Posts

Showing posts from January, 2008

My Aerobic

Hari ini saya berjaya mencuba gelung rotan yang bersaiz kecil,yang saya cuba berkali2 tetapi gagal....saya dapat gelek sebanyak 4 kali! Manakala gelung Rotan yang besar tu dah semakin laju dan lambat jatuh.

SIAPA LEBIH ISLAM

Jangan sekali2 kamu berlaku sombong di muka bumi ini.....Inilah satu2 amaran dari Allah yang saya cuba pegang selain mengelak dosa2 besar yang tidak mudah di ampuni. Banyak orang mempersendakan perintah dan amaran Tuhan semata2 kerana Maha Suci Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Buat sebanyak dosa tanpa takut kepada kemurkaanNya dengan alasan boleh bertaubat bila2 masa dan Allah akan mengampuni mereka... Kalau lah begitu untuk apa dan pada siapa neraca di padang masyar nanti ?Walau sebesar zarah yang halus dan tidak nampak di mata akan di timbang di sana..itulah untung baik dan untung jahat kita. Begitulah dengan hanya berniat Allah sudah mengetahui. Kita terlahir Islam di dunia lalu mengakui kita Islam...samada kita tidak berpuasa ,sembahyang, berzakat atau tidak memakai tudung kita tetap akui keislaman kita .Saya mahu mengkritik blog RPK yang kadang2 tidak sehaluan dengan kata hati saya. Seperti merelakan isterinya tidak bertudung kerana dalam banyak ilmu yang merek

I'm In

Janggal betul hari ini kerana kena ke gym sorang-sorang ..macam biasa terlambat 10 minit.Ya ! lebih baik lambat dari langsung tak pergi. Bila tenguk muka2 Amoi yang saya selalu jumpa sepanjang minggu ini ..tak lah rasa segan silu sangat. Hari ni budak depan saya translate kat saya bahasa Cina ..."auntie tu cakap mau beranak pun tak susah macam ni.." di bandingkan dengan rentang kaki kemudian angkat bola ,tangan kena lurus sambil rendahkan badan secara menegak serendah yang boleh kemudian naik dan di ulang berkali2....Tima kasih ye ..bila di tanya kenapa badan dah slim datang aerobic katanya nak siap sedia ke National Service...aduh mak ..pro aktifnya kamu! Hari ni sah saya dah jadi ahli seumur hidup , itupun kalau tak kena pindah ....dan saya bukan orang Kluang jadi mustahillah saya akan ke sini seumur hidup saya. Saya cuma mahu balik sukatan pinggang yang less dari 30 inci tu.....kemudian nak maintain tak mau makan banyak lemak dan kabohidrat lagi.Tolonglah abang sayang

PerUt MuLas

PERUT SAYA tiba2 SENAK dan KEMBUNG ,tak tahu salah makan apa....

GUBAHAN untuk LINApencilBox

Image
Inilah gubahan yang baru siap ,cantik tak? truly speaking saya pun rasa tak puas hati sangat dengan rupa gubahan ni.Macam ada yang kurang. Masa agak suntuk bila dapat mesage dari Lina yang dia mahu gubahan macam lalipop tu . Esoknya kami terus keluar cari barang Dan malam tu juga saya siap kan gubahan ini. Kami berpeluang ke Air Hitam dengan suami...bertolak pukul 6.oo petang.Untuk mencari bunga cantik tak susah, tetapi warna biru agak kurang dan saya pula cuba mencari bunga bersaiz kecil dan murah sedikit ..Setelah berjalan ke beberapa buah kedai baru jumpa bunga biru yang sesuai ,harganya 4 jambak 10 ringgit.Manakala pasu nya pulak kami dah terbeli yang agak mahal iaitu 9 ringgit(harap Lina tak ralat le) Kami bernasib baik bila jumpa burung dengan sarangnya yang ada 50% potongan ,harganya jatuh 4 ringgit 50 sen.Kami juga membeli seekor rama2 kertas untuk hiasan yang beharga 2 ringgit. Saya campur 2 ringgit lagi untuk lain2 bahan seperti gam, rumput ,span dan reben jadi jumlah ko

Hari Ini

Hari ini keluar rumah agak lewat around 10 am , no aerobic class jadi tak kisah lah lewat sikit , latihan saya cuma berjalan dan berlari2 anak atas thread mill selama 30 min ,kemudian cycling 30 min , akhir sekali buat goyang hoolahoop sebelum masuk kebilik berasap.Jam 12 .00 dah rehat. Semasa menuruni anak tangga, setiap langkah anak tangga menyebabkan PAHA saya terasa sakit nak mampus! Dan macam biasa juga perut seperti menjerit2 minta di isikan jadi sebelum balik singgah kedai makan beli lauk,2 ekor ikan keli goreng berlada, 2 ketul ikan pari masak asam pedas ,urap dan masak lemak nangka.Harganya 16 ringgit,jadi saya pun cuba kira balik agaknya sekor ikan keli harga 3 ringgit x2 baru 6 ringgit, ikan pari 2 ketul mungkin 6 ringgit juga ,2 jenis sayur tu mungkin 4 ringgit,jadi betul le tu harganya..tak sabarnya nak sampai ke rumah nak bedal nasi yang dah masak awal pagi tadi. Hari ni banyak perkara gembira berlaku ,selain dari rasa yakin diri tahap maximum (bahawa potongan badan s

CRUNCH

Hari ni ketika saya buat CRUNCH bahagian abdominal terjadi kekejangan. Terpaksa meniarap untuk releks kan muscle yang sakit walaupun instructor suruh saya baring secara telentang dan angkat kedua tangan keatas tetapi meniarap lebih berkesan kerana berat badan akan menekan bahagian dada yang sakit kekejangan dan mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan cramp. Lebih kurang 5 minit abdominal pain itu hilang dan saya dapat teruskan stretching yang lain sambil menggunakan bola besar tu.Minggu ini badan kurang rasa SENGAL macam minggu lepas walaupun tahap keletihan masih kuat.

N & N ,FLORAL AND GIFT SHOP.....antara angan2 dan keinginan.

Beberapa hari ini macam tak kisah nak up date entry.... bila on je computer mesti pergi ke You Tube....banyak benda berfaedah yang boleh dipelajari dari situ. Selain dari mengadap komputer saya masih lagi berjaya menggerakkan punngong saya pergi ke gym...tetapi untuk berapa lama lagi pun entahlah...anak perempuan saya cuma ada seminggu lagi sebelum cutinya berakhir. Bukan tak suka pergi tetapi orang Melayu hanya saya dan anak saya saja ....yang lain semuanya Amoi. Segan juga tiap kali masuk bilik persalinan kalau kita sorang je yang brkulit gelap dan bersaiz L .Anyway bukan itu yang akan menjadi penghalang ,yang jadi penghalangnya bila nak keluar dari rumah nanti.. tak ada tukang ajak dan will power pula rendah, ada satu bar je ,nak mengangkat bontot yang berat ni mesti ada empat bar minimum. Walau macamanapun jangan ingat saya tak bertekad nak teruskan.Salah satu sebabnya pakaian sukan dah dibeli sebanyak 2 pasang begitu juga tikar yoga.Jadi saya tak boleh berhenti separuh jalan! Du

A SILENT PRAYER

HE IS THE CLOSEST AND THE ONLY MAN WHO IS CLOSE TO ME RIGHT NOW NOT EVEN MY BIOLOGICAL FATHER.....SINCE I HAVE BEEN LIVING WITH HIM FOR 26 YEARS COMPARED TO 20 YEARS LIVING WITH OTHER CLOSE MAN....I HERE PRONOUNCE ON HIS 5OTH BIRTHDAY...TODAY....YOU ARE MY TRULY2 HERO..... WILL TRY TO SEARCH AND DOWNLOAD LAGU DARI PENYANYI YANG MANIS DAN TAMPAN TUU UNTUK KAMU ...... TODAY IS HIS BIRTH DATE AND I SILENTLY PRAY..... '' TERIMA KASIH ALLAH KERANA TELAH MEMELIHARA DIA SELAMA 50 TAHUN DI DUNIA YANG FANA INI......AMIN''

BERSALAH

Pernah tidak anda rasa ada orang menilai anda , pasangan anda dan keluarga anda tetapi sebaliknya anda tidak dapat berbuat demikian walaupun anda ingin. Bukan kerana anda tidak tahu tetapi ada sesuatu yang anda tahu yang kawan anda tidak tahu. Contohnya anda tahu suaminya curang di belakangnya dan anda rahsiakan kerana tidak mahu mereka bergaduh.... Pernah tidak anda rasa hendak berterus terang sahaja agar dia tidak hanya nampak keburukan orang lain . Tetapi setelah difikir dengan dalam apa faedah yang anda dapat kemudian maka anda pun memilih untuk berdiam-diri.... rasa bersalah anda tanggung secara diam2 kerana 'rahsia' itu kerana yakin anda tidak menyelamatkan rasa kesalahan lain.

ONE'S WEAKNESS IS ANOTHER ONE OPPURTuNITY

I love reading whatever bad things that happen in AMERICA...yes I do. Such as his economy downturn , the hurricane disaster and watching stupid films showing their real stupid men can really make me happy too. Just knowing that there are actually a bunch of stupid and coward American make me even happier. To day i am much2 happy reading about their bad economy in Yahoo news which i had copied and pasted down . And suddenly i was surprised by the news about their fear that Europe will attack them which i read in berita Harian today ,so as for my record i provide the link here. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Dunia/20080116220839/Article/index_html Like some Muslim countries i guess living poor is not a burden to their leaders and people such as Afghanistans and Palestines....they don't protest due to believe in GOD's takdir . But wait until it happens to AMERICA i damn feel impatient to see how they react.

LET BUSH DOWN!!

Image
From yahoo News. AP Somber Fed Says Economy Has Lost Punch Wednesday January 16, 5:33 pm ET By Jeannine Aversa, AP Economics Writer Federal Reserve Says US Economy Has Lost Momentum; Recession Fears Persist. WASHINGTON (AP) -- Retailers, home builders and many manufacturers should brace for even more rough times ahead, a somber Federal Reserve suggested Wednesday amid growing fears that the U.S. might be sliding into recession. ADVERTISEMENT <SCRIPT language='JavaScript1.1' SRC="http://ad.doubleclick.net/adj/N5043.yahoocom/B2625737.3;abr=!ie;sz=300x250;dcopt=rcl;click=http://us.ard.yahoo.com/SIG=12f4tuhgh/M=626899.11742544.12469774.1383221/D=fin/S=8988914:LREC/Y=YAHOO/EXP=1200530748/A=5133107/R=1/*;ord=1200523548738743?"></SCRIPT><N

I SAID ALHAMDULILLAH

Semasa ada berbaki 30 min ,instructor yang ramah tu approached kami yang sedang sejukkan badan sebelum ke sauna.Dia suruh continue datang dan katanya kalau nak tenguk result sekurang2nya 4 bulan , sambil bagi contoh beberapa peserta yang kebanyaknnya Chinese ladies.Yang sekarang ni potongan macam anak dara belasan tahun sedangkan mereka dah over 40. Cerita punya cerita apa yang saya tahu ,nama saya tak tahu....keturunan- Cina, age-thirty plus,status -single, agama- Cristian revert to ISLAM. SO I SAID TO HIM "ALHAMDULILLAH".

OKB

Tadi lepas exercise ,tenguk hp ada miss call dari Jah, so i called her back....Ada kot dalam sejam kami berbual sampai terputus kerana batterinya kong...kemudian saya pun tak call balik sebab rasanya dah habis cakap...beberapa minit kemudian masuk mesage nya....di baca...." batteri saya kong tadi, SELAMAT MENJADI OKB." Butir2 bualan nantilah saya masukkan kalau rajin......tetapi cukuplah untuk saya katakan disini..ya, ada tanda2 kerisauan di hatinya .Mana tidaknya suaminya masih bekerja di Indonesia dan belum tahu bila pulangnya.

SENGAL

Hari ni dan semalam badan saya sakit- sakit akibat pergi ke gym....luckily masih ada saki baki cuti (cuti sembahyang). Jadi dalam pukul 8 malam saya dah rebahkan diri ke atas katil. Bukannya senang nak tidur dalam keadaan badan rasa bisa2 dan terlalu letih.Siang tadi pula ada kelas aerobic, yang tak tahan tu waktu buat stepping dan guna bola plastik yang besar untuk stretching ... Waktu baring2 tu saya terpaksa stretch kaki dan tangan buat macam bentuk X le (ini cara untuk mengurangkan rasa lenguh dan bisa2) kemudian jadi bentuk Y le dan tah apa2 lagi sampaila saya terlelap. Terjaga bila suami masuk tidur dan mendenguS di tepi telinga... ' lapar le...' 'Nak maggie tak ,mama masakkan?' dengan suara yang macam orang separuh mengigau...nasib baik suami kata tak payah , mungkin malas nak bangun. Katanya lagi dia dah alas perutnya dengan roti... Ingatkan dah selamat dan boleh sambung tidur rupa2nya tidak. 'Picit kepala abah jap ....tarik2 sikit rambut sampai abah lena.&#

KOMEN ANAK HALAL

Image
Mula2 tahniah kepada producer ...is it Osman Ali ? Kerana dapat kutipan yang tinggi ,juta2 juga lah angkanya. Oleh kerana saya ni macam kaki juga tenguk filem tak kira lah filem Tamil ke, Melayu ke, Cinake...janji bagus jalan ceritanya dan mutu pengambarannya saya akan puas hati. Kenapa saya pilih tajuk filem ni....sebelum tu saya kena bagi tahu yang saya bukan tukang komen yang professional jadi tak payah lah nak ambil hati apa yang saya nak komen ni..lagipun memang saya jenis suka komen kalau saya rasa tertipu dengan komen orang yang pandai bagi komen. Kadang2 rasa nak bagi tahu TV3 boleh tak jangan main jemput je orang bercakap dalam TV tu...kutipan 3 juta untuk filem tu tak bermakna filem tu dah cukup bagus....tak semena2 orang macam saya terpengaruh nak tenguk kerana ingat kan best sangat sampai masuk dalam TV. Nasiblah saya ni bukan jenis macam orang utara kata "terketar2" nak tenguk sangat. Walaupun jenis spesis "ter" tu memang ada. Dalam dok tulis pasal fil

CSL and the BLUES...

Walaupun dah agak basi cerita ni ...saya terasa nak tulis juga sikit2 , tu pun lepas dengar pengumuman dalam berita yang sesiapa membeli, menyimpan ,mengedar gambar blues orang ni akan dikenakan hukuman...termasuk lah sesiapa yang download nya dari internet !! Saya rasa lucu ...bukan apa sebelum pengumuman tu kami dah download dari Ares tetapi tergendala sebab server tak dapat....dan sebelum tu saya ada juga terbaca dari blog aisehman yang menyebut dia dah tenguk dua biji bola besar(TWO BIG BALLS) ...Saya terfikir juga kenapa orang nak tenguk benda2 tu buat tak lalu makan je....tetapi bila internet ok dan Ares pun ok terdapat lah full list of cerita termasuk la tajuk famous ni...mmmm kuching mana tak makan ikan ha! cuba cerita sikit....kuching tua??? Kami tak le buat ape2 kesalahan walaupun dalam Ares tulis tajuk Chua Soi Lek yang keluar hanya lagu rock and roll bukan blues... Teringat le satu CD yang saya dah beli/tenguk....saya memang gemar kisah2 benar like the cruel/amazing As

Hijrah

Maal Hijrah datang lagi. Sebenarnya aku masih di takuk lama ,namun aku boleh berbangga atau sekurang2nya tumpang gembira bila adik bongsu ku menalipon yang projek peliharaan ikan dalam kolam hampir siap.....sebanyak 500 ekor anak ikan siakap akan menghuni dalam kolam ikannya pada bulan Februari ini. Pada bulan March dia tidak lagi bekerja dengan Sushiedo Co,Kuala Lumpur tetapi akan berhijrah ke Setiawan. Manakala suaminya akan menyusul dan mengajar di sana pada bulan Jun.Aku yakin adik ku akan berjaya Insyaallah kerana satu; sikapnya yang selalu positif. Kedua; pengalamannya sebagai sales executive selama lebih dari 10 tahun dan ketiga ; sokongan padu dari suami dan keluarga sebelah suaminya. Kedua, aku juga gembira bila anak perempuan ku sempena Maal Hijrah ini mula melabur dengan Public Mutual Bhd.....sedikit2 lama2 jadi bukit .Itu yang cuba di semaikan oleh ejen pada semua pelabur.By next 20 years hopefully pulangannya boleh cecah 20% compound interest.Aku suka part yang dia kata bi

LEGA

Hari ni saat2 yang merungsingkan jiwaku dah berakhir dan bertambah elok bila net working juga kembali normal setelah seminggu meragam tak boleh download server ...dah macam nak jumpa doktor je semalam yang seboleh2nya aku tak mahu jumpa.Tetapi kalau tak jumpa aku jadi semakin rungsing fikir macam2. ....fikir 9 bulan akan datang ,setahun akan datang dua tahun sepuluh tahun dua puluh tahun ....masyaallah....boleh sakit jiwa tau jadi perempuan ni! Mula2 tu sebulan tu aku rasa dah biasa le kalau tak datang pun..kemudian masuk dua bulan pun aku rasa macam biasa juga....tetapi bila lepas dari tiga bulan dan masuk bulan keempat ,tiba2 je ada perubahan pada diri aku...mula2 semasa kat Kuantan hari tu aku rasa pening2 lalat ketika tunduk dan aku cuba elakkan dari tunduk ketika makan dan banyak berbual2...ketika bawa anak jumpa pakar ENT aku juga check tekanan darah ku yang doktor kata normal. Lepas tu buah dadaku rasa keras dan sakit...yang ini aku betul2 rasa tak selesa. Aku tak boleh pakai br

API! API!

Hari ni aku bernasib baik lagi... Dan hari ini juga aku kena hantar anak bongsu pulang ke asrama. Oleh kerana suami ada meeting jadi aku tak masak nasi instead nak goreng fish chips kegemaran anak aku je... Lepas tuang minyak dalam periuk dan nyala kan dapur gas aku ke bilik air nak buang air jap....tak ingat berapa minit tah lepas tu aku buat benda lain pula...tiba2 anak bongsu aku panggil ,mak ! dapur ni....2 ,3 kali...sebab suaranya tak macam bunyi urgent je aku macam biasa ke dapur paling tak mungkin minyak tu dah berasap kerana terlalu panas. Terkejut beruk betul aku bila tenguk api dah tinggi menyambar kabinet yang ada kat atas dinding tu,manakala api dalam periuk tu terus menyala menyambung ke kabinet dan belakang kabinet tu pula ada wayar elektrik....walaupun anak dah tutup api dapur gas tetapi aku tetap tanggalkan kepala gas dari balang takut di sambar api ....walau pemadam api ada tak jauh tapi dek sebab panik atau nak cepat aku angkat dulu periuk yang masih ada api me

MY Million Dolar friend

Received sms dari Jun ,wishing me selamat tahun baru....alhamdulillah dia masih seperti dulu. Aku selalu fikir duit boleh merubah seseorang....but not this friend of mine, Insyaallah. Bulan lepas jumpa dia di UnIsEL...happynya mak datuk dan aku pun tumpang happy.Dia dah pandai main saham....suka cara dia express : sekali dapat chek angka besar2 ,ni dok bawa ke hulu kehilir macam main2 je.... Dulu semasa suami kami sama2 kerja di Kalimantan pun dia pernah cakap lagu ni : tiap kali balik(suami nya) ada je duit bergulung2 dalam beg.....rupiah ,tau2 je le.Kalau dia masih dok di sana dah tentu dapat title 'tante girang'. Katanya duit insuran nyawa suaminya dia sedekah pada surau atas nama suaminya, dia juga buat upah haji dan akhir sekali buat korban untuk arwah suaminya....bila di fikir2 sampai ke semua tu...yang saya selalu dengar bila mati ada 3 perkara saja yang kita boleh bawa kesana, amal baik kita, doa dari anak yang soleh dan ilmu yang kita ajar dan boleh menafaatkan orang

2008

Tahun baru ni aku berharap Kerajaan akan utamakan Kalender Islam....