Posts

Showing posts from February, 2011

SIMPLE CONGAK

Hari tu ,jenuh juga nak berhujah dengan suami bahawa beli rumah pakai loan lebih berbaloi dari beli cash. Pendapat suami beli cash , tak payah bayar interst atau bunga pada bank . Aku pula kata interest akan ditanggung oleh penyewa. Tapi suami pula berpendapat kalau rumah dibayar tunai, terus jadi hak milik sendiri dan boleh sandarkan pd bank kalau mahu buat overdraft(bermaksud hutang) . Dan hujahnya lagi, kalau disewakan ,sudah tentu tiap2 bulan akan dapat wang tunai bersih sebanyak RM 500 tanpa tolak hutang. Secara kasar nampak pendapat suamiku lebih bagus tapi mari kita buat simple congak. Katalah harga apartment yang hendak dibeli bernilai 60 ribu .Rujuk di sini untuk loan rumah http://www.iproperty.com.my/propertylisting/646331/Puchong_Apartment_ForSale Untuk 20 tahun dengan Interest rate 6.3% anda bayar loan sebanyak Rm469 se bulan dan anda boleh sewakan pada orang dengan harga Rm 500 sebulan. Manakala duit cash anda masukkan dlam ASB dan biarkan selama 20 tahun.Dengan average

Jangan Ralat

Sekarang aku mengikuti laman ini..... http://www.auctions.com.my/ Mungkin aku agak terlambat tapi biarlah terlambat dari langsung tak cuba. Kalau rezki aku ada dalam beberapa bulan ni aku akan memiliki harta atas nama aku sendiri iaitu sebuah apartment murah .Umur aku sekarang memasuki 51tahun. Kerana aku dah hidup agak lama, mahu juga aku berpesan pada wanita2 kat luar sana melalui pengalamanku kalau cari pacar tu carilah yang senang berbincang yang sekurang2nya jenis yang mahu mendengar dan bertimbang rasa.Kalau dapat yang memahami perasaan perempuan lagi bagus. Anak aku kata nasib isteri tak bekerja memang sedemikian ,pendapatnya selalu di kotak-katikkan tapi sebenarnya yg aku tahu banyak juga wanita yang tidak bekerja mendapat penghurmatan yang tinggi.Arwah ibuku sendiri salah seorang darinya. Kedudukannya dalam rumahtangga sebagai isteri dan ibu amat selesa.Kami hurmati dia dan jarang membantah ,malahan banyak idea2nya yang kami terima kerana bagus. Aku cuma boleh fikirkan satu s

Duit

Agak lama tak menulis...macamana nak jadi penulis ni....Ada orang bila update blognya siap bagitahu semua orang suruh jenguk dan baca tapi aku lain ,kalau ikutkan aku mahu rahsiakan blog aku ni walaupun memang ada satu yang aku hide untuk semata2 aku sahaja yang boleh baca dan tahu..tetap aku tak dapat nak luahkan 100% peratus yg aku rasa ,mungkin terlalu perasan orang akan baca dan buat andaian buruk. ...aku baru tahu yang aku mungkin dalam kategori introvert http://www.suite101.com/content/the-introvert-a13661 .Orang introvert ni rupa2nya perlu pada satu2 ketika bersendirian untuk recharge tenaganya. Dia cepat letih bila berada dalam kelompok o rang ramai untuk waktu yang lama dia lebih banyak menyimpan jawapan dalam otaknya dari dicurahkan...patutlah aku kadang2 rasa aman bila bersendirian. Dan jenis malas nak menjawap dan bertanya, lebih suka mendengar. Sifat manusia Allah jadikan macam2 ragam .Ada yang phobia perasan orang asyik kutuk kalau orang lihat asal usulnya dari kampung