Posts

Showing posts from June, 2010

Ragam anak

Hari ni dah hujung bulan kan tapi semalam anak aku yang sulung(sedang demam) pun katanya gaji belum masuk ,anak aku no dua pun belum bergaji ... yang no satu tu bila badan tak sihat minta belikan panadol dengan air hundred plus~ aku kata tak eluk makan panadol dengan hudred plus dia jawab kawannya buat..hmmm apasal nak ikut kawan jer ,bila sakit teruk nanti kawan ke yang akan susah. Tengah malam ketukpintu bilik tidur aku minta duit nak gi klinik sebab panas badan bertambah~ kenalah sejarum kat bontot.Betul tak apa aku cakap ,tapi degil tahap dewata.Belum lagi bila kami berbincang pasal bab lain pasal pakai kereta untuk pergi kerja ...bab ini lagi teruk sebab masuk bab ungkit2 ,macamlah dia tak dapat layanan adil ~ hah siap aku suruh dia bagi contoh jer apa mendanya?Terkial2 dia nak cari cerita untuk spin , yg aku tahu abah dah habiskan banyak duit untuk semua anknya mengikut keperluan. Dan barulah ayat yang seperti orang lain boleh pakai kereta kenapa dia tidak...macam lagu lama di

MTD

Hari Jumaat ,aku on the way to Klang ,bawa motor cap cai atas jip untuk alan . Sampai Meru terima call dari anak aku Amat Shah, dia tanya aku samada Khaliq (anak bongsuku) ada callke tidak sebab dalam radio ada berita seorang budak junior di MTD mati kena ragging. Tiba2 je jantung aku rasa macam nak luruh ,cuba juga call no yang ada dlm hp ku tapi tiada jawapan. Sampai saja di rumah sewa Klang ,on broadband dan layar semua kisah dan berita bersangkutan MTD hari itu. anak masih tidak menghubungi aku.Malam itu dapat tahu dari suami anak saudara Fadzil antara lima yang terlibat,dan aku tahu budak itu dari caompany Bravo jadi keatakutanku sedikit reda. Kemudian aku mula risaukan kawan baik anakku Halim yang sama company Bravo walau aku rasa mustahil sebb dia budak baik tapi hari ini anak aku call aku dan sah Halim terlibat. Aku kasihan dekat budak yg mati tapi aku lebih kasihan pada budak2 yang hidup ~jangan hukum dari mata kasar tapi hukum dengan mata hati. Bila aku baca forum2 dlam in

700-850square-feet apartment

Aku tengah cari poin untuk buat perbandingan antara hidup dlam apartment dan hidup dalam rumah teres.Secara umumnya mesti aku kata rumah teres jauh lebih bagus tapi tinggal di apartment tak kurang hebatnya ~terutama yang di bayar duit up keep atau maintenance setiap bulan. Hari2 ada orang sapu sampah sampaikan sampah yang terjatuh dalam lift pun ada orang sapu.Kedua kita tak payah buka tutup gate untuk masuk cuma buka dan tutup pintu apartment masing2 kalau rumah teres kena turun kereta buka dan tutup pintu pagar.Bila malam ,risau jugak orang tunggu kita dalam semak samun atau belakang tiang pagar...hmm. Kedua ,kita tak perlu potong rumput dihalaman rumah atau cuci longkang ,sebab apartment cuma ada lantai simen untuk ruang berjalan atau berlari masuk dan keluar ke apartment masing2. Ketiga ,sebab apartment tidak ada halaman cuma ada pintu dan anjung yg ditutupi dengan dinding maka kami langsung tidak pernah ternampak muka jiran kami kecuali di tempat parking kereta dan di dalam lift.P

Not too late

Ahad kemarin pulang dari Klang malam tu juga ,bila sampai rumah sholat Isya lepak2 kejap depan TV rasa ngantuk terus masuk tidur. Esuk tu bangun pagi as usual masuk dapur tenguk apa yg ada nak masak~ingat nak buat yg ringkas dan cepat tapi roti dan maggie habis . Nasib baik ada pisang beruk eheh buruk ,jadi apa lagi buat cucur kodok la jawabnya. Lenyek punya lenyek pisang, gaul punya gaul tepung dengan gula tiba2 cari botol minyak masak pulak tak ada,botolnya dah di buang dlm tong sampah,dah habis~ Yang jadi penyelamat pagi semalam ialah 3 bij telur ayam yg entah kenapa tak di perabiskan oleh penghuninya. Jadi sarapan hari itu untuk suami ialah telur rebus separuh masak dan sekole/mug milo panas. Bila suami pergi kerja aku keluar ke 99 mart,beli beras yg kampit 5kg,beli minyak botol kecik ,beli pencuci lantai ,beli pemutih (bleach),beli milo,susu dan maggie buy 5 free 1,beli air seven up n soda,beli telur dan roti ,kuaci dan kacang ,beli makanan kuching,beli tuala ,beli bawang,beli

EASY ~ RHB

Kalau dulu aku kutuk2 service di CIMB ,hari ni aku nak promote RHB bank EASY~perbankan mudah dan pantas. Setakat sehari semalam semua berjalan seiring dengan motto banknya iaitu EASY. Semasa berada di TESCO Setia Alam ternampak booth RHB ni dengn lima paparan Easy ~easy pinjaman ekspress, easy simpanan mesra ,easy ASB(yg menarik perhatianku), easy~insuran kasih(minat juga) dan last sekali Hadiah Menarik untuk di menangi. Kelima2 paparan ini dalam segi empat dan bewarna-warni menarik minat ku untuk singgah . Tetapi niat pertama aku ialah nak mengecek insuran yang aku ambil dari pejabat pos dengn kerjasama RHB~ tetapi melekatpula pada pinjaman ASB. Inilah pertama kali terdapat satu skim pinjaman yang peminjam hanya perlu bayar duit faedah pinjaman selama 5 tahun tidak termasuk bayaran pokok. Selepas 5 tahun berturutnya barulah kita membayar duit pokok .Maksudnya per year kita cuma bayar 5+% interest of amaun yg kita loan.Kalau saya ambil $40k saya kena bayar sejumlah $171.56 /bulan se

Bila hATI SUDAH benci

Layakkah isterinya menerima layanan seperti itu( di benci) hanya sekadar mahu menegur ? Aku mencari beberapa faktor kelemahan isteri yang selalu berlaku semata2 mahu merealisasikan kata2 layak di sini... 1) kerana isterinya tak buat kerja rumah . 2) tak pandai layan dia makan atau minum. 3) kurang layanan atas katil. 4) tak pandai jaga kewangannya. 5) tak pandai jaga ego dan emosinya. 6) kurang ayat menggayat. 7) tak mengiyakan kemahuan dan ideanya 8) tidak pandai pasang badan/bergaya mengikut seleranya. 9)tidak pandai cari wang/bekerja untuk mengurang kan bebannya. 10)Tidak pandai . Kalau ada lagi saya akan tambah kemudian. Nampak kecil je tapi bila dikumpul akan jadi besar .Kalau type suami suka bercakap dengan isteri suka menegur baik2 dengan ikhlas mungkin isteri akan paham tapi kalau jenis suka tegur cara kejam sambil jueh2 mulut mungkin andaian isteri satu ,suami sudah benci sudah muak dengannya.Apatah lagi permintaan suami seperti impossible dituruti. Contohnya,isteri yg sud

BerKaLi suDah

Kamu cerdik kah tidak..... Dunia manusia ni pelik sikit ,kadang2 kita tak sangka pun orang yang malang ialah orang yang cerdik. Yang cerdiklah yang suka tibai dadah untuk perangsang ,tibai anak sendiri ,tibai dari belakang dan lain2 benda yg tak masuk di akal. Aku tak pula kata orang bodoh tak buat tapi kalau orang bodoh kita memang tak hairan Kerana dia bodoh tapi kalau orang cerdik? Dalam berita hari2 ada cerita pasal face book menjahanamkan ikatan kekeluargaan ,mustahil orang cerdik pandai tak baca ..tapi mereka rasa mereka cerdik mustahil mereka akan berada di tempat yang sama.Tahu tak siapa yg mereka face book ni ,aku yg bodoh pun boleh teka.Ya orang Yahudi yg cerdik ...yang mensasarkan mangsa2 yang cerdik juga . Senario 1~ Seorang bapa yang sibuk dengan kerja dan tidak ada kawan sepejabat yang rapat selalu pulang ke rumah yang hanya ditemani seorang isteri separuh abad kerana anak-anaknya semua sudah masuk pengajian tinggi.Setiap kali pulang tiada perbualan yang menarik dengan