Posts

Showing posts from 2009

KAH!KAH!KAH!

Image
Mate at first sight Atan (left) and Ani getting to know each other better. By day, Ani the orang utan had been providing amusement to visitors at the Saleng zoo in Kulaijaya, Johor. By night, she had been all alone dreaming of the ideal mate to provide 'amusement' for her. The state Wildlife and National Parks Department (Perhilitan) managed to find Atan, a male orang utan. Thankfully, Ani is not lonely anymore and is getting her fair share of 'amusement'. Zoo caretaker and animal trainer J. Siva Priyan said the department handed over 15-year-old Atan to the zoo on Dec 16, but he was kept in a separate enclosure next to Ani. “We did this to make sure the two could get used to each other before letting them have contact. “Two days later, they were placed in a single enclosure, and it seemed like love at first sight as the two immediately started mating,” he said. Siva said he was thankful to the department for giving the

Operasi bersih bilik

Pagi tadi dalam pukul tujuh pagi waktu m'sia, Ahmad Shah berangkat ke tempat kerjanya dengan kete satria yang dipandu oleh adiknya, azlan.Belum sempat aku nak bagi segulung nasihat dia dah sound awal2 dia pergi seminggu je....mmm tak jadi nak bagi mutiara kata buang sepatah dua. Lepas semua orang dalam rumah dah clear ,tugas aku yg pertama ialah masuk gua atau sarang dia bertapa .Buang kotak rokok kosong ,puntung rokok dan abuk rokok,buang tin-tin minuman kosong ,plastik wrappers dan segala mak-datuk sampah...penuh dua beg plastik tesco. Kutip kain baju termasuk selimut ,cadar, sarung bantal dan tirai tingkap, ada kut setinggi bukit rumah aku ni ,punyale banyak.Suruh Aci cuci bilik air dan mop lantai sampai bersih..sebab setiap kali aku masuk bilik dia dan pijak tempat basah...aku akan tinggalkan kesan tapak kaki yg hitam sebab terpijak abuk rokok dalam sarang tu!Ambik bantal busukk dan jemur bawah matahari. Kalau kecik lagi rasa macam nak rotan2 je supaya jage kebersihan ,jangan d

MACAM-MaCam

Image
Dalam post lepas aku cuma upload gambar bunga ros dalam ais tapi tak sempat nak tulis apa2 sebabnya suasana tak sesuai, ada orang lain yg perlukan komputer berada dekat a ku waktu tu. Macam sekarang ni aku agak bebas - suami dah pergi kerja ,anak sorang tu dah bertolak pergi jumpa kawan untuk hadiri majlis pertunangan member mereka di Melaka dan yang sorang lagi tu di tingkat atas dengan dunia dia....jadi inilah masa aku boleh mengetip papan kekunci ni . Bunga ros yang aku bawa dari Johor tu amat galak berbunga .Dulu semasa Mariapan bawa benih tu aku cuma tanam dalam pasu kuranglah sikit bunganya sekarang ni dah tanam atas tanah yang di tambak dengan tanah yang bergaul denagn tahi minyak sawit.Subur betul tanah tu...campak je benih apa pun tumbuh! Bunga ros yg kembang ni hanya boleh bertahan paling lama tiga hari ,kemudian kelopaknya mula nampak layu dan akhirnya akan gugur........ada banyak teknik untuk mengekalkan bunga segar ni dari layu dan gugur .Salah satu dari caranya ialah

MISSING JOHN

Image
MASA TENGAH KEMAS KASUT KAT GERAJ BELAKANG RUMAH ,AKU TERJUMPA JOHN NI NYOROK2 ,WALAUPUN AKU TAK TAU IA FEMALE KE MALE ,AKU PANGGIL JE JOHN SEBAB SUSUK FIZIKALNYA MACAM THE ROCK FILEM KING SCORPION TU..... AKU SIMPAN DIA DALAM GELAS KAKI AKU SEBAGAI HIASAN....KAGUM BETUL AKU TENGUK SAIZ DIA, BENTUK DIA ,KALER DIA....TAPI PAGI NI DIA DAH HILANG,RUPA2NYA DIA BOLEH PANJAT ....MENYESALNYA AKU SIMPAN DALAM GELAS KECIK ...KAWAN AMAT DAN ALAN DAH SOUND KAT AKU SUPAYA SIMPAN DALAM GELAS YANG LEBIH BESAR TAPI AKU DEGIL SEBB GELAS TU TAK SECOMEL GELAS KECIL NI...DAH NYESAL DAH...rUMAH AKU TERLALU LUAS DAN AKU TAK FIKIR DAPAT JUMPA DENGAN JOHN LAGI...DIA JENIS BINATANG COOL YANG BOLEH BERSEMBUNYI SATU2 TEMPAT LAMA2.

Cara nak kekalkan kecantikan Bunga Ros

Image

Kata cucu ,LEBIH GERAM dari KESIAN

ENTRY TAMBAHAN; Aku tahu aku dah tua sekarang tapi bila aku jadi bertambah tua macam orang dalam rumah ni aku minta dijauhi jadi macam tu..... Kalaulah itu bukan rumah aku sendiri rasanya aku tak akan duduk lama dalam rumah tu...aku selalu dalam delima bila berada di rumah tu lama2,nak marah takut berdosa nak tegur takut melukakan hati dia lebih tua dari aku..banayk kali juga aku menegurnya ,mungkin dia dah paham sikit kot mungkin juga dia suka buat2 tak paham. Aku Rimas tahap dewata bila... Setiap kali suami aku keluar dia selalu tanya aku kemana suami aku pergi...10 kALI suami aku keluar sepuluh kali dia tanya dan sepuluh kali aku jawab , TAK TAHU tapi dia tetap tanya jugak. Bila TV meragam ... berulang2 kali sebut...biasalah dah uzur tenguklah sampai rosak. Tapi tidak dalam fikirannya dah bayangkan suami mesti beli baru untuk suami dia kerana suami dia bapak suami aku. Pantang kami balik , dia mesti terus cakap dia nak pergi sana pergi sini kalau Noor Aini boleh bawa kereta....mes

Perkahwinan Laili Nazrah dan Ramzu

Image

Tour to Sangkar Ikan

Image

Dua minggu yang bermanafaat.

Suami baru habis cuti semalam. Rasa macam berkurun je tinggalkan rumah .Apa taknya pokok2 yang kami baru tanam dulu ,ada yang terbakar kerana terdedah pd cahaya matahari terik ada yang layu sebab tanah kering kontang tak cukup air dan banyak juga pucuk2 yang kena patah dek monyet.Entahlah ...macamana nak selesaikan masalah monyet2 liar ni pun aku tak tahu..suami nak tembak je...aku pulak nak panggil pakar monyet buat dokumentari.Aku dah belajar sikit2 sifat monyet ni..dulu orang kata monyet dapat kenal samada orang tu laki2 ke perempuan...kalau dengan perempuan monyet lebih berani tapi aku boleh buktikan teori tu salah. Monyet ,sama jugak macam anjing dan haiwan lain...terpaksa tunjuk kuat depan lawan. Riak kita mereka boleh baca sama juga kita boleh baca riak mereka. Oleh kerana monyet ni takde senjata nak tunjuk kuat mereka akan tunjuk gigi taring.... oleh kerana saiz manusia lebih besar dari monyet mereka akan serang secara berkumpulan kadang2 dari arah 3 atau 4 penjuru . M

Wahabi tu apa?

Aku gelar diri ku Muslim tetapi jangan tanya aku lebih dari rukun Islam dan rukun Iman..... http://drmaza.com/home/?p=805

Betulah tu...

SEmalam Sunday... cuti ,walaupun aku tak bekerja makan gaji ,aku pun tertunggu2 juga hari Ahad ni.Hari untuk keluar jalan2 sebabnya kalau suami atau orang lain tak bawa aku keluar berjalan..aku tak keluarlah.Seperti biasa ,pagi suruh siap ,lepas asar baru bergerak. Jumaat lepas dah ke KLCC....dan baru tahu ada tempat menarik dekat situ, Aquaria KLCC tapi tak sempat nak masuk sebab tutup pukul lapan malam..insyaalllah lain kali.Kat KLCC hari tu asyik betul tenguk wanita2 anggun..berkebaya dan berbaju kurung dari kain yang berqualiti dengan kasut tumit tinggi dan beg tangan yang matching....dalam kepala hotak aku dok calculate how much did they spend on those things.... Semalam last minute suami decided ke D Curve semata2 nak makan....sebab dua orang anak yang ikut pada malam tu tak pernah masuk TG its Friday,my hubby bawa kami makan di situ..sebelum masuk aku dah bagi tahu anak2 makanannya kalau ikut tekak aku tak lah sehebat mana pun tapi harganya memang hebat...dan jumlah orang

SHAH ALAM dan ARAK

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/43591-selangor-belum-tentukan-kawasan-sesuai-jual-arak Kalau nak tenguk dimana ramai orang Melayu berniaga ,pergilah Shah Alam,Kota Bharu ,Kuala Trengganu....Kalau nak tenguk peniaga Cina ramai pulak ,pergi Kepong atau Ipoh atau Penang atau Johor Baru atau mana-mana bandar dalam Malaysia . Kalau nak tenguk orang India ramai pulak datang Batang Berjuntai ,Klang dan Penang. Bila satu2 tempat yang banyak peniaga Melayu seperti di Shah Alam dan Kota Bharu, bukanlah bermakna Cina tak boleh tembus perniagaan di situ ,mereka bangsa yang banyak duit. Tetapi mereka juga bangsa yang tidak boleh tinggalkan arak dan hiburan......

Laling Gua

Hari ni aku nak tulis pasal laling gua. He's so special ,i mean his character...susah nak jumpa dalam seribu.... Mula2 kenal dengan dia ... tak terus jatuh cinta sebab waktu tu tak nampak apa2 yang istemewa pada rupanya..tak macam rupa shashi kapoor atau jetendra yang menjadi kegilaan wanita2 di tahun 80han atau waktu sekarang macam shah rukh khan. Susok badan pun tak lah tinggi mana tapi ada something yang menarik mata aku waktu tu iaitu punggongnya yang agak bulat bila dia pakai seluar kodroi ketat..aku tak pernah tenguk budak laki2 yang punya bontot solid macam tu....its kind of cute to me. Bila dah jadi kawan dia suka bagi hadiah walaupun aku jenis yang tak pernah minta dan harap apa2 dari dia .Kalau aku minta entah2 lagi besar kot aku dapat. Sekarang dia dah dah jadi suami aku. Ustaz yang pernah mengajar aku pernah cakap ,isterilah orang yang paling mengenali suaminya...maksudnya apa...maksudnya emak dia pun tak berapa kenal dengan fe'el anaknya.Sebab emak sekadar p

KEBAHAGIAAN

Kadang2 rasa macam tak adil kalau wanita di cop sebagai kaum lemah yang kurang akal .Tapi kebanyakan masanya kita terima tanggapan tu bukan kerana kita setuju seratus peratus atau apa yang dicopkan itu betul .Kita terima kerana kita tahu kita tidak boleh menang dengan laki-laki kerana sifat ego mereka yang bukan mereka sengaja buat2. Dan kita setuju kerana itu yang mereka mahu dari kita ,senang cakap kita ,wanita yang lembut sikit kena mengalah dan yang keras sikit cakap kena bagi muka sikit kat orang laki-laki ni . Allah SWT telah mencipta satu kombinasi sempurna untuk kita iaitu pasangan dan kita dipertanggung jawabkan menjaga pasangan kita.Melalui pasangan kita belajar banyak hal dan yang penting sekali untuk memahaminya . Tak lama lagi usia perkahwinan ku akan mencecah 28 tahun dan baru2 ni ada soalan cepu emas buatku, adakah aku bahagia? Kalau aku boleh menyoal kamu semula erti kebahagiaan ,apa jawapan kamu? Mungkin aku mendapat jawapan yang berbeza. Kebahagian kamu dan orang

REPLAY

Winter in my heart

Ada orang ajak suami ikut dia ke Beijing during chinese new year ni , teringat cerita Amy pasal Beijing... musim sejuknya yang banyak buah peach . Penari akrobatik yang boleh lipat badan dan masuk ke dalam tong yang saiznya lebih kecil dari badan si penari..Adakah aku akan sampai jua.... http://www.travelchinaguide.com/climate/beijing.htm

BIUL SEKEJAP

Aku biul sekejap atas penangkapan Dr Asri, kamu? http://drmaza.com/home/?p=786

So boooring...

Kalau nak tahu semalam hari Konvo Unisel ntah yang keberapa.Kalau nak tahu juga semalam suami plan macam nak balik Taiping so excited tapi seperti biasa itu hanya PLAN. So rumusan yang aku nak tulis ialah sebab aku ingat kan semalam nak berjalan aku tak memasak pun... Lewat tengahari Amat bawa kawan dia pulang ...so aku goreng keropok lekor jamu mereka.Lewat petang lepas kawan dia balik...suamiku masih tak gerak2 lagi dari depan komputer...aku masih tak memasak sebab dah kenyang makan keropok lekor lagi pun kan suami ada PLAN hari ni...lepas tu suami baring atas kusyen siap terlelap lagi. Aku masih tak masak kan suami ada PLAN...'mm ,Amat lapar ,masak ape?' "MM tak masak tapi roti ada, maggie ada, burger ada ,hot dog pun ada." -------------------------------------------------------------------------------------------------- Telipon suami berbunyi banyak kali..takut penting terpaksa le gerak...pas tu dia cakap Lim banyk kali panggil ajak keluar makan tapi suami malas.S

Kerja Kerajaan

Betulkah aku dengar kalau kerja dengan kerajaan bukan saja diri sendiri diberi layanan istemewa oleh kerajaan malahan kedua ibubapanya . Aku cakap pasal rawatan kesihatan bila suami dah pencen nanti.Kata teman saya yg anaknya kerja dengan kerajaan, dia selalu pergi Hospital Putra Jaya untuk ambil ubat.Saya nak tahu apakah termasuk operation dan hospitalisation.... ada sesiapa yg tahu ? Baru2 ni best tenguk rencana pasal health insuran di Amerika oleh michael moore...kesian rakyat Amerika ,ditindas oleh sistem pemerintahan sendiri.

Fav PictuRES

Image

HUJUNG MINGGU Di Rumahku

Hari tu seminggu sebelum Deepavali suami bawa kami ke PUchong ,ada open house di rumah kawan baru yg di kenalkan oleh kawan lama .Nama nyaHj Azar. He called my husband 'abang' tanda mesra but my abang rasa a bit janggal ,terasa tue ke ,segan ke ,pelik ke bunyi nye ,entah lah. For me itu tanda mesra . Minat Hj ni daki lurah dan lembah dengan pacuan 4 rodanya. Yang pada malam tu aku tenguk berderet jip pacuan 4 roda dan beberapa buah motor scrambler yang tersusun di halaman depan rumah.Dulu tanah yang mrk cacak buat rumah dan kedai tu hanya kawasan kampung tapi hari ni hulala tanah peningalan orang tua mereka yang luas tu dah jadi pekan yang sibuk nyibuk lagi. Mula2 sampai ke perkarangan rumah Hj ni aku dah macam... Masyaallah !ramainya orang open house ke kenduri kawen ? Tetamu yang datang lebih dari 200 orang dan kata Idah,isterinya itu biasa.Apa????? Ada yang datang sejauh Tapah dan Kenyir...semua tu geng 4x4 jenis pakai radio pemancar dan main panggil melalui radio je.Malah

HUDUD- ulasan Dr Mohd Asri

Image
Jangan Bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu Disiarkan pada Aug 02, 2009 dalam kategori Akidah | Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin Saya hanya sempat mengikut dari jauh isu dan secebis ‘hukuman sebat ke atas peminum arak’ di Pahang. Banyak juga email mengenainya meminta saya mengulas isu tersebut, termasuk email seorang tokoh politik dan ahli Parlimen ternama. Banyaknya urusan menjadikan saya ‘ketinggalan bas’ kebelakangan ini. Rasanya, sikap rela model berkenaan patut dipuji. Ya, arak itu haram di sisi Islam, tiada siapa pun yang beriman berbeza pendapat mengenainya. Namun apabila hukuman ke atas pesalah itu dilaksanakan, ia membabitkan dua aspek utama; pertama, hukuman yang dikenakan, kedua, individu yang dihukum. Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali. Namun pad

1 Malaysia

How can we improve national unity according to the 1 Malaysia spirit? -DIGI Aku cadangkan pakai baju yang ada gambar Bendera MAlaysia ,tak kira le pada sari ke ,baju kurung ke,skirt ke ,chiong sam ke ,janji ada gambar bendera 1Malaysia bukan muka PM Malaysia.

FAMILI

Image

Sebahagian Koleksi Gambar ku

Image
Untuk tatapan anakku AZLAN yang tak dapat bersama kami .... PEACE!!!!!

UP DATE

Harga asn hari ni 0.7687 ,masa aku beli 11 Ogos ,nilainya 0.7481 .....kena charge 5% jadi secara teorinya nilai ketika beli ialah 0.7855 Macam tunggu durian jatuh ke bumi....

Mak Ung'ai

Sejak kami pindah ke rumah baru ni ,Mak Ung'ai dah ada, hidup solo ,sebab tulah aku panggil dia Mak Ung'ai . Dari cerita ,dulu Mak Ung'ai banyak sedara .Tapi jirannya yg perangai hanjing suka kacau keluarga Mak Ung'ai ni....dasyat,dasyat ,kalau dengar kisah nya penuh dramatik. Aku tibe2 je macam sayang dan respect Mak Ung'ai ni bukan apa, dalam dunia serba mencabar ni ,dia boleh survive...tak padan dengan kecik garangnya bukan main2 oii. Siapa yang tak takut dengan dia, Piru ,Putih , Oyenk pun pernah kena sekeh dengan dia tau. Banyak kali juga dia buat bising tengah malam..dan setiap kali dia memekak aku terpaksa bangun dan buka lampu kemudian hendap ikut tingkap tenguk ape ke jadah yang dibisingkan tu...sah le hanjing jiran tu tengah meronda kompaun rumah aku. Semalam masa aku balik dari KL , hanjing2 tu datang lagi ,kali ni suami aku tembak. Habis keras kejung ibu dan dua ekur anaknya.Yang aku tak paham masa suami tembak yang Si bapak ,dapat lari kemudian le

Ladang Teh Cameron Highland

Image
Waktu tengahari terik di Cameron Highland...kalau berada di kaki bukit terasa amat panas sebab kawasannya terlindung angin tetapi bila dah panjat dan berada di atas bukit ,alamak bestnya angin meniup sepoi2 bahasa ,walaupun panas terik tetapi tetap nyaman.....

siNUS

Image
Aku saja nak highlight tentang masaalah penyakit sinus ku khusus untuk suami sebab dia macam bengang je aku asyik nak jumpa doktor ...dulu kata orang lain rajin pergi jumpa doktor claim ribu-ribu dan kita pulak tak mahu guna kemudahan yang majikan bagi lepas tu mula lah ayat lain pula yang keluar! Dia tanya apa doktor kata...doktor kata elakkan semua elemen yang boleh membuat aku dapat elergi,apa saja...bab makanan doktor sebut jauhkan ais !Aku boleh buang kuching ,aku boleh tukar bilik tidur ,aku boleh pantang minum ais atau makan sotong ,udang tapi suami aku boleh ke berhenti merokok??? The best way to get rid of a stuffy nose is to avoid tobacco and cigarette smoke no matter what. I know from person experience that cigarette smoke will damage the lining of your sinuses and cause swelling in your sinus membranes, the chief cause of acute or chronic sinusitis. Many smokers suffer from chronic sinusitis and don’t know it, blaming the inflammation and congestion on their habit, when i

CINTAN CINTUN

Aku dah lama berfikir mahu menulis sesuatu yang agak berat secara santai ...banyak benda yang tak dapat nak ditulis semata2 ingin menjaga hubungan baik seseorang. Tetapi demi kebaikan dan panduan juga iktibar ingin juga aku tulis seringkas yang boleh. Tulisan ini khusus untuk Elyn juga untuk anak perempuan ku juga anak2 saudara perempuan ku juga khusus untuk anak2 perempuan yang akan berkahwin. Selain hak mutlak seorang perempuan mencari pasangan(biarlah yang baik 2)ada hal2 yang kita tidak di beritahu ,iaitu perjanjian atau akad ketika di depan kita ada Wali dan dua orang saksi sebelum Khadi melepaskan kata Sah akad tersebut, kita mempunyai hak menambah syarat selain dari apa yang memang telah di wajibkan oleh Islam seperti nafkah kepada anak dan isteri dan thalaq atau denda untuk isteri ingkar .Bab ini kena baca dan rujuk pada kitab perihal nikah . Kawen memang mudah tetapi menjayakan perkahwinan sampai ke hujung hayat memang susah. Banyak contoh yang kita dengar dan nampak dan ya

Ketagihan U TUBE

Minta Dari Yang Atas

Hari ini aku meminta dari YANG ATAS semoga rezki ku bertambah. Sedih tau sebab tenguk kantung dah mula surut.Satu je yang aku tak dapat rasakan ketika berdoa - kesedihan! Bukan senang nak mengalir air mata ketika berdoa kecuali betul-betul dalam keadaan desperate. Dan yang itu aku belum sampai lagi. Tak macam kes adik aku ni. Adik aku sanggup berhenti kerja kerana nalurinya mahu mencuba bidang usahawanan terlalu kuat ,adik beradik aku tak berapa setuju tapi aku memang kenal sikap dia dan ketekunannya yg buat aku beri dia galakan..walaupun risiko nya tinggi...macam kawan aku anak businessman cakap .dalam perniagaan ada turun naik..kalau sekali gagal dan dia boleh bangkit ,maka Insyallah , dia tidak akan gagal lagi!Senang cerita kegagalan ialah rempah ratus kejayaan. Kata adik modal dalam tangan dia hampir kering manakala projek yang dia cuba gagal..tak de hasil.Dalam keadaan desperate dia mengadu kepada kawan yg telah berjaya dan jawapannya mudah saja ....minta dari yang atas. Sejak h

Malasnye...

Aduh malasnya nak pergi tempah baju sempena kawen ank sedare bulan Dec ni,sebelum bulan posa lagi emak dia dah sponsor dua pasang....rasa macam nak gi cari je baju pink +putih yg dah siap....kalau tempahpun tak tahu kedai mana yang bagus....adoi malasnya nak cari kedai jahit...

AKU

Sebenar nya aku bukan tak hingin nak jadi manusia warak senang cakap mereka yang benar2 menjadikan Islam itu cara hidup mereka,bertudung labuh ,berbaju longgar dan menjauhi segala bentuk kemungkaran besar dan kecil. Aku hurmat sangat dengan orang2 yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Aku suka sangat kalau dapat berkawan dengan mereka kalau mereka mahu buat aku kawan. Tetapi perjalanan hidup seseorang dari kecil hingga ke besar berbeza. Aku tak menyalahkan ibu bapaku kerana memilih pengantar Bahasa Inggeris dari Bahasa Arab kerana sistem negara yang mengutamakan Bahasa Inggeris itu sendiri. Tahu tak apa yang aku merepek ni? Aku merepek dan merapu ni sebab dalam kepala hotak aku ada tersimpan keinginan nak tenguk Penang Hard Rock Cafe ,mana tidaknya iklan bergerak sebesar bas ekspress terpampang depan mata dan lagi aku memang dah lama tak ke Penang sebb macam tak de benda baru je. http://penang.hardrockhotels.net/view-promotion.php?promo_id=93 Jangan fikir bila aku ke tempat2 ni aku

Kesan Tsunami ke atas ku....

Petang semalam kata suami di ofisnya ada gegaran...rumah ku walaupun jaraknya beberapa KM dr ofis tak pulak rasa apa2... internet terus tak dapat ...lewat malam baru tahu ada tsunami dan ribut tAUFAN MELANDA di kepulauan Sumatera dan Samoa....pagi ini baru internet berfunsi semula. Teringat waktu Tsunami tahun 2003 kalau tak salah , aku dan anak ku yg menyewa di tingkat tiga apartment di Klang boleh rasa macam duduk atas pucuk pokok kelapa..seolah-olah ditiup angin pokok tu melentuk kekiri dan kekanan...ini bangunan batu beb..boleh rasa yang sama..terhayun kekiri dan kanan...Masyaallah. Dan bangunan batu tu bukan ditiup angin tetapi bergoyang mengikut pergerakan bumi di bawahnya! Teringat penulisan Penulis tersohor Harun Yahaya...bahawa kita berjalan di atas lapisan muka bumi yang paling nipis yang di sebut permukaan bumi dan di bawah tapak kaki kita ada api yang melegak...dan kalau lah kita boleh berfikir sebentar dan berasa gerun .....

JANGAN UNGKIT

Nak cerita pasal Pertemuan Hari Raya Ahad lepas. Sambutan bukan di hotel mewah atau di kuala Lumpur...meleset sangat jangkaan saya ok. Pertama kali aku masuk ke Estate tu ...di Carey Island(hope spellingnya betul). Datuk Azhar tak datng cuma Datuk Helmi je yang wakil dari HQ.Lain2 yg datang ialah GM, PA, SOU ,Sr Mngr ,Mngrs, Assistants ,Staffs dan pekerja. Yang aku perasan ada yang tak hadir ,mungkin jauh sangat kot. Kata suami estate bekas Golden Hope ni luasnya sebesar Singapura...mmmmm beso giler. Di dalamnya lengkap dengan golf course ,kompleks sukan, kompleks Asrama dan lain2.Sebb tu tiap kali ada meeting dan kursus kena hantarq kat situ,nasebla kan. Rumah2 Assistants yang aku nampak tepi jalan pun besar2 dan cantik2...ala2 English gitu. Kami sampai lewat setengah jam ,apa taknya the new driver (anak aku le) tak fimiliar dengan jalan...bapak nya suruh ambil highway nak elak masuk bandar Klang tetapi tersasar masuk juga macam baling bola bowling pula...aim tengah tapi teargolek mas

Salam SYAWAL

Image
Salam Syawal untuk semua... Ketika ini aku berada dalam bilik anak aku di tingkat atas ,guna komputer dia ,nasib baik dia tengah berdengkur...bukannya apa ,dia dah pesan jangan shut down pc yg ada dlm bilik tido aku nanti bila on...aku tak tahu nak reset balik..maka terjadilah lagi masaalah wireless connections yg tak ter connect.... Dari semalam nak menulis perihal Raya tapi cepat ngantuk..makan banyak sangat agaknya. Keseluruhan Raya ,amat mengembirakan sebb macam biasa kami adik beradik berkumpul dan dapat huahua..kutuk mengutuk dan ulang cerita kisah zaman tengah beringus ..ada juga yg muak dengar tapi lantak le siapa suruh punggong kau melekap tepi partner kau...macam2 kerja lain boleh buat apa especially bangun bancuh kopi untuk kaki2 gebang. Banyak juga senario yg tak berapa happy..kes bentak2, kes tak sebulu satu kepala dan macam2 kes anak2 dan rumah tangga ..tapi itu lumrah le terutama di pihak isteri termasuk gua la .Terlalu rapuh ,lemah ,sensitif ,bengap ,pokai, perasit ,n

Apa yg Berlaku RAMADHAN MINGGU TERAKHIR

Mungkin ini entry terakhir untuk bulan Ramadhan ni..biasalah nak buat biskut guna air tangan sendiri tuk anak2 teringat kat ibunya...nak beli pun rasa2 macam tak berapa nak cukup je,baik buat sendiri bukannya susah sangat. Sebelum tu nak crita pasal semalam.Semalam lepas saya dan darling ke Jalan TAR ,suami bawa ke SOGO. Anak2 pula naik kereta sendiri pergi Mid Valley(dah beso tak best jalan dengan mak bapak). Sampai je di Sogo, masyaallah sekali pandang dari lantai tingkat satu ke bawah nampak manusia berkerumun macam lalat hurung tahi atau lebih manis lagi macam semut hurung gula! Aku pulak macam orang gila mencuba baju yang banyak dan tak padan dengan potongan aku,ini dah puasa 3 minggu ni ,suey betul mesti ada yang tak kena....kadang2 bahu dah cukup ,pinggang pula ketat ..cutting dah ok lengan baju pula kembung tak kena tempat. Ada yg semua ok dan nampak cun je warna pula tinggal oren macam adik beradik Sami Budha. Mula2 tu nak bersungut (dlm hati je) , pereka fesyen kat Mesia