Posts

Showing posts from March, 2010

Sembang kosong.

Sejak berfacebook ni macam tertinggal pulak blog tempat curahan hati ni mcam my hubby suka tulis ayat curhat ,malming yg di maksudkan malam minggu dan apa2 lagi ayat rigkas orang indo ...manakala bahasa serawak untuk org tak biasa pun susah nak paham. Alhamdulillah, 2 tempt yg aku mention kat atas ni aku dah pernah tinggal jadi dapat juga paham walaupun tempias jer. Apa yang aku belajar dari fb ni kalau kita nak beri komen dlam fb orang indo kita kena tulis ala2 dilect diorang kalau tak rasa macam tak menyambung komen kita ,begitu juga dengn fb orang serawak atau orang2 kita ... Ada yg kalau kita baca ayatnya seperti mengutuk , ada yang macam miang2 ngade , ada yang serius ada yang berbentuk ilmiah ,walau apapun cara bahasanya yg aku perasan kalau ada orang jenguk dan bagi komen dlm face book kita rasa macam kita di ajak berbual atau welcome macm tu. Face book boleh mendekatkan orang yang jauh macam aku yg tak kenal sangat dengan orang kg ku dah boleh berinteraksi kemudian boleh join

Where is Azlan?

Azlan is my son ....hope you all enjoy watching this video.

Kakitangan kerajaan

Kami bertukar2 pendapat pasal kerja ngan kerajaan dan apa orang selalu komplen. 1) Kerja kerajaan lebih relaks 2) Kakitangan nya lembab dan dibawah adalah jawapan kawanku tanpa diubah satu ayat pun... S alam, Just nak info 2 all regarding " berurusan dgn gov.lembab...." I've 2 or 3 cases staffs swasta (dari bank, pej lawyer n company IT) yg at last berjaya masuk kije gov.... Tau apa komen derang.... Yg kije bank: " Dulu sebelum masuk kije gov...mmg saya pun selalu ckp org kije gov lambat/ lembab dsbgainya.... bila dah masuk baru tau criter sebenar... cth kerani kaunter... if yg jadi cashier di bank kije dia may B tertumpu pada 5 perkara sahaja.... tapi PT kaunter gov... ada 20 perkara yg terpaksa dia handle... belum lagi masuk hal-hal lain lagi...maksud saya kijer2 adhoc... lawatan rasmi pegawai lain/pembesar2.... jadi D C tu lah mmbezakan nya...dan D C tu lah jugak yg menyebababkan berlaku kelewatan.. workload staff gov (level =) lebih bnyak... Yg Kije

Kata-kata

Dari dulu aku ingin sangat nak tahu siapa Melayu2 pertama yang ungkap kata2 kiasan yang boleh di pakai sampai sekarang. Pendek ,ringkas ,padat dan sedap bila di sebut...cubalah orang sekarang reka satu simpulan bahasa atau pribahasa baru kalau boleh. Tak termasuk siapa yang mula2 buat resepi sambal belacan ,sambal tempoyak atau sambal cincalok.Masaalahnya orang kita dulu tak tulis atas daun kering,tak de trade mark sampai nak gaduh2 satu nusantara. Orang tua dulu suka pas2 dari mulut ke mulut dan jadile apa yang jadi sekarang . Contohnya; Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa,cuba kau buat ayat lain yang sama maksudnya susah kan....ada juga orang cuba tapi dah jadi lawak pulak..macam ada udang di sebalik batu dah jadi ada udang di sebalik mee atau mee hoon. Sebenarnya aku nak cakap sikit pasal kata-kata.Kata-kata keras dan tajam boleh membinasa diri kita,kata-kata lembut boleh mencairkan jiwa kita .Kata-kata boleh menjelaskan maksud dalam hati.Kata-kata juga boleh men

CIMB PENIPU!

Perasan tak orang Malaysiani banyak yang kaya hutang. Pergi bank kalau tak caya .Hutang apa yang tak boleh buat ,nak hutang beli kereta ,beli rumah , beli kedai ,nak kawen ,nak belajar ,nak melancung ,cakap je mesti bank bole kasi dengan syarat anda ada IC menunjukkan anda baligh dan anda boleh bayar balik bersama kuntum2 bunga yg memekar selalu. Hari tu aku ngan anak pergi bank tanya pasal simpanan apa yang paling bagus pulangannya.Nak tau apa depa promote ,ambik loan ASB! Dalam sekitar bulan Ogos budak2 IPT atau IPTS memang tengah kaya dengan duit hutang PTPN atau JPA mestilah aku kononya yg cerdik ni nak mengajar anak melabur untuk CERAH MASA DEPAN. Dan aku baru je perasan bila hujung tahun je adelah promosi beli ASB dengan tawaran bank rate yang rendah ,tak caya tunggu hujung tahun ni. Syaratnya cukup mudah Ada IC = cukup umur Ada buku ASB dengn minimum 10 ringgit. Ada pekerjaan ATAU penjamin jika tidak bekerja. Ada buku simpanan CIMB kalau tak de kena buka dengan amount 250 ring

On Line Investment

Sekarang ni aku rasa budak kecik pun dah tahu kuasa yang ada pada duit..macam lagu duit,duit ...dah lupa lirik seterusnya.Soalannya siapa tak mau duit?? Dalam blog ni aku nak cakap sikit pasaaal pelaburan. Kalau dulu emak bapak cuma ajar simpan duit je untuk masa depan. Tapi dunia sekarang ajar kita macamana nak biar duit yang kita simpan beranak pinak. Dalam blog dulu aku ada tulis pasal swiss cash. Dalam tak mau percaya tu aku melabur juga 5 ghibu . Bukan apa teruja sangat dengan sistem online ni ,maksudnya tak yah angkat punggong ,ngadap je lap top dan tenguk angka pakai ID yg di berikan . Ada kot dalam sebulan ,pas tu mula le buat hal sebb kerajaan dah haramkan swiss cash tu. Aku marah sungguh kat kerajaan masa tu bukan apa..apasal le tunggu benda ni berlegar bertahun2 baru nak ambil tindakan. Sebb lambat tu lah banyak orang macm aku yg mula2 was-was kemudian tewas. Yang aku tahu swiss cash masih on cuma kerajaan je yg tak benarkan....aku terfikir juga waktu tu kerajaan rampas d

Adil

Kalau kat dunia ni ada sorang manusia yang kononnya boleh berlaku adil , aku macam nak ajak orang ramai2 pi jilat kaki dia sampai bersih (TAK MAU?),'macam 'nak ajak , serupa tak ajak ok. Kalau setakat nak bagi seketul coklat kat tangan dengan dua orang budak,mungkin senang lagi.Kerat dua dah agak boleh adil . Itu pun kalau tak de kes . Tiba-tiba yang si gempal(ala-ala kaki buli) tu tak setuju . Mana boleh caya yang minta dulu caya dapat cama...atau, apacal badan caya besar dapat cama jer macam dier ...dah tergaru2 kepala otak aku nak bercakap pasal adil! Kalau dalam satu negara yang berbilang bangsa dan agama lagi le pening.Aku pun nak tergelak juga dunia ni yang penuh dengan manusia kepala bergeliga..macam2 di rekanya untuk memuaskan nafsu masing2. Ada yang tunjuk perasaan dengan berbogel ...ramai pulak tu yang sokong dan ikut...tak perlu pakai loud speaker pun ajak tapi cukup ada satu alat canggih macam facebook contohnya . Kat sini nak tokok sikit , aku dulu pun terpeng

Penantian 1435 hijrah.

Pernah tak rasa was-was. Dalam kita rasa yakin nak buat sesutau tetiba terdetik pula rasa kurang yakin kita akan berjaya melakukannya. Ada masa was-was tu bagus sebagai indicator agar kita boleh berhati-hati. Ada juga was-was yang boleh melemahkan langsung semangat kita. Kadang2 bila duduk sorang2 kita akan maenyoal diri kenapakah, adakah , siapakah ,mungkinkah ,bilakah ,dimanakah ,betulkah ,salahkah dan banyak lagi kah di ujung soalan. Pernah aku bertanya orang yang rajin sembahyang dan kuat beribadah , kalau ajal sampai apakah kamu takut? Jawabnya takut. Rupa2nya sama dengan jawapan ku . Walaupun kita kerap memohon ampun segala dosa2, apakah sudah diketahui...Kata orang dosa kita terhadap Allah mudah diampuniNya tetapi bagaimana dosa terhadap sesama insan dan makhluk lain yang kita sadar dan tidak sadar.Bagaimana pula pada mereka yang sudah pergi. Dan aku juga bertanya diri ku berulang kali tentang niatku menunaikan haji. Apakah kerana wajib, Kerana aku benar2 takut Allah SWT at

Link Ceramah Agama

Rezeki aku. Bila aku cakap pasal rezeki jangan pulak fikir aku dapat duit...sebab rezki tu pun macam-macam. I lmu yang berguna juga rezki. Hari ni aku terjumpa link yang amat bagus .Sebab ada banyak penceramah hebat2 .Dulu aku selalu beli tape Ustaz Shamsuri Hj Ahmad dekat market ,dekat pasar malam .Suka sungguh aku dengar ceramahnya..dengan loghat utara tu. Ada juga setengah hamba Allah bila kita pasang je ceramah agama ,mulalah sakit telinga ,sakit hati dan jantung sekali .Start komen. Itu tak betul ,ini tak betul..tapi kalau pasang bab politik yang dia suka , betul.Kalau pasang lagu yang dia suka ,ok walaupun tak sedap tara manapun. Apapun aku tak mau ngumpat2 kat sini berdosa.Tersangat happy terjumpa link di bawah ni, nak dengar ,dengar. Tak nak sudah. http://www.almuttaqin.tv/

Salahkan orang...

Tak syok le bila kita asyik salahkan orang je .Kalau betul orang tu bersalah tak pe lah .Tapi apa yang aku nak tulis ni ialah tabiat suka salahkan orang walaupun tak de kena mengenapun. Kalau jenayah semakin banyak kita salahkan polis ,tak pe la sebab ada kaitan dengan kerja mereka ,tak buat kerja dengan betul ,memang salah! Kalau anak murid lembab ,salahkan cikgu sebab tak mengajar dengan betul ...kalau tak tahu mengajar jangan jadi cikgu...cari je kerja lain...kerani ke ,tukang urut ke . Tapi ini kes anak dia tak tutup aurat ,tak pakai tudung ,kes anak perempuan pakai jeans ketat, tau tak sapa yang si bapa salah kan...akula! Walaupun masa Pak Lah jd PM aku tak mengundipun sebab aku rasa Pak Lah tak layak jadi PM.Tapi dia salahkan aku sebab sokong kerajaan kononnya aku dah sokong bini orang tu tak pakai tudung... Aku melatah juga hari tu .Dosa masing-masing tanggungle, apasal dia tak pakai tudung aku pula kena tanggung...kata dia kita tak tegur kita berdosalah..kita macam sokong dia

BALASAN

Benarlah kalau Allah SWT nak balas kezaliman yang kita lakukan kat dunia ni kadang2 tak perlu tunggu lepas mati , waktu hidup pun tuhan akan tunjuk. Tenguk saja dalam dunia politik kita hari ini. Dulu aku tak berapa paham juga bila kita di suruh berdoa untuk elakkan fitnah ,sampailah ke liang lahat jangan ada fitnah.Maksudnya jangan ada orang bercakap hal2 buruk atas kita. Kalau orang tak alim dilonggokkan dengan fitnah mungkin aku paham contohnya kalau perempuan pakai baju sexi di chop sebagai jalang atau yang bukan muhrim yang bebas pergaulan di fitnah kan dengan perangai2 jijik.Tapi bila kamu bawa imej alim tiba2 kena fitnah ,ini aku tak paham ! Dulu aku kesian sangat kat Dr Mahathir ,bila sorang hamba Allah dari puak PAS ,dah arwah pun ,tulis buku ibaratkan Dr Mahathir macam najis. Nauzubillahiminazzallik. Tak ada seorang pun yang menegur hamba Allah tu malahan ada yang menganggap perkara itu biasa . Hari ini aku banyak melihat gambar-gambar seorang insan yang di gelar ulamak di pa

Kata Orang....

Kata Orang Wan Azizah kena hikmat....aku nak jawab ,mungkin juga. Sebab aku pun pernah terkena....dan orang yang paling rapat dengan aku pun pernah kena. Aku yang kena dulu . Bila aku cerita al kisah aku pada kawan aku tak sape pun yang beria2 dengar ....mungkin bunyi macam penipu ...tapi sungguh aku tak tipu dan pantang tok nenek aku menipu dan kena tipu. Lepas tu kawan aku pulak kena...barulah dia cakap kat aku dulu masa aku dok cerita kat dia mampuih dia tak dapat nak figure ,masuk telinga kiri keluar telinga kanan ...tup ,tup kena pulak kat dia barulah dia perasan cerita tu bukan karut. Nak mengesahkan cerita orang tu kena hikmat senang je....pergilah jumpa mana2 doktor dalam dunia ni ,dia akan kata kamu tak sakit apa2 tapi kamu rasa sakit dan doktor tu mula main agak2 lalu bagi kamu sebakul ubat untuk kamu lantak tapi sakit kamu tak hilang pun.Itu kalau fizikal kamu kena hikmat tapi what about mental dan perasaan kamu pulak...macam rasa kasih atau rasa benci , ni lain pulak cerit