik ,mudah2an Allah cucuri rahmat atas rohnya. Sebenarnya aku nak cerita pasal abang pupu ku ini.Ini adalah kehilangan anaknya yang ke dua~dulu anak laki2nya mati accident dalam perjalanan ketempat kerja.Ujian Allah SWT dia mendapat sedikit pampasan .Manakala anak perempuannya ini sudah berhenti kerja kerana mahu menolong ibunya menjaga budak di rumah @ baby-sitter.Kasihan Kak Nah ,mudah2an dia lulus ujian Allah ini dengan flying colors. Abang pupu ku ini sewaktu kecilnya banyak dip

IPM re-union.

Image
Hari ni pakai digi broadband sebb streamyx dah kena potong biasalah ...suami dah pandai, sediakan lilin kalau elektrik terputus.Sediakan broadband prepaid bila telekom potong line internet. Hari ni Alhamdulillah dah selesai puasa enam ...tinggal puasa nazar pulak ,harap2 dapat buat secepat yang mungkin.Tentu nak tahu nazar apakan? Nazar kerana anak2 berjaya ,anak no satu ,no dua ,no tiga ,no empat dan insyaallah no lima setakat ni dua orang dah berjaya . Malu pada Tuhan sebab banyak meminta dari memberi ....dan inilah salah satu cara mengucapkan syukur atau terima kasih pada Allah SWT. Esuk adalah hari reunion ex IPM yg sekarang diberi nama KPM ~kolej professional MARA..tak sabarnya nak tenguk member2 lama.Malu pun ada sebab muka dah berkedut ,haha ...tapi still excited.

Angin Perubahan

Pagi tadi aku set alarm pukul 5 pagi..kononnya nak bersahur kemudian tak mau tunggu masuk sholat subuh lama2. Tapi bila aku bangun ...aku terpaksa menyerongkong dalam jamban agak lama jugak ,lepas tu buat sholat sunat .Sedang aku berdoa di masjid orang dah bang subuh jadi tak sempat aku nak sahur....yg tak syok minda aku dah mula set angka 50-50..maksudnya dlam jangka terdekat aku terpaksa buat keputusan jadikan 100 %. Lepas sholat subuh aku yakin aku akan puasa hari ini tetapi yg best nya bila mak cik sebut hari ini dia teringin nak makan roti canai aku rasa simpati pulak sebab aku tahu suami aku baru jer masuk tidur begitu juga anak jantan aku ...so bila apak,suami mak cik yang dah tak kuat berjalan pun masuk baring dalam bilik aku terus ajak ,jom lah mak cik kita pergi sementara ada orang di rumah dengan apak. Aku pun bersiap dan kali ini aku lihat mak cik pun dah tak macam dulu nak tukar pakaian cantik sebelum keluar.Bila dia cakap dia nak keluar pakai macam tu ,baju kurung dan ka

Selamat Satu Malaysia

Nak up date blog tapi dalam bulan puasa selalu mengantuk ~ hari ini puasa enam.Berbuka dengan banyaknya dan sekarang rasa terlalu mengantuk tetapi nak tulis juga sikit ,masih di Taiping dan esuk cuti umum satu malaysia,jadi saya ucapkan ~ selamat satu malaysia n gd night.... Sambungan~ Alhamdulillah panjang lagi umur aku sehari . Hari ni 16 Sept ...Hari Satu Malaysia diambil sempena pegabungan negeri Sabah dan Serawak dalam tahun ...aku kurang menghafal tarikh dan tahun bersejarah nanti aku google. Manusia kadang2 terpanggil untuk menoleh kebelakangan walaupun sedang melangkah kedepan.Boleh tapi hati2 jangan sampai tak nampak lubang atau longkang di depan takut jatuh tertonggeng pulak...Betapa rindunya hati mau Malaysia jadi Semenanjung Tanah2 Melayu semula.

Islam is still the best

Manusia akan jadi karut marut kalau bukan kerana Islam ...tenguk saja orang Kristian,Paderi besarnya dah mula melatah nak bakar kitab Quran beramai2...kata paderi biul tu kitab Quran kitab Syaithan. Tenguklah propaganda orang Barat menjadi Islam itu terroris,mereka putarkan erti mati syahid yang paling mulia di sisi Allah sebagai yang paling hina di mata manusia. Aku cuma nampak orang2 kafir laknat semakin TAKUT dengan kebangkitan ISLAM sehingga tak nyenyak tidur selagi tak musnahkan ISLAM.Aku cuma nampak elaun paderi mungkin kena potong dengan Zionist sebab ramai pengikutnya mula mengenali Islam dengan cara yang betul. Ramai terkejut bila tenguk U tube ~ada orang mencampak binatang hidup2 ke dalam sungai yang berarus deras,ada yang memijak dengan tumit kasut sampai mati dan ada juga yang buang dalam tong sampah bertutup.Islam melarang manusia berlaku zalim kepada binatang.Mengurung binatang tanpa memberi makanan adalah satu kezaliman yang berat apatah lagi sengaja membunuh binat

SUNGGUH COMEL DAN MURAH.........

Image
CLICK HERE.... http://lamadanbaru.blogspot.com/2010/08/gubahan-bunga-reben.html

Dah Nak Raya

Dah tinggal kurang 10 hari lagi untuk berpuasa(sedih ) Aku masih belum buat biskut lagi ~entah kenapa semakin malas nak buat biskut ~bila malas datg otak pun bercakap macam ni... membazir duit la ,bukan eluk untuk kesihatan pun makan manis2 ni... baik buat laksa 1st Raya ,popiah goreng inti otak2 ke atau inti sayur atau samosa ke.. Masaalahnya boleh ke buat sebb raya nanti tentu aku nak berjalan sana sini dari tunggu rumah.Pandai pulak cari biskut yg sedap 2 nak makan ,tak aci ... tak leh jadi ni aku kena buat juga biskut malam ni jugak! Suami pulak belum buat keputusan berapa hari nak ambil cuti ,bila nak mula bercuti~ entah2 malam ni dia ajak balik kan terbantut cita2 aku nak buat biskut.... susahlah nak buat plan kalau ikut kepala suami~akhirnya nanti ada yang rasa tak puas hati... Dan seperti biasa aku kena siapkan duit raya note RM 10 ,RM 5 ,RM 2 and RM 50~ ikut pangkat ~ramai dah anak buah yg bekerja tahun ni, temasuk anak sendiri sambil terdengar muzik gembira di cuping te

Hak aku dan kamu

Apa nak aku takrifkan sikap kamu kalau kamu yang sepatutnya sudah matang memberi jawapan keanak2an seperti mengungkit dan membuat perbandingan....masyaallah..aku dah bagi pendapat aku dengan terang dan jelas dan aku juga paham jenis kamu . Janganlah terlalu menurut nafsu untuk kepuasan malah mengalahkan nafsu itulah satu kemenangan bagi aku jika kamu mengerti. Kerana ingin puas manusia tak pernah berkira2 akan pembaziran..and that's ok ... the other won't feel hurt ,its your money and your own sweat... tetapi bila kamu mengungkit dan sampai sanggup mengatakan tidak mahu bagi apa2 kepada orang yg tidak meminta apa2 `bukankah bunyi nya sangat PELIK and it's totally HURT! I should know my duty very well and so should u.... Dan Insyaallah aku akan perbaiki diriku menjadi lebih baik dan yakin lah kalau aku meminta sesuatu dari kamu yang terkumpul kerana hak , mustahil kamu dapat membayarnya .

private no

Dlm pukul lebih kurang 6 ptg tadi ada satu lagi miss called tapi kali ni private number~ i don't very like private no because i don't know who the caller is and i can't return the call.... i prefer sms to a call please...

TEKAD TAPI BELUM NEKAD

Image
Ini gambar rumah contoh di Shah Alam 2 yg siap dihias dalamannya. Cantikkan dan apabila kami masuk sebelahnya pula ,bentuk yang sama tetapi kosong~ perasaan dari cinta yg meruap2 pada rumah tu tibe2 je bertukar jadi kosong juga~inilah penangan rumah kosong dengan rumah yang sudah dihias~paham apa maksud aku. Maksud aku,ialah tenguk contoh gambar di bawah berapa banyak gubahan bunga yg kamu boleh letak dalam rumah kamu,dekaaaat ruang tamu ruang makan ,ruang rehat ,ruang study ruang bilik tidur ,banyakkan? No wonder kedai bunga jarang yang aku nampak tutup.Tanpa bunga rumah tidak berseri....itu jer message yg hendak disampaikan. Hari ini aku lena sungguh.Mana taknya alarm jam yang aku pasang pun tak dengar atau aku tak tekan butang on . Tak tahu lah yg mana satu samada tak dengar atau tak pasang...tapi kesudahannya aku tersedar pukul enam setengah pagi, cuma sempat buat subuh .Miss sembahyang tahajud dan witir hmm dan yg paling best tu ingat kan belum pukul empat sempat lagi cumbu2 ,pas

Rantai dan Subang untuk DiJual

Image
http://lamadanbaru.blogspot.com/2010/08/blog-post.html Dah masanya nak lepaskan barang kemas ni. Dulu siap ada cincinnya tetapi dah hilang .Cuma tinggal set rantai dan subangnya saja. Rujuk link di atas untuk butir terperinci. PRICE @ RM 2 300 (1 SET) Nak tahu lebih lanjut pasal batu baca link towkey emas di bawah ni yang kebetulan namanya naha...:) http://towkeyemas.blogspot.com/2009/04/batu-nilam.html

Selamat Menambah Ibadah...

Pejam celik pejam celik dah seminggu aku dengan muslim yg lain berpuasa. Hmmm aku cuba hitung dan congak sepanjang seminggu ni ADA tak yang aku buat melebihi pada tahun yang sudah sudah...jawapannya tidak...aku masih tetap di takok dulu ...masih kurang mengaji dan wirid ,masih makan dengan banyak pada waktu berbuka...masih asyik dengan aktiviti duniawi masih kurang berjemaah atau bersedekah untuk mendapat pahala lebih. Jadi aku tak terkejut kalau masih ada kes maksiat dalam bulan puasa .Tak terkejut kalau aku akan hadapi sikap manusia yang sama walaupun sendiri maklum umur sudah merayap se tahun tua tetapi masih leka seperti akan sihat dan terus hidup seribu tahun lagi.Mungkin juga keyakinan diri yang tinggi bahawa mereka tidak akan apa2 di akhirat kelak ,akan hidup aman damai di sana tanpa ada balasan2 dosa kerana apa yg mereka buat sekarang dianggap bukan dosa tapi lumrah alami kalau bukan haiwani dan insani~sebab Tuhan Maha Mengetahui ,Maha Pengampun ,Maha Pengasih. Masakan tida

Interesting Links

Jumpa bebebrapa link yang bagus untuk dibaca bagi orang2 yg berminat memulakan perniagaan seperti AKU tetapi no experience and no partners to share ~ a) ialah persediaan dan risiko perniagaan dan b) link bagaimana kita nak letak bar code untuk barang2 perniagaan kita. a) http://www.sba.gov/smallbusinessplanner/plan/getready/SERV_SBPLANNER_ISENTFORU.html b) http://www.dataworks-indonesia.com/cms/documentation/help/Tutorial_1.htm Lepas baca semua tu ,aku kena timbangkan semula cadangan nak buka kedai dalam masa yg terdekat ni sebab belum ada back up yg kuat.

KECEWA

Susah untuk aku luahkan.... SEbenarnya ada banyak perkara yg mengecewakan aku , tapi biarlah aku sembunyikan saja. Hari ini ada lagi kes moles oleh van driver .mangsa umur 5 tahun ,beberapa hari lepas umur 10 tahun...tahu tak apa yg aku fikir kan ...perkara ini tak akan berhenti. Alasan...si pelaku tidak akan serik kalau sekadar hukuman penjara...bila keluar dia buat lagi sebab penyakit ini tidak boleh dirawat dengan masuk dan keluar penjara. Dan kalau dia dah masuk penjara pun nanti ada klon dia yg di luar akan melakukan yang sama. Penyakit ini memang susah di rawat kerana bukan sahaja dia bernafsu kebinatangan tetapi lebih kejam dan tolol dari binatang. Binatang pun pandai pilih mangsa yg sudah matang ketika mahu melepaskan nafsu shahwatnya. Aku cuma nampak adilnya hukum Allah SWT iaitu diikat atau di tanam sambil kita ramai2 membaling batu !!Supaya menjadi pengajaran kepada yang lain bahawa perangainya sangat terkutuk.

Gambar dulu dan sekarang..

Image
Tahun 2003 , separuh dari kami yang dari gambar paling atas dapat berkumpul di rumah Caba selepas lebih kurang 25 tahun tak jumpa....boleh cari padanan gambar di bawah dengan di atas tak ? Kalau boleh anda memang hebat dan boleh di ambil bekerja bahagian pengecaman. Tahun 1978, semasa dalam Tingkatan 5.....

Perasaan Tersepit....

Kita selalu dengar kes perebutan harta pusaka antara anak2 dan kerabat2 ,tetapi kebelakangan ini manusia dah semakin pandai siap pakai lawyer kalau tak puas hati... Di kampung aku dulu, kesian sorang bapak ni kena tipu hidup2 oleh anak lelakinya sendiri ,suruh tukar nama geran tanah sebagai imbuhan boleh hidup dengan dia ~dia kata nak jaga bapaknya sampai mati.Hati orang tua mana tak suka dengar kalau dapat hidup sebumbung dengan anak sendiri tapi si bapak tak tahu bila tinggal dengan anak ada rules n regulations~ tak boleh kotor2kan rumah kalau ada je abuk rokok tumpah atau lantai siap la telinga kena leter dengan menantu.Tak boleh lepak dan tidur sesuka hati waktu siang ~pun kena leter sebab menantu jenis pengemas~kalau katil dah kemas tak boleh usik lagi sampailah malam.Akhirnya kerana tidak tahan di leterin dan disindirin dia pun pulang dan hidup di rumah papan buruknya yang belum roboh. Itu cerita kes bapak yang tak bersekolah tak pandai undang2 ok.Sekarang jangan main2 ....Dalam

Pengajaran atau sebaliknya...

Hari Ahad lepas entah macamana dapat juga aku mengajak suami ketempat anak bongsu ku.Sejak kes kecelakaan hari tu here (yang menyebabkan seorang putera jr meninggal) aku belum lagi berkesempatan menemui anak ku dan akhirnya semalam baru dapat jumpa. Dulu kalau nak masuk ke kem ,kita cakap nak jumpa anak MP yang pakai topi merah tu akan benarkan kereta kita masuk tapi kali ni mereka tanya samaada kita orang awam atau tentera dan bila kita jawab orang awam kita kena berhenti untuk ambil pas lawatan. Sampai di MTD kami tak boleh naik ke bangunan asrama seperti biasa terpaksa tunggu di bawah.Cuma kami tidak tahu yang kami boleh minta bantuan pada guard yg bertugas dan mereka akan memanggil pakai walkie talkie pada bilik kawalan di bangunan asrama. Kata anakku yang kelihatan amat kurus ,empat orang budak termasuk Halim juga terpaksa dikeluarkan dari Maktab kerana orang ramai tidak berpuas hati jika seorang saja diambil tindakan..kononnya di atas alasan bersubahat.Kata anakku lagi sekarang

Nek,Tolonglah Paham!

Susah nya nak buat semua orang gembira dan susahnya kalau hati kita pula yang sakit. Ramuan seperti sabar ,tolak ansur ,hurmat, kasihan semua dah guna tapi hati sakit juga. Biarlah aku dan suami ambil iktibar setiap kali pulang Taiping. Ambil iktibar macamana kehidupan bila dah masuk peringkat nenek sebab mungkin peringkat datuk tinggal selangkah dua saja lagi. Umur Apak akan menjangkau 90 tahun manakala isterinya mungkin 60 keatas.Dulu Apak gagah ,kalau sekadar pokok mangga batang yg sepemeluk tu ..dia tebang guna tangannya sendiri sampai tak nampak tunggul..tanah boleh rata sampai kamu nak cari kesan pun tak jumpa. Tak tahu datang dari mana kederatnya ,badan kurus je...mungkin ada amalan atau doa atau latihan yg digunakan tapi aku memang hairan. Dia juga pandai bertukang dan menjahit...aku pernah lihat hasil jahitannya ..kalau sekadar repair baju atau seluar aku tak hinginlah nak tulis tapi ini tukar kusyen bangku. Bukan dari kain tapi dari kulit PVC. Hasilnya kusyen tu nampak baru

Bungkusan

Adoi letihnya menulis tiba2 je tangan ni tertekan apatah terus hilang semua....haaaah bengang,dah la tak rajin nak up date blog! Tadi aku tulis pasal berbaloinya aku pos bungkusan mkanan pada anak aku yg tinggal di RMC . Jika aku bandingkan kalau aku pergi sendiri.Travelling ambil masa hampir 2 jam juga jadi boleh kiralah berapa duit minyak dan tol yang aku kena bayar .Tak masuk letih lagi kalau tersesat dan traffik jam ,begitu juga kadang2 miss sholat lah. Tadi aku hantar Milo 3 in 1 (30 bungkus) ,300g biskut cream untuk dia celup dlam milo dan 2 keping chokelat snickers (faveretnya) ,dan kos hantaran baru 8 ringgit 50 sen..Berbaloikan? Aku tak tahu bila barang tu bole sampai tapi aku rasa esuk.Jadi esuk bila barang tu sampai pada anak aku terbayang2 kegembiraan di hatinya bila terima bungkusan tu sambil tak sabar2 mengoyak kertas bungkusan tu diperhati oleh kawan2 biliknya yg sama2 exited nak tenguk apa benda dalam kotak tu ~ bestkan dapat bungkusan ganti emk-ayah datang!

Ragam anak

Hari ni dah hujung bulan kan tapi semalam anak aku yang sulung(sedang demam) pun katanya gaji belum masuk ,anak aku no dua pun belum bergaji ... yang no satu tu bila badan tak sihat minta belikan panadol dengan air hundred plus~ aku kata tak eluk makan panadol dengan hudred plus dia jawab kawannya buat..hmmm apasal nak ikut kawan jer ,bila sakit teruk nanti kawan ke yang akan susah. Tengah malam ketukpintu bilik tidur aku minta duit nak gi klinik sebab panas badan bertambah~ kenalah sejarum kat bontot.Betul tak apa aku cakap ,tapi degil tahap dewata.Belum lagi bila kami berbincang pasal bab lain pasal pakai kereta untuk pergi kerja ...bab ini lagi teruk sebab masuk bab ungkit2 ,macamlah dia tak dapat layanan adil ~ hah siap aku suruh dia bagi contoh jer apa mendanya?Terkial2 dia nak cari cerita untuk spin , yg aku tahu abah dah habiskan banyak duit untuk semua anknya mengikut keperluan. Dan barulah ayat yang seperti orang lain boleh pakai kereta kenapa dia tidak...macam lagu lama di

MTD

Hari Jumaat ,aku on the way to Klang ,bawa motor cap cai atas jip untuk alan . Sampai Meru terima call dari anak aku Amat Shah, dia tanya aku samada Khaliq (anak bongsuku) ada callke tidak sebab dalam radio ada berita seorang budak junior di MTD mati kena ragging. Tiba2 je jantung aku rasa macam nak luruh ,cuba juga call no yang ada dlm hp ku tapi tiada jawapan. Sampai saja di rumah sewa Klang ,on broadband dan layar semua kisah dan berita bersangkutan MTD hari itu. anak masih tidak menghubungi aku.Malam itu dapat tahu dari suami anak saudara Fadzil antara lima yang terlibat,dan aku tahu budak itu dari caompany Bravo jadi keatakutanku sedikit reda. Kemudian aku mula risaukan kawan baik anakku Halim yang sama company Bravo walau aku rasa mustahil sebb dia budak baik tapi hari ini anak aku call aku dan sah Halim terlibat. Aku kasihan dekat budak yg mati tapi aku lebih kasihan pada budak2 yang hidup ~jangan hukum dari mata kasar tapi hukum dengan mata hati. Bila aku baca forum2 dlam in

700-850square-feet apartment

Aku tengah cari poin untuk buat perbandingan antara hidup dlam apartment dan hidup dalam rumah teres.Secara umumnya mesti aku kata rumah teres jauh lebih bagus tapi tinggal di apartment tak kurang hebatnya ~terutama yang di bayar duit up keep atau maintenance setiap bulan. Hari2 ada orang sapu sampah sampaikan sampah yang terjatuh dalam lift pun ada orang sapu.Kedua kita tak payah buka tutup gate untuk masuk cuma buka dan tutup pintu apartment masing2 kalau rumah teres kena turun kereta buka dan tutup pintu pagar.Bila malam ,risau jugak orang tunggu kita dalam semak samun atau belakang tiang pagar...hmm. Kedua ,kita tak perlu potong rumput dihalaman rumah atau cuci longkang ,sebab apartment cuma ada lantai simen untuk ruang berjalan atau berlari masuk dan keluar ke apartment masing2. Ketiga ,sebab apartment tidak ada halaman cuma ada pintu dan anjung yg ditutupi dengan dinding maka kami langsung tidak pernah ternampak muka jiran kami kecuali di tempat parking kereta dan di dalam lift.P

Not too late

Ahad kemarin pulang dari Klang malam tu juga ,bila sampai rumah sholat Isya lepak2 kejap depan TV rasa ngantuk terus masuk tidur. Esuk tu bangun pagi as usual masuk dapur tenguk apa yg ada nak masak~ingat nak buat yg ringkas dan cepat tapi roti dan maggie habis . Nasib baik ada pisang beruk eheh buruk ,jadi apa lagi buat cucur kodok la jawabnya. Lenyek punya lenyek pisang, gaul punya gaul tepung dengan gula tiba2 cari botol minyak masak pulak tak ada,botolnya dah di buang dlm tong sampah,dah habis~ Yang jadi penyelamat pagi semalam ialah 3 bij telur ayam yg entah kenapa tak di perabiskan oleh penghuninya. Jadi sarapan hari itu untuk suami ialah telur rebus separuh masak dan sekole/mug milo panas. Bila suami pergi kerja aku keluar ke 99 mart,beli beras yg kampit 5kg,beli minyak botol kecik ,beli pencuci lantai ,beli pemutih (bleach),beli milo,susu dan maggie buy 5 free 1,beli air seven up n soda,beli telur dan roti ,kuaci dan kacang ,beli makanan kuching,beli tuala ,beli bawang,beli

EASY ~ RHB

Kalau dulu aku kutuk2 service di CIMB ,hari ni aku nak promote RHB bank EASY~perbankan mudah dan pantas. Setakat sehari semalam semua berjalan seiring dengan motto banknya iaitu EASY. Semasa berada di TESCO Setia Alam ternampak booth RHB ni dengn lima paparan Easy ~easy pinjaman ekspress, easy simpanan mesra ,easy ASB(yg menarik perhatianku), easy~insuran kasih(minat juga) dan last sekali Hadiah Menarik untuk di menangi. Kelima2 paparan ini dalam segi empat dan bewarna-warni menarik minat ku untuk singgah . Tetapi niat pertama aku ialah nak mengecek insuran yang aku ambil dari pejabat pos dengn kerjasama RHB~ tetapi melekatpula pada pinjaman ASB. Inilah pertama kali terdapat satu skim pinjaman yang peminjam hanya perlu bayar duit faedah pinjaman selama 5 tahun tidak termasuk bayaran pokok. Selepas 5 tahun berturutnya barulah kita membayar duit pokok .Maksudnya per year kita cuma bayar 5+% interest of amaun yg kita loan.Kalau saya ambil $40k saya kena bayar sejumlah $171.56 /bulan se

Bila hATI SUDAH benci

Layakkah isterinya menerima layanan seperti itu( di benci) hanya sekadar mahu menegur ? Aku mencari beberapa faktor kelemahan isteri yang selalu berlaku semata2 mahu merealisasikan kata2 layak di sini... 1) kerana isterinya tak buat kerja rumah . 2) tak pandai layan dia makan atau minum. 3) kurang layanan atas katil. 4) tak pandai jaga kewangannya. 5) tak pandai jaga ego dan emosinya. 6) kurang ayat menggayat. 7) tak mengiyakan kemahuan dan ideanya 8) tidak pandai pasang badan/bergaya mengikut seleranya. 9)tidak pandai cari wang/bekerja untuk mengurang kan bebannya. 10)Tidak pandai . Kalau ada lagi saya akan tambah kemudian. Nampak kecil je tapi bila dikumpul akan jadi besar .Kalau type suami suka bercakap dengan isteri suka menegur baik2 dengan ikhlas mungkin isteri akan paham tapi kalau jenis suka tegur cara kejam sambil jueh2 mulut mungkin andaian isteri satu ,suami sudah benci sudah muak dengannya.Apatah lagi permintaan suami seperti impossible dituruti. Contohnya,isteri yg sud

BerKaLi suDah

Kamu cerdik kah tidak..... Dunia manusia ni pelik sikit ,kadang2 kita tak sangka pun orang yang malang ialah orang yang cerdik. Yang cerdiklah yang suka tibai dadah untuk perangsang ,tibai anak sendiri ,tibai dari belakang dan lain2 benda yg tak masuk di akal. Aku tak pula kata orang bodoh tak buat tapi kalau orang bodoh kita memang tak hairan Kerana dia bodoh tapi kalau orang cerdik? Dalam berita hari2 ada cerita pasal face book menjahanamkan ikatan kekeluargaan ,mustahil orang cerdik pandai tak baca ..tapi mereka rasa mereka cerdik mustahil mereka akan berada di tempat yang sama.Tahu tak siapa yg mereka face book ni ,aku yg bodoh pun boleh teka.Ya orang Yahudi yg cerdik ...yang mensasarkan mangsa2 yang cerdik juga . Senario 1~ Seorang bapa yang sibuk dengan kerja dan tidak ada kawan sepejabat yang rapat selalu pulang ke rumah yang hanya ditemani seorang isteri separuh abad kerana anak-anaknya semua sudah masuk pengajian tinggi.Setiap kali pulang tiada perbualan yang menarik dengan

Dah besar-panjang.

Dua tiga hari ni aku tinggal di rumah sewa@apartment anak ku di Klang.Masa mengetik key board ni hidung aku berhingus sambil ter bersin dengan kuat sekali-sekala~ simpton biasa kalau aku mengemas rumah. Aku nak cerita sikit betapa zaman berubah ~ dulu waktu aku dapat kerja ,emak bapak aku cuma keluarkan duit tambang keretapi jer hantar aku ke rumah sedara yang tinggal di Kuala Lumpur dan aku akan tinggal disitu makan tidur free sampai aku dapat gaji yang pertama. Orang dulu2 kalau ada saudara mara tapi kalau tak singgah atau cari mereka, mereka akan marah atau merajuk .Tapi sekarang lain, kalau lebih dari satu malam sudah dikira menyusahkan mereka.Tambah lagi kalau tinggal sebulan,mulalah dengar macam2 cerita akhirnya sampai merajuk dan putus talian kesaudaraan. Anak-anak ku harus ingat betapa beruntungnya mereka. Belum bergaji lagi dah dapat tinggal dalam apartment yang agak selesa tanpa menyusahkan saudara kecuali bapanya. Mana mereka nak cekau bayaran deposit dan sebulan sewa +

Dunia macam2

Jumpa satu blog yg ada unsur2 agama tetapi di olah dengan caranya sendiri seperti kebiasaan kita menyebut Allah tetapi dia menyebut Allaha ,kalau bismillah jadi bismillaha dan seterusnya .. Aku rasa pelik jadi aku tulis seperti ini~apa selama ini aku salah! ... pernah tak kamu kadang2 rasa gerun pada seseorang ~ dan se 'orang itu ialah diri KAMU sendiri ! Pernah tak kamu rasa kemungkinan kamu di pihak benar mungkin salah ~ yang di pihak salah mungkin benar ! Bagaimana mahu cari jawapannya kalau kamu sendiri hidup bersama arus itu ~ apa kamu sanggup menongkah arus? ~ sukar ,maka berdoalah pada Allah bahawa kamu berada di jalan yang benar lagi lurus. Siapa yang tak ingin mempunyai pasangan yang boleh memberi laluan atau tiket kita ke syurga~membahagiakan kita juga di dunia ~ memelihara zuriatnya dari azab api neraka dan membimbing mereka mencari kejayaan. Andaikata kamu telah menemuinya maka bersyukur lah selalu pada Allah SWT, dan andaikata kamu masih terumbang ~ambing ,berdoalah. B

13Mei 1969

Sebab dlm fb, dlm blog tiba2 je orang cakap pasal 13 mei aku pun ambil kesempatan nak citer pengalaman aku pulak. 13 mei 1969 tolak 5 ogos 1960 ...umur aku waktu tu baru 8 tahun lebih .Bapak aku baru je pencen askar jadi aku baru jer berapa bulan jadi budak kampung .Kalau darjah dua tu biasalah hingus hijau asyik meleleh kat hidung aku. Masih terbayang aku dok sedut hingus tu srot ,srot,srot. Masa tu paling best duduk kampung, dapat main guli, main getah, main galah panjang, main police n thief ,main layang2 ,main pukul berapa datuk harimau ,main batu tujuh ,main congkak dan macam2 permainan.Asyik main jer. Tiba2 ada curfew.Kedai Cina depan kampung semua tutup .Kami Diberi beberapa jam saja untuk beli barangan dapur. Aku tak paham apa2 cuma macam suka pula.Sebiji macam citer filem melayu dulu2 kisah negeri yg dilanggar Geruda. Sunyi-sepi.Paling best aku tak yah pergi sekolah. Kalau tak salah aku ada dua kali kot curfew. Dalam umur sementah itulah aku dengar macam2 cerita ,aku dengar or