Posts

Showing posts from October, 2010

KKJ road trip

Image
Gambar ni yang sedang melompat ni ketika kami bersedia nak bertolak ke Sabak Bernam~sempat lagi ambil banyak aksi lompat melompat depan rumah . Ya ,Tajuk kali ni agak dah basi sikit ceritanya..tapi aku rasa aku patut juga tulis sebagai satu dari cerita2 yang menarik yg patut aku kenang nanti. Mula2 aku tak tahu apa yg dimaksudkan KKJ road trip yang di tulis dalam face book geng anak perempuan aku ni. Bila ditanya baru tahu KKJ bermakna kitew kitew jew...nama blog kumpulan mereka. http://kitewkitewjew.wordpress.com/ Dari mula aku dah tahu anak perempuan aku nak buat road trip ngan kawan-kawannya tapi yang aku tak tahu bahawa aku dapat ikut sama. Semua terjadi bila abang dia yang sulung tu pun tak malu nak ikut ,lepas tu kereta yang pada mulanya dua buah dah penuh terpaksalah macam tukar plan kena bawa MPV yang lebih besar , akhirnya dah terlebih bangku pula yang boleh sumbat abang yang no dua dan adiknya akhir sekali aku pun boleh sumbat sekali. Mula tu rasa berat juga nak pergi s

Hari Re-Union Suami.

Semalam ,tidur ku tidak di temani apa-apa mimpi...jadi pagi ini aku bangun dengan rasa aman dan tenang. Malahan aku tak sabar kerana aku tahu aku akan keluar bersama-sama anak-anak ku. Pertama kerana mahu menemui anak bongsu dan kedua nak cari rumah sewa abangnya yang akan mula bekerja awal November ini. Suami bangun pukul 4 pagi sedangkan aku set alarm pukul 4.30 pagi.Semalam aku masuk tidur pukul 12 jadi sementara mahu menunggu driver suami muncul pada pukul 5. 30 pagi aku sudah teramat mengantuk. Aku tidak tahu apa yang berlegar dalam kepala dan hati suami ku ketika mahu berangkat .Aku cuma tahu sudah hampir 6 tahun suami ku tidak ke Pontianak. 6 tahun bukannya lama kalau dibandingkan dengan 20 tahun aku tidak ke Kelantan hehe. Semasa injin jip dihidupkan dan suami melangkah keluar dari rumah ...aku seperti biasa mahu bersalaman dengan suami tiba-tiba suami menghulurkan pipinya supaya aku menciumnya~masyallah baru aku tersedar kalau dulu di Johor aku selalu melakukannya setiap kali

Sekitar Convo UPM~11.10.2010

Image
http://lamadanbaru.blogspot.com/2010/10/gubahan-dari-halaman.html

Ragam~bongkak

Manusia kadang-kadang apabila bertutur dengan orang depan tidak memandang siapa yang ada di tepi dan belakangnya kecuali dia memang niat menyindir seperti aku yg sekarang mulut agak jahat kerana suka menyindir mak mertua( tabung dosa ku semakin berat).Namun aku cuma berharap ia sebagai rutin untuk menebalkan cuping telinga supaya tahan panas,sebelum kami di jodohkan hidup satu bumbung. Perkataan kiasan kadang2 memang sesuai dengan espressi tetapi kalau kiasan itu boleh menambah kejengkelan amat buruk bunyinya...tetapi yang aku nak cakap ni ialah bukan buruk orang yang di cakapkan itu tetapi perangai buruk orang bercakap tu. Bila Allah kurniakan kamu mempunyai kulit yang mulus sanggupkah kamu menunjukkan keburukan kulit orang lain dengan berbagai2 espressi seperti memek muka dan kata2 yang betul tetapi menyakitkan kalau didengar orang tersebut?Yg paling penting , pernahkah kamu berdoa apabila melihat wajah mu di cermin dengan memohon Ya Allah sempurnakan peribadiku seperti kamu sempurna