Posts

Showing posts from August, 2013

Setahun berlalu....

setahun berlalu begitu cepat . Hari ini dah tiga syawal ,kalau tahun lepas aku masih di kota Mekah dalam bersiap sedia melakukan tawaf wida. Terima kasih Allah ,kerana panjangkan umurku setahun lagi. Tahun ini bukan giliran ku melakukan ibadat haji tapi tahun depan. Apa yg bermain dalam minda dan hati ku hanya tuhan saja yang tahu. Kadang2 aku berperang dengan diri ku sendiri . Pernah tak kamu bertanya pada diri kamu kalau Allah swt bagi kami memilih antara mahu mati esuk di mekah atau panjang umur mana yang kamu pilih? Allah telah buktikan pada kamu di sana apa yang kamu hajat insyaallah tercapai,sanggupkah kamu mohon ya Allah matikan aku di sini ketika dalam ihram kerana janji mu memang benar. Jika hati rasa berat untuk tinggalkan dunia bermaksud aku masih sayang kan dunia dan masih rasa takut mati. Aku pernah tertanya2 pada diriku apa ada lagi yang hendak aku tunggu bila semuanya amat jelas dalam perjalanan hidup ku. Kalau dulu aku bimbangkan kebajikan anak2ku yang masih kecil tapi