Posts

Showing posts from 2011

Majlis Pertunangan Anak Saya

Image
Alhamdulillah ,majlis pertunangan berjalan sungguh lancar dan hampir sempurna . syukur pada Allah swt kerana cuaca baik ,saudara-mara pun hampir semua datang sebelah saya dan suami untuk membantu. Saya yakin semua tetamu gembira dan puas hati. saya sempat tanya bakal besan macamana dengan makanan hari tu katanya ramai yang bertambah ,alhamdulillah mungkin juga terlalu lapar entahlah. Di sini saya ingin ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg hadir terutama saudara-mara dan sahabat tolan anak2. Rasa meriah sangat dan paling hiba apabila bapa saya dalam keadaan kakinya belum baik kerana terjatuh datang dan masuk duduk antara orang ramai beserta dulang2 hantaran mereka ,saya tak dapat menahan air mata dan curi2 masuk dalam bilik sambil menahan sebak..alhamdulillah tak lama mungkin dalam satu minit saya dah ok. Gambar2 pertunangan insyaallah saya akan upload dari fb anak tak lama lagi ,sekian semoga dicucuri rahmat semua.
http://lamadanbaru.blogspot.com/2011/09/update.html

Kehidupan

Bila manusia hidup berpuluh-puluh tahun dengan pengisian kehidupan tiba-tiba datang satu ketika dia merasa kekosongan tanpa memori indah dlam kehidupannya .Memori itu sendiri mesti diisi dengan keindahan kehidupan dan dikongsi dengan orang2 terdekat ,ia dilihat dari sudut keredhoan dan kepuasan melalui kehidupan itu sendiri.

A bit nervous

Salam, tinggal 2 minggu je lagi persiapan hari pertunangan anak dara saya yang sorang tu...saya dah buat yang terdaya walaupun mungkin tidak yang terbaik .Rasanya macam boleh buat lebih baik tapi tak boleh pun. Minggu lepas saya rasa gementar sanagt sebb banyak benda yang tak settle, seperti tempahan makan untuk 200 orang tetamu , bunga fresh yang saya belum order ,gubahan yang tak siap2 dan benda2 kecil seperti kat mana nak cari daun sireh atau cara dan waktu terbaik nak petik daun2 hijau sepanjang jalan ke ijok tu ....dah pakat dengan ayum katanya waktu subuh ,good idea sebb kalau lepas magharib takut serempak jembalang tanah pulak. Hari ini dah back to normal again sebb dah confirmkan dengan catering makanan cuma risau juga dia tak mahu duit deposit katanya bayar waktu dah hantar semua makanan dan khemah tu.Hmmm fikir yang baik2 ok walaupun emak saya ajar suruh fikir yang buruk dulu sebagai back up atau sediakan payung sebelum hujan.Kemudian sireh pun dah tahu mana nak dapat ..begit

Garisan kehidupan.

Jika kehidupan hanya satu garisan lurus maka dua kehidupan umpama dua garisan lurus samada garisan itu akan bertemu atau tidak terpulang. Tapi aku dan dia seperti dua garisan yang sama2 menegak atau melintang ,seiring tidak akan bertemu dan terus di atas garisan lurus.

Kami serupa...16th Sept-bekas asrama convent taiping.

Image
Seronok dapat jumpa kawan2 lama yang membesar bersama2 di bawah satu bumbung asrama. Lepas berpuluh tahun tak jumpa dan berkumpul dan apabila sampai ke detik pertemuan ini kami saling melihat,teka apa jadi...masing2 lawan ketawa geli hati melihat perubahan ketara kami .Namun ada yang tidak berubah langsung iaitu perangai KAMI!

Buat apa yang perlu...

Image
Sambungan entry yang terdahulu ....sebenarnya aku masih dengan prinsip mahu melakukan sesuatu tanpa pembaziran ,jadi aku decide untuk gunakan bekas2 kaca di bawah ni untuk gubahan hantaran anak aku tak lama lagi ...aku yakin benda2 ni nanti dapat digunakan untuk isi nasi dan lauk oleh besan aku kelak :) Rasanya masa berputar begitu pantas , hari ni dah masuk minggu ke dua berpuasa.Masa beredar bermaksud umurku juga bertambah. Badanku tahun ni rasa sedikit lemah dari tahun lepas,mungkin juga kerana ubat batuk dan antibiotik yg aku ambil kerana aku terkena bronchiatic yg mungkin dijangkit dari suamiku. Oleh kerana paru2 ku memang tak eluk jadi aku mudah terjangkit. Apapun aku bersyukur pada Allah kerana mampu meneruskan puasa dan sembahyang tarawikh yg aku lakukan sendiri di rumah. Rasanya memang aku seperti sendiri mengadap tuhan dan akan terus sendiri mengadapNya ,moga Allah beri aku kekuatan. Alangkah bagusnya kalau aku pergi ketika aku seperti kain putih yang ber

Persiapan

Kawan aku yang dah ramai menantu cakap kalau sorang dah mula kawin nanti tunggulah yang lain2 akan turut. Aku macam tak boleh terima teori tu dari segi saintifik tapi dari segi lojik boleh lah sebab salah satu menunjukkan kalau sorang dah cukup dewasa untuk kahwin anak2 lain pun mestilah sebaya dan dah cukup umur juga. Mungkin juga benar ada teori berjangkit .Bila sorang dah kahwin yang lain pun teringin nak kahwin. Cukuplah bab jangkit-mengjangkit tu. Sebenarnya hari ni aku nak ceritapasal anak no 3 aku yang the only perempuan dlm 5 adik beradik dah nak kahwin awal tahun depan...siapa yang terbaca entry ni dan rasa ingin datang memeriahkan hari bersejarah anak ku tu datanglah ,tunggu aku post kan entry jemputan bila tiba masanya. Sebenarnya dalam merealisasi kan impian anak ku nak masuk gerbang perkahwinan aku mahu yang terbaik sekali gus yang terindah. Konsep ku yang pertama ialah santai dan mesra. Banyak hal yang aku lihat sewaktu hari bahagia pengantin nampak kaku macam patung! Pel

Kelab Taat Suami

Tak tahu kenapa hati aku terbakar bila mendengar ayat yg keluar dari mulut somebody tu. Sakit hati bukan kepalang.Rasa tak disayangi satu hal dan rasa tak dihargai yg menyakitkan hati. Tak ada nada kelembutan yang dapat mendamaikan sanubari seorang insan yang akan menemaniku sampai mati. Jadi aku terfikir sejenak jika aku tua nanti ,will my life be a bed of roses? Complain,complain dan terus complain.... Memang aku tak sebagus family kamu kalau memang family kamu bagus sangat tapi kenapa menghina dari mana aku datang. Kalau sekadar bandar tempat tinggal kera dan monyet ,aku dah puas berak kencing di situ dan satu lagi aku cuma tinggal di kampung selama solid 3 -4 tahun saja so apa kena mengena perangai aku dengan kampung jika rumah aku semak ,jika aku tak suka make up ,atau jika aku malas! Lagi satu aku suka orang kampung berbanding dari pekan so jangan kutuk aku sekarang kalau dari dulu dah tahu aku memang orang kampung!! Terima seadanya? Ikhlaskah atau terpaksa telan semua rasa ket

Susah mahu membenci...

Image
Sudah lama aku meminati lagu2 nashid dari kumpulan Indonesia ni .Baru2 ini bila rindukan lagu2 untuk santapan rohaniku aku akan kembali ke u tube mencari lagu2 nasyid dan aku dapati lagu ini sudah diberi nafas baru....any comments? Biar aku simpan pendapatku dalam diriku sendiri .

Merisik Khabar

Aku pernah terfikir dulu ,apa akan berlaku jika ditakdirkan aku bertemu semula wajah2 yang ingin aku temui. Mungkin selepas 5 tahun ,10 tahun 15 tahun . Dan sungguh aku pernah tulis dulu apa yang terdetik dalm hatiku seperti doa yang tersembunyi dan aku telah temui bekas teman ku melalui face book semalam .Kali akhir dia datang temui aku bila anak ku yang nombor 2 tu lahir dan aku masih ingat lagi perkataan punk yang terpantul dari mulutnya bila melihat rambut anakku yang terpacak tu. Waktu itu dia masih bujang dan aku sudah beranak dua. Kedatangannya kerumah ku sebagai seorang jiran dan sahabat dan sesungguhnya hati kami bersih terasa keikhlasannya menemui untuk mengucapkan tahniah pada ku..tak lama kemudian dia pula berkahwin dengan wanita pilihannya..kalau tak salah, aku dah berhenti kerja waktu itu dan mengikuti suami ku ke Johor..namun aku sempat titipkan sejadah bewarna merah...suatu yang aku tidak sedari ialah aku sedang sakit ketika itu dan berat badan ku menurun secara mendada

Kematian bah 2

Walaupun aku pada zahirnya nampak kejam kerana meninggalkan jenazah tapi hati aku tenang. Aku tahu jenazah apak akan ditemani ramai sanak saudara dan cucu2nya. Apatah lagi esuk adalah hari Jumaat. Sudah tentu masjid akan dilempahi ramai orang yang bersholat Jumaat. Bila pulang ,suamiku menceritakan suasana sebenar. Bagaimana jenazah apak diuruskan oleh orang-orang yang biasa memandikan jenazah. Ia dimandikan dengan tertib hampir 2 jam ditolong oleh anak dan cucu.Sesudah selesai mandi jenazah tidak terus disembahyangkan dan di kebumikan seperti yang disuruh oleh pak su tetapi menunggu habis sholat jumaat baru di sembahyangkan.Dari sinilah perasaan tidak puas hati pak su lalu dijaja bahawa jenazah tidak dimandikan dengan sempurna dan lambat ditanam bermakna jenazah tersiksa.Katanya dia belajar dan apa orang lain tidak? Dua minggu kemudian bila suami berjumpa dengan pak su masih mengungkit cerita tersebut ...sebenarnya setelah kami berbincang adik beradik kami yakin bahawa pak su terlalu

Di sebalik kematian

Hari ini aku bukan nak bercerita apa yang berlaku pada si mati atau kepada roh si mati .Tidak juga yang bersangkut dengan kematian. Aku cuma nak cerita peristiwa sekeliling dan perangai manusia-manusia apabila berlakunya kematian. Beberapa jam saja sebelum aku menaiki keretapi ekspress dari Taiping ke KLCentral ,bapa mertuaku sudah menunjukkan tanda bahawa dia akan pergi meninggalkan kami cuma dalam hati kecilku mengharap aku sempat berjumpa dengan nya dalam 4 hari akan datang. Ya, aku cuma musafir (ganti ayat melancong) , ke Vietnam selama 4 hari 3 malam ,tiket penerbangan ku pada 20 hb May pukul 9 pagi dan pulang semula pada 23 hb May. Tapi seminggu sebelum tu aku dan suami sudah berada di Taiping apabila mendapat berita yang bapa masuk hospital.Cerita yang aku dengar ,bapa tarik dan muntah. Waktu mak cik panggil Kak Siti ,salah sorang kakak ipar yang tinggal di Simpang dan suaminya ,mereka tidak dapatbuat apa-apa. Kemudian mereka menalipon Kak Ani, adik perempuan mereka yang tingga

Kenapa

Sekarang ni kes buang bayi di tahap yg mengerikan hampir setiap hari ada saja berita tentang bayi malang ni...apakah salah satu sebb jadi macamni kerana kos perkahwinan terlalu tinggi. Mungkin ramai orang berpendapat tahap pergaulan yang terlalu bebas, atau kurangnya pendidikan agama dan lain2 tapi aku rasa asemua tu tak berapa tepat walaupun tidak pula tak betul. Contohnya kerana pergaulan yang bebas inilah yang senang menemukan uda dan dara maka aku nampak segi positifnya tak perlu nak guna orang tengah . Manakala kurang didikan agama juga bukanya masaalah kerana ramai lagi agama lain selain agama kita tetapi jarang kita dengar mereka buang anak.Alasan yg aku ada mungkin walaupun ada berlaku dalam peratus yang kecil atau besar atau jarang2 atau mungkin banyak,mereka akan gugurkannya awal2 ~Jadi apakah sebab kurang agama atau sebab ada duit?Kalau tak berpuas hati cuba selidik lagi kebanyakan yg terlanjur tu wanita2 yang beragama yang bertudung labuh yang takut malu dicaci masyarakat.

Aku balik kampung

Hari ni tak sangka aku berjaya buat satu keputusan sepontan dengan menaiki bus dari Taiping ke Bagan Serai dan turun naik teksi terus ke Kuala Kurau bertemu bapaku. Hmmm . Bas yang aku naik tu tak berubah langsung dari umur aku belasan tahun sampai lah separuh abad ni. Bas tak der pendingin udara jadi tingkap yg pakai sorong tu dan pintu nya sentiasa terbuka agar angin masuk. Bila hujan lebat air hujan akan curi2 masuk dari celah2 cermin yg sudah renggang disebabkan getah yang sudah tertanggal. Mata aku juga tertumpu pada lantai bas bila bas itu menerjah air yang bertakung di atas permukaan jalan,air akan bersembur masuk dari celah2 papan yang merekah tak ubah seperti perut sampan bapa aku yang pernah bocor satu ketika dulu. bersambung. 13 jun, Sebenarnya Taiping ke Kuala Kurau tu bukannya jauh sangat tapi nak ke sana tu yg macam jauh. Nak ajak suami dia asyik dengan style dia la kalau tak interesting atau tak penting beratlah montotnya bangun. Hari tu sebab bapa Taiping sakit dan mas

Bila Terdetik di Hati,Yg baik itu menjadi Doa

Salam semua penghuni alam. Agak lama juga tidak menulis dalam blog ni jadi macam banyak cerita yang mahu di tulis. Cuma ingat atau tidak. Oh ya, mula2 sebelum terlupa nak bagi tahu anak bongsu ku dapat tawaran menyambung pelajarannya ke UM macam kakaknya dulu cuma kakaknya masuk hanya beberapa minggu saja sebelum dapat tawaran dari Telekom dan berpindah ke Universiti Multimedia. Kali ini dia pula cuma belum tahu samaada akan kekal di situ atau berpeluang dapat tempat lain juga. Hari Isnin ni dia dipanggil temuduga untuk tawaran menyambung pelajaran ke Korea,dapat atau tidak Wallahualam~ perasaan ku berbelah bagi sebab satu ,dari segi Bahasa yang amat asing dan kedua course engineering agak susah. Aku prefer dia ambil kursus yg agak senang seperti IT atau Accounting di Australia. Apapun sebagai ibu aku yakin semuanya sudah tertulis dan aku redho sambil terus berdoa Allah swt kurniakan yang terbaik untuk anak2 aku. Tiba2 je aku teringat kat anak aku no 4 abang pada anak bongsu aku

SIME DARBY HUMAN RESOURCE~SUCKS

Image
Aku rasa sedikit kecewa kerana dah dua hari aku cuba talipon HR tapi langsung tak dapat . Line asyik engaged yg menjawab hanya suara mesin dan operator ,bila aku tanya operator kenapa tak ada orang yang menjawab ,katanya mungkin mereka sedang bermesyuarat .Pendek dan ringkas serta menjengkelkan. Kemudian aku tanya lagi boleh tak sambungkan dengan sesiapa saja yang aku boleh bertanya pasal award anak pekerja ...lantas dia sambungkan aku semula pada satu nombor dan kali ini baru aku dengar suara orang tapi malangnya ia dari division Yayasan Sime Darby dan tidak dapat membantu kerana pekerja Sime Darby hanya diuruskan oleh Human Resource Department.Namun kerana ingin membantu dia telah bagikan dua no direct lines yang mana bila aku talipon bertanyakan salah seorang masaalah ku dia tidak dapat menjawab kerana tak tahu lantas memberi ku no operator dan extension yg aku telah talipon berkali2 sejak petang semalam. Aku cuma nak minta penjelasan dari mereka tentang requirements yg t

1 Malaysia

Satu malaysia konsep sebenarnya dah lama juga isitu sejak Datuk Najib jadi PM. di Malaysia ni kita suka kenalkan diri kita sebagai orang India ,orang Cina ,orang Melayu ,orang Asli ,orang Iban dan lain2. Lepas tu kita kenalkan diri kita ikut daerah pulak macam orang Perak ,orang Kedah atau orang Kelantan. Bangsa lain mungkin guna ayat dari Ipoh ,KL , JB.Pun tak salahkan kan.Bila kita keluar negara baru kita guna ayat we are from Malaysia....cantik kan! ...selama ini memang begini pun dan tak ader cacat pun dengan memperkenalkan diri sebegini cuma sejak kebelakangan ni apabila ahli2 politik menjadi bertambah aktif dan kemaruk. Perkara yang selama ini cantik dah jadi kurang cantik . Undang2 negara dicabar~buatan manusia la katakan~undang2 Tuhan lagipun manusia sanggup tentang ini kan pula buatan manusia ye tak?Kononnya Malaysia terlalu perkauman,racist tak adil dan lain2.Sebab keadaan dah kurang harmoni dan kurang cantik maka kerajaan reka slogan baru 1 Malaysia . Sebenarnya aku ta

Dosa Wanita

Image
Melalui ceramah video di atas buat aku menilai semula dosa2 aku terhadap suami walaupun nampak seperti perkara biasa dalam kehidupan seharian manusia yg sudah bergelar suami-isteri tetapi besar maknanya di sisi Allah swt. Contohnya hari itu atau pada suatu pagi yang tenang di saat suami mengadap sarapannya. Aku yang tahu suami akan ke Subang Jaya memberitahu aku dan anak aku ingin ikut .Tujuan kami nak ikut nak singgah Parkson nak beli baju kemeja anak yang kononnya akan dipakai untuk interview jika ada kelak. Tapi entah kenapa aku terima jawapan ,anak kita ni terlalu mewah kan ,macamana dengan orang yang bergaji seribu ,dua ribu .... Mungkin sebab nada tu seperti nada orang memberi komen jadi aku pun jawablah dengan komen....Orang yang gaji seribu mestilah buat cara yang bergaji seribu ,maksudnya lepas spm je anak2 mereka tak payah sambung belajar ,boleh cari kerja masuk polis ke tentera ke ,jururawat ke...tak perlu keluar duit banyak2...kalau abah kata beli talipon itu mewah atau b

Cari Rumah

Image
Dalam bulan ni memang aku ngan anak-anak kecuh nak beli apartment dekat PuchongPerdana tu... Sebab utama nak beli ,kan anak2 aku dah bekerja .Pulak tu semua dapat area dekat2 Puchong tak termasuk yang sedang belajar di Cyber tu . Jadi aku fikir dari dok kasi duit kat tuan penyewa baiklah aku beli jer aprtment dan aku jadi tuan penyewa yang baru... Cari punya cari dalam internet juga meronda di kawasan2 yg perlu maka berkenanlah dengan satu apartment di Rosana Villa ni. Sekali pandang je kawasan tu aku dah jatuh cinta. Ia terletak di tingkat satu ,sesuailah sangat untuk orang separa umur ni memanjat untuk exercise,cun2 je nafasnya boleh tahan. Tingkat satu juga ada keistimewaannya kalau banjir kilat pun barang dah pasti selamat. Dan yg ketiga ada viewing point tak macam di tingkat bawah tak nampak apa2...tapi apartment tu punya viewing point memang cantik ,depannya ada padang permainan dan sebuah surau.Cantik ! Harganya pun tak mahal ...dah jumpa ejen dengan lawyer dah bagi pun 3 K de

Dulu dan Sekarang ~jarak 30Tahun

Image
Siapa sangka sudah berpuluh-puluh tahun berpisah tiba-tiba boleh buat re-union ,kena ucap terima kasih pada cendiakawan yg reka internet dan laman2 bermasyarakat secara siber ni seperti face-book ,friendster dan lain-lalin. Bila jumpa balik kawan2 semaja remaja dulu dan kini yg sudah jadi Datuk dan Opah ,sungguh perasaan ini bercampur-baur. Mula2 jumpa mesti lah sesi tanya nama dan mengecam. Dalam berpuluh tu ada juga yg Allah swt bagi dengan keadaan yg awet muda langsung tak berubah dan sekali gus boleh cam! Tapi ramai yang sudah berubah ..bukan saja dari segi fizikal tetapi dari segi rupa,maklumlah umur 20 jadi 50! Yang membuat aku ketawa ialah kenangan ketika zaman dulu yang sexi pun sudah pakai tudung labuh ,alhamdulillah dan yg rocker rambut panjang pun dah berkopiah kerana sudah naik haji ,Alhamdulillah. Kebanyakan dari mereka menyandang jawatan tinggi ,maklumlah umur2 begini .Ada juga yang berkecimpung dalam perniagaan. Banyak cerita yang kami kongsi . Banyak cerita yang aku ba

Pusing kena Saman

Semalam 28 Februari , hari terakhir tawaran POTONG separuh harga saman trafik. Sebelum tu pada hari Jumaat ,aku dah pergi Balai Polis Kuala Selangor .Aku bayar saman kereta yg berdaftarkan nama aku dan suami kemudian aku sempat talipon anak aku Ahmad Shah minta no ICnya . Berduyun manusia , suami aku yg jenis tak suka menunggu pergi sebelah pagi tapi terus balik jadi aku minta untuk pergi semula selepas zohor.Kadang2 ada hikmahnya waktu2 sebegini ,kita belajar bersabar ,betul tak? Dalam ramai2 ni ada juga orang yg cuma main politik tanamkan rasa benci pada kerajaan tapi rata2 aku lihat ramai yg sokong tindakan tersebut kerana salah sendiri. Semalam ,oleh kerana aku tahu anak2 aku yg spesis tak ambil berat @ selalu terlupa aku terus pergi ke pejabat pos untuk bayar satu lagi saman bawah nama anak ku Azlan Shah.Di samping tu aku juga nak masukkan semula duit asb yg aku draw kemudian nak photostate buku tu tunjuk baki semasa .Lepas tu nak minta bank statement dari May Bank.Semua tu

SIMPLE CONGAK

Hari tu ,jenuh juga nak berhujah dengan suami bahawa beli rumah pakai loan lebih berbaloi dari beli cash. Pendapat suami beli cash , tak payah bayar interst atau bunga pada bank . Aku pula kata interest akan ditanggung oleh penyewa. Tapi suami pula berpendapat kalau rumah dibayar tunai, terus jadi hak milik sendiri dan boleh sandarkan pd bank kalau mahu buat overdraft(bermaksud hutang) . Dan hujahnya lagi, kalau disewakan ,sudah tentu tiap2 bulan akan dapat wang tunai bersih sebanyak RM 500 tanpa tolak hutang. Secara kasar nampak pendapat suamiku lebih bagus tapi mari kita buat simple congak. Katalah harga apartment yang hendak dibeli bernilai 60 ribu .Rujuk di sini untuk loan rumah http://www.iproperty.com.my/propertylisting/646331/Puchong_Apartment_ForSale Untuk 20 tahun dengan Interest rate 6.3% anda bayar loan sebanyak Rm469 se bulan dan anda boleh sewakan pada orang dengan harga Rm 500 sebulan. Manakala duit cash anda masukkan dlam ASB dan biarkan selama 20 tahun.Dengan average

Jangan Ralat

Sekarang aku mengikuti laman ini..... http://www.auctions.com.my/ Mungkin aku agak terlambat tapi biarlah terlambat dari langsung tak cuba. Kalau rezki aku ada dalam beberapa bulan ni aku akan memiliki harta atas nama aku sendiri iaitu sebuah apartment murah .Umur aku sekarang memasuki 51tahun. Kerana aku dah hidup agak lama, mahu juga aku berpesan pada wanita2 kat luar sana melalui pengalamanku kalau cari pacar tu carilah yang senang berbincang yang sekurang2nya jenis yang mahu mendengar dan bertimbang rasa.Kalau dapat yang memahami perasaan perempuan lagi bagus. Anak aku kata nasib isteri tak bekerja memang sedemikian ,pendapatnya selalu di kotak-katikkan tapi sebenarnya yg aku tahu banyak juga wanita yang tidak bekerja mendapat penghurmatan yang tinggi.Arwah ibuku sendiri salah seorang darinya. Kedudukannya dalam rumahtangga sebagai isteri dan ibu amat selesa.Kami hurmati dia dan jarang membantah ,malahan banyak idea2nya yang kami terima kerana bagus. Aku cuma boleh fikirkan satu s

Duit

Agak lama tak menulis...macamana nak jadi penulis ni....Ada orang bila update blognya siap bagitahu semua orang suruh jenguk dan baca tapi aku lain ,kalau ikutkan aku mahu rahsiakan blog aku ni walaupun memang ada satu yang aku hide untuk semata2 aku sahaja yang boleh baca dan tahu..tetap aku tak dapat nak luahkan 100% peratus yg aku rasa ,mungkin terlalu perasan orang akan baca dan buat andaian buruk. ...aku baru tahu yang aku mungkin dalam kategori introvert http://www.suite101.com/content/the-introvert-a13661 .Orang introvert ni rupa2nya perlu pada satu2 ketika bersendirian untuk recharge tenaganya. Dia cepat letih bila berada dalam kelompok o rang ramai untuk waktu yang lama dia lebih banyak menyimpan jawapan dalam otaknya dari dicurahkan...patutlah aku kadang2 rasa aman bila bersendirian. Dan jenis malas nak menjawap dan bertanya, lebih suka mendengar. Sifat manusia Allah jadikan macam2 ragam .Ada yang phobia perasan orang asyik kutuk kalau orang lihat asal usulnya dari kampung

DARAH

Darah aku ialah group B positive. Aku hairan juga kenapa darah manusia lain-lain tapi aku cuma fikir ia adalah kuasa Allah SWT disamping kita tak boleh tipu kalau kita ini betul-betul anak emak-bapak kita atau tak ...tiba2 teori aku lari lagi bila anak saudara lahir dengan group blood yg very-very rare sampai doktor bagi dia pakai rantai yg ada gambar ular berlengkar dan wajib digantung dekat leher kerana takut jika sesuatu berlaku seperti accident ,doktor boleh tahu .Dan jenisnya memang susah untuk mendapatkan donor. Kita selalu dengar lain jenis darah lain tindak balasnya pada ubat ,sebenarnya sama juga pada makanan yang kita ambil.Aku baru tahu bahawa makanan yang kita ambil ada yang boleh jadi booster untuk darah kita(menguatkan) dan ada juga yang mejadi racun walhal makanan itu pada asalnya memang baik .Daging ayam dan makanan laut yg bercengkerang tidak eluk dimakan oleh orang dari darah group B.Tomato kegemaranku juga tidak bagus untuk darah aku dan banyak lagi yang aku baru ta

Jatuh sakit dan nasib

Entah kenapa aku tak boleh lupa topik bualan aku ngan kakak ipar ketika berada di Taiping minggu yang lepas. Kak Miah pun ada balik sebab apak kurang sihat. Jadi biasalah kalau Kak Miah balik ,Kak Ani dan Kak Siti pun mesti datang ,maklumlah nak jumpa kakak sulung mereka. Aku pulak balik sebab ikut suami nak ambil lap top yang tertinggal . Masa Kak Siti ngan Kak Miah asyik berborak ,Kak Ani pun sampai dan yang aku pelik Kak Siti terus diam tak bercakap. Muka Kak Ani pula tak berapa manis. Lepas Kak Ani balik baru aku tahu yang dia dan Kak Siti ada krisis tapi aku malas nak tanya nanti panjang cerita . Kak Ani dan Kak Miah berborak pasal herba life dan aku tak nafikan mereka nampak sihat tapi aku tetap ada pandangan aku sendiri .Dari yang sihat berubah cerita pada orang yang tak sihat dan doa .Kata Kak Miah kita jangan doakan panjang umur tetapi berdoa pada keberkahan. Seperti rezki yang berkah ,hidup yang berkah ,amalan yang berkah. Sebabnya memang benar kalau dipohon umur yang panjan

Pertunangan

Image
Bila aku sebut orang dulu-dulu bertunang lebih tertib dari sekarang ,anak aku mencelah mengatakan aku kena ikut peredaran masa. Ada salah paham kot ,sebab aku jenis yang ikut peredaran masa tetapi mestilah berlandaskan agama. Maksud aku apa yang aku tegur atau rasa tidak puas hati apabila sesuatu perbuatan itu sudah tergelincir dari suruhan Allah. Namun kalau difikir semula apa yang tidak tergelincir pada zaman sekarang. Era sekarang era remaja laki-laki dan perempuan sering berpandangan dan bergurau-senda. Zaman sekarang tidak ada mata-mata antara mereka . Orang dulu-dulu merisik ,beri tanda, masuk meminang dan akhirnya bernikah kerana PERLU ikut urutan. Kalau dahulu orang merisik kerana mereka tidak tahu samaada bakal yang hendak dipinang mungkin dalam diam-diam sudah ada pilihan hati.Orang dulu merisik kerana ingin tahu apakah mereka layak memetik bunga di taman orang. Kerana takut menanggung malu jika mereka tidak berjaya ,khidmat orang tengah akan digunakan untuk merisik. Tetapi