Posts

Showing posts from June, 2008

KESILAPAN

Sebagai ibu ada sedikit rasa kekesalan pada diri dan tercari2 di mana salahnya. Sudah lama perasaan seperti itu berlegar .Kadang2 terasa seperti mahu menyalahkan bapanya yang kuat merokok tetapi akhirnya aku rasa diri ku juga sebenarnya penyebab anak ku di lahir dengan jantung berlubang. Ya aku punca nya. Semasa mengandungkan dia badanku penuh dengan bermacam2 jenis ubat dan dadah.Dan paling bodoh aku menyusukan dia , bukankah air susuku juga sudah tercemar dengan ubat yang berkemungkinan berubah menjadi racun. Sejak kecil hingga ke saat ini aku tidak pernah berhenti merasa bimbang dan kasihan dengan dirinya. Pada hari aku membawanya menemui Dr Kang kerana penyakit goutnya...aku hampir tersentak bila DR Kang menerang kan sesuatu. Kami hampir melakukan satu kesilapan besar ,apabila mendaki GUNUNG LAMBAK....yang ketinggiannya lebih dari 500 m. Mujurlah tidak terjadi sesuatu yang buruk..seperti Dr Kang terangkan kepada kami ada bebarapa kejadian pendaki gunung di serang sakit jantung keti

Ganguan

Aku cuba menulis dengan perasaan tetapi tumpuan ku selalu gagal. Muzik yang terlalu kuat dan pembaca berita persendirian yang rajin bersoal !

PAK LAH CEPAT UNDUR!

Ada kawan tanya pendapat aku tentang Ezam yang masuk UMNO. Aku jawab.. Aku tak peduli siapa yang nak masuk UMNO tapi PAK LAH kena berundur CEPAT. Lagi lama dia memerintah lagi teruk image MAlaysia .Dia bukan seorang pemimpin negara dan hanya orang bodoh saja yang tak tahu menilai diri sendiri!

KEHIDUPAN

Hari ini aku sepatutnya mengemas rumah ,bukan mengetip key board ni .Tetapi banyak perkara yang berlaku yang sangat2 hendak aku tuliskan. Contohnya kenaikan melambung harga minyak yang memang dah tahu akan naik. Pendaftaran anak ku, Qayum ke MMU. Tukang kebunku Mariappan yang akan pulang ke INDIA hari ini kerana sudah tamat tempoh. Anak perempuan ku yang aku lebih suka panggil akak , saudara di KK nya panggil Farah dan famili di Taiping panggil Diana dan kawan2nya panggil nody kerana namanya yang 3 rangkap tu .Dan suami yang seperti orang yang sedang mencari sesuatu kerana takut tak dapat hidup selesa bila sudah tidak lagi bekerja. Bila melihat rumah ku yang berselerak aku akan teringat pada Mariappan....tanpanya aku kena tukar aktiviti harianku....dulu aku tak payah basuh pinggan , menyapu ,mengemop lantai dan lain2. Mariapan akan buat, dia memang cekap dan rajin....dan dia juga pandai memasak....kalau aku buka kedai makan sudah tentu aku akan ambil dia bekerja. SEmalam Mariapan dah

JATI DIRI dan CABARAN

Aku rasa dunia sekarang dah tak sesuai dengan manusia yang mudah TERASA dan main RASA-RASA. Dunia sekarang mesti dipenuhi dengan manusia yang berhati BESI dan BerKEYAKINAN tinggi. Kalau kamu bangsa MELAYU yang terkenal dengan sifat lemah lembut dan sensitif dan MALU-MALU kucing ,HARAP AMBIL PERHATIAN! Kalau dulu biarpun ekonomi amat mundur kita masih boleh berbangga dengan kekuatan kita di dalam arena politik. Kini kita tidak lagi bertaring di dalam Dewan Sidang....sekarang politik yang di bangga2kan oleh orang MELAYU sudah hancur ,mungkin ada HIKMAH nya bagi segelintir kita yang suka kepada cabaran dan pembaharuan.KHUSUS yang suka bertarung dan tidak mudah mahu mengalah. Apa yang bangsa lain boleh buat ,Melayu juga boleh buat kecuali yang bertentangan dengan undang2 yang otomatik bersalahan dengan hukum kecuali mereka yang memang tidak lagi mengamal ISLAM . Kalau mereka menipu kita jangan! Seperti kita mereka juga bukan dilahirkan terus pandai tetapi mereka mempunyai daya usaha yan