Posts

Showing posts from June, 2011

Merisik Khabar

Aku pernah terfikir dulu ,apa akan berlaku jika ditakdirkan aku bertemu semula wajah2 yang ingin aku temui. Mungkin selepas 5 tahun ,10 tahun 15 tahun . Dan sungguh aku pernah tulis dulu apa yang terdetik dalm hatiku seperti doa yang tersembunyi dan aku telah temui bekas teman ku melalui face book semalam .Kali akhir dia datang temui aku bila anak ku yang nombor 2 tu lahir dan aku masih ingat lagi perkataan punk yang terpantul dari mulutnya bila melihat rambut anakku yang terpacak tu. Waktu itu dia masih bujang dan aku sudah beranak dua. Kedatangannya kerumah ku sebagai seorang jiran dan sahabat dan sesungguhnya hati kami bersih terasa keikhlasannya menemui untuk mengucapkan tahniah pada ku..tak lama kemudian dia pula berkahwin dengan wanita pilihannya..kalau tak salah, aku dah berhenti kerja waktu itu dan mengikuti suami ku ke Johor..namun aku sempat titipkan sejadah bewarna merah...suatu yang aku tidak sedari ialah aku sedang sakit ketika itu dan berat badan ku menurun secara mendada

Kematian bah 2

Walaupun aku pada zahirnya nampak kejam kerana meninggalkan jenazah tapi hati aku tenang. Aku tahu jenazah apak akan ditemani ramai sanak saudara dan cucu2nya. Apatah lagi esuk adalah hari Jumaat. Sudah tentu masjid akan dilempahi ramai orang yang bersholat Jumaat. Bila pulang ,suamiku menceritakan suasana sebenar. Bagaimana jenazah apak diuruskan oleh orang-orang yang biasa memandikan jenazah. Ia dimandikan dengan tertib hampir 2 jam ditolong oleh anak dan cucu.Sesudah selesai mandi jenazah tidak terus disembahyangkan dan di kebumikan seperti yang disuruh oleh pak su tetapi menunggu habis sholat jumaat baru di sembahyangkan.Dari sinilah perasaan tidak puas hati pak su lalu dijaja bahawa jenazah tidak dimandikan dengan sempurna dan lambat ditanam bermakna jenazah tersiksa.Katanya dia belajar dan apa orang lain tidak? Dua minggu kemudian bila suami berjumpa dengan pak su masih mengungkit cerita tersebut ...sebenarnya setelah kami berbincang adik beradik kami yakin bahawa pak su terlalu

Di sebalik kematian

Hari ini aku bukan nak bercerita apa yang berlaku pada si mati atau kepada roh si mati .Tidak juga yang bersangkut dengan kematian. Aku cuma nak cerita peristiwa sekeliling dan perangai manusia-manusia apabila berlakunya kematian. Beberapa jam saja sebelum aku menaiki keretapi ekspress dari Taiping ke KLCentral ,bapa mertuaku sudah menunjukkan tanda bahawa dia akan pergi meninggalkan kami cuma dalam hati kecilku mengharap aku sempat berjumpa dengan nya dalam 4 hari akan datang. Ya, aku cuma musafir (ganti ayat melancong) , ke Vietnam selama 4 hari 3 malam ,tiket penerbangan ku pada 20 hb May pukul 9 pagi dan pulang semula pada 23 hb May. Tapi seminggu sebelum tu aku dan suami sudah berada di Taiping apabila mendapat berita yang bapa masuk hospital.Cerita yang aku dengar ,bapa tarik dan muntah. Waktu mak cik panggil Kak Siti ,salah sorang kakak ipar yang tinggal di Simpang dan suaminya ,mereka tidak dapatbuat apa-apa. Kemudian mereka menalipon Kak Ani, adik perempuan mereka yang tingga

Kenapa

Sekarang ni kes buang bayi di tahap yg mengerikan hampir setiap hari ada saja berita tentang bayi malang ni...apakah salah satu sebb jadi macamni kerana kos perkahwinan terlalu tinggi. Mungkin ramai orang berpendapat tahap pergaulan yang terlalu bebas, atau kurangnya pendidikan agama dan lain2 tapi aku rasa asemua tu tak berapa tepat walaupun tidak pula tak betul. Contohnya kerana pergaulan yang bebas inilah yang senang menemukan uda dan dara maka aku nampak segi positifnya tak perlu nak guna orang tengah . Manakala kurang didikan agama juga bukanya masaalah kerana ramai lagi agama lain selain agama kita tetapi jarang kita dengar mereka buang anak.Alasan yg aku ada mungkin walaupun ada berlaku dalam peratus yang kecil atau besar atau jarang2 atau mungkin banyak,mereka akan gugurkannya awal2 ~Jadi apakah sebab kurang agama atau sebab ada duit?Kalau tak berpuas hati cuba selidik lagi kebanyakan yg terlanjur tu wanita2 yang beragama yang bertudung labuh yang takut malu dicaci masyarakat.