Posts

Showing posts from July, 2007

Aku baru Tahu

Memang dari dulu aku rasa ada yang tak kena je dengan negara Malaysia ni.....Masa aku berumur 9 tahun tiba2 je ada perintah berkurung kat kampung aku di Kuala Kurau.Waktu tu pertama kali aku nampak askar berlegar2 dalam pekan manakala semua kedai di tutup begitu juga sekolah tempat aku belajar.Mak bagi tahu aku tak boleh keluar rumah nanti kena tembak ! Bila aku dah dewasa sikit masuk sekolah menengah ,cikgu BM yang lepasan Universiti Kebangsaan mula bercerita tentang pengalamannya yang ketika dalam darurat tu .Oleh kerana terlalu takut mereka terpaksa mencari apa saja yang boleh di jadikan senjata untuk mempertahankan diri mereka maka apa yang mereka lakukan ialah membuka semua besi2 katil mereka untuk di jadikan senjata. Bila aku dapat pekerjaan di Kuala Lumpur dan menyewa di flat kawasan Sg Baru, tuan rumah pula bercerita bagaimana dia dengan kumpulan anak2 muda pergi 'berjuang' dan tangannya merah bermandikan darah kaum cina.Sungai di depan flat itu juga turut menjadi merah

HaPPy Coming BirthDay To Me !

Image
Da H kenyang .... masa Bergambar kenangan di hadapan rumah. Kek Istimewa yang di atas nya terletak angka 4 dan 7 atau mahu tunggu 30 tahun lagi mampukah aku melihat angka 7 dan 4 itu SEKALI LAGI ! Perkara yang wajib di lakukan setelah banyak makan. Berkaroake >>>> kamu MEMANG berbakat ! Jemput MAKAN lagi..... Turning 47....is like aching here and there ! Salam to everybody who knows me.I want to thank u so much 4 the wishes on my 47 th long years living in this world.And nothing is happier for me right now than watching you happy.

ISLAM dalam KACAMATAku

Hairanlah bila nak bercakap pasal agama saja orang2 jadi tegang. Semua orang2 cepat marah cepat membangkang cepat melatah.Apa ada dengan agama kalau agama itu tidak di amalkan. Aku cuma nampak agama itu di pakai seperti baju yang ada cop saja sama macam di mykad. Seperti orang2 yang memakai baju yang ada cop Islam di poket bajunya jadi orang2 tau dia Islam atau yang lebih teruk yang copnya tersembunyi di kolar baju sehinggakan orang ramai tidak tahu dia pakai cop apa sebab nak kata agama Islam tak pernah ke masjid ,nak kata Hindu tak pulak ke kuil . Dahlah namanya tak melambangkan agamanya malahan dia langsung tak pernah mengaku atau menunjuk apa2 reaksi terhadap agama, fahamkan?Dan sekarang ni lagi dasyat banyak haramjadah siap buat tatoo nama ALLAH (SWT) dan MUHAMMAD (SAW) di atas badan mereka.Mereka lagi daring tunjuk COP atas badan mereka walaupun mereka kafir. Bila aku terbaca kisah Datuk Najib memberi ucapan bahawa Malaysia adalah negara Islam banyak orang2 tak puas hati ter

BumiPutra IstimeWa ??

Aku adalah bumiputra dan sepatutnya aku merasa gembira kerana mendapat 30% discount sekiranya aku mampu membeli rumah apartment atau condo atau membeli rumah bunglow di tanah2 yang di bangunkan oleh developer atau syarikat2 hartanah di seluruh Malaysia. Tapi aku hanya suri rumah tangga dan tak pernah atau tak mampu membeli jadi aku tak dapat merasai discount tu... Aku juga tak bekerja jadi aku juga tak dapat 30% keistimewaan kota untuk bekerja dalam mana2 jabatan baik kerajaan mahupun swasta. Dan aku juga setiap tahun kena membeli buku2 teks untuk kelima2 anak ku kerana pendapatan suamiku melebihi seribu ringgit.Jadi apa istimewanya aku sebagai bumiputra ! Bila isu DEB atau NEP di ketengah kan lagi kononnya untuk membantu bumiputra aku selalu terfikir ..... betulkah ia boleh membantu ? Kalau dalam syarikat swasta milik kaum bukan bumi akan mengambil pekerja2 Melayu yang bertaraf TUKANG SAPU dan PENJAGA STOR untuk memenuhi kota 30% nya maka kerajaan boleh kah mengwar2 kan yang Dasar

MuDahNya JaDi JutaWan?

Di Kuala Lumpur hari tu singgah dan tidur 2 malam kat rumah adik di Kota Damansara .Rumah apartment 3 bilik ,tingkat satu di blok Melati. Dia adik perempuan bongsuku bercita2 untuk menjadi usahawan yang berjaya....dah bertahun2 dia bercakap hendak berhenti kerja dan mahu menternak kambing di kampung hinggalah pada hari aku ke rumahnya dia sudah hampir seratus peratus bertekad mahu berhenti kerja...suaminya pun telah memohon untuk berpindah ke Setiawan. Waktu aku sampai , dia sedang menyediakan ramuan2 untuk memasak esok. Rupa2 nya dia telah mula menjual nasi lemak, mee kari ,mee goreng dan mee hoon goreng yang di agih2 kan ke pejabatnya atau sekolah suaminya dan pada hujung minggu pula dia akan menjual di tepi jalan raya.Katanya ini semua sebagai preparations bila dia pulang ke kampung nanti. Katanya masa dia berjual on saturday and sunday for a few hours tu dia memperolehi 300 ringgit bersih. No wonder banyak tokeh taugeh yang jadi milion air.....Kalau dia berjaya aku tumpang gembira

BaBi SaNa SiNi

Jangan marah kalau aku sebut babi sebab memang nama binatang tu babi dan jangan hina nama tu sebab ia pun kejadian Tuhan yang maha Esa. Tapi hari ni aku nak tulis pasal babi sebab banyak sangat kisah babi ni baik dari e mail kawan2 sehinggalah ke tempat2 shopping kompleks.Baru ni aku ke One Utama nak cari beg tangan dengan kawan. Itulah pertama kali aku jejak kaki kat one utama shopping complex. Di sebabkan terlalu banyak tempat membeli belah di sekitar Kuala Lumpur ni jadi aku yakin tentu bukan aku saja yang pertama kali ke sini malahan ramai lagi orang kota yang tak pernah ke sini. Lepas breakfast di hotel Eastin ,aku dengan member berjalan kaki ke luar sedikit dari hotel tu untuk menunggu teksi. Kalau naik teksi dari hotel kami mungkin kena charge 20 ringgit tapi kalau naik teksi bermeter kami cuma bayar 5 ringgit saja, jimat kan ! Oleh kerana minggu lepas kami sudah pergi The Curve jadi hari ini kawan ajak berjalan ke One Utama pula.Kami sampai lebih kurang pukul 11 pagi dan m

JaLan2 D CurVe

Image
Ini dua hero kepada Fazil Merican, nama tak tahu cuma panggil abang,adik je. Hero ni nama Ahmad Shah Zamani.(Lebih kepada muka crook) Yang ini saya dan kawan saya Mrs Fazil Merican...Norizah,muka macam peranakan tapi dia kata dia real Melayu. Nak makan juga ais krim tu tapi kena share le sebab badan dah macam belon dan sebelum tu kami dah bedal nasi ayam kat restaurant Rojak-rojak. Wow ! Best nya jadi Simsons family, jenis cool selambak. Actually nak hantarq budak2 tenguk wayang kat cinemaleisure so that mak budak2 boleh shopping without disturbance.....tapi next show starts at 5 ptg sedangkan cek2 abang waktu tu dah habis meeting dan akan terus balik ke hotel so what to do ....

Scary Tales Pt 1

Image
Pagi ni selepas dua malam tak tidur di rumah kerana ikut suami ke Kuala Lumpur.....my gardener...( actually estate gardener ) informed me dia dengar suara orang bercakap2 dari dalam rumah .Suara orang perempuan macam sedang berbual2 dalam talipon.Katanya dia ingat anak perempuan saya ada di dalam tinggal sorang2 dalam rumah walau pun semua pintu berkunci dan AP ia itu polis bantuan dah bagi taunya yang tuan tak de dalam estate kerana ada mesyuarat di KL. Dia hairan juga kerana anak tuan tinggal sorang2 tapi sebab AP suruh dia mengunci semula pintu pagar bila habis kerja, dia hanya menurut saja dan tak cakap apa2 pada AP.Bila pulang dia hanya ceritakan pada suaminya sahaja.Ini berlaku dua hari berturut2 semasa kami di KL. Apabila saya beritahu dia tak ada sesiapa di rumah ,dia baru tahu yang di dengarnya bukan suara anak saya mungkin juga bukan suara manusia....mungkin juga suara penunggu rumah...nak kata pencuri ,tak ade pula barang yang hilang atau tanda2 rumah di masuk orang......k

ITS DURIAN SEASON

Image
Nak Termuntah ! Aku memang hantu durian tapi hari ini aku mentekedarah ( i alwez wonder ayat ni datang dari mana , is it asal usulnya muntah kan darah) , sampai nak termuntah....kepala aku pun bila bangun rasa berat sikit. Durian dah mula luruh....semalam tiga biji, hari ini angin kuat bila aku jenguk kat pintu dah ada terlonggok kat depan.....bila masa Aci kutip dan letak kat situ pun aku tak tahu. Aku nak kopek dan simpan beku isi2 durian ni tapi bila kulitnya terlalu tebal dan liat nak mampos aku terpaksa brhenti dari mengopek ...... walaupun kat rumah sekarang ada BADANG tapi dia pun cepat surrender dengan buah2 durian ni..... so naseb le kalau ko orang tak mo balik tak dapat le rase durian yang best in the world and the best and the world ni! Akhir nya berjaya jugak mengopeknya..... Sambung cerita .....oleh kerana hari ini ialah hari ambil report books (hari mendengar cikgu komplen pasal pelajaran anak2), jadi di celah2 kesibukan cikgu tu anak2 aku yang dua orang kat asrama tu

Synergy Drive

Image
Sekarang suami tidak lagi bekerja dengan Sime Darby tetapi Synergy Drive.Suami nampak seperti lega kerana banyak OM mungkin tidak lagi memegang jawatan itu.Dan apa yang melegakannya ialah Dr N tidak lagi sepowerful dahulu dan sewenang2nya melantik puak2 nya naik pangkat. Synergy Drive adalah gabungan antara syarikat Golden Hope, Guthrie dan Sime Darby. Kini logo2 asal ketiga2 syarikat yang dulunya sangat megah telah hilang dan bertukar menjadi satu logo yang mengambarkan bentuk 'bumi' yang mungkin bermakna global dan warnanya juga tidak lagi merah tetapi hijau petronas yang lebih mesra alam atau pun mungkin juga bakal menandakan warna rasmi syarikat raksasa kepunyaan Malaysia seperti juga Petronas. Selain kes terlalu banyak Om yang tak tahu apa kedudukan mereka sekarang (macam layang2 putus tali) ada juga beberapa peristiwa menarik yang berlaku sepanjang pergabungan ini.....semuanya kebetulan yang nampak macam betul (ayat yang saya dan suami suka gunakan).Seperti baru2 ini apab

Diari

Ahad - 1 Julai Ada jemputan kahwen di Bukit Sentosa ,Rawang.Ong dan isteri sekali lagi mengikuti kami kerana Ong memang tak cekap jalan di Kuala Lumpur.Kami bertolak dalam pukul 8.45 pagi,aku tak sempat nak makan ubat( penahan sakit) di rumah jadi aku ambil dalam MPV. Di rumah kenduri kami sekali lagi bertemu dengan Datuk/Ustaz Harun Din dan kawannya Datuk Osman. Oleh kerana kakak kepada ibu pengantin itu mempunyai perniagaan dlam catering dan menyewa khemah ,maka teserlahlah betapa hebatnya apabila hampir 8 buah khemah di pasang dan di hias di sepanjang jalan raya di depan rumah nya yang siap beralas carpet hijau dan di tengah nya carpet merah(sebagai liner) untuk tetamu berjalan,dan oh ya nasib baik tak terbakar dengan api puntung rokok yang di campak sewenang2nya oleh suami dan mungkin orang lain juga.Hari itu agak panas walau pun di setiap khemah itu di pasang dengan ceiling fan ,ianya tidak mencukupi lalu di pasang lagi kipas sisi yang mengeluarkan asap sejuk di dua sudut. Dan tib

Diari

Jumaat 29 Jun,hari ini kerja penghantaran dua buah jentera pengangkut buah telah selamat di hantar ke pelabuhan pasir Gudang dan selesai melalui pemeriksaan kastam oleh suami. Ekoran dari itu, suami juga mendapat e mail dari tuan haji mengucap tahniah dan terima kasih atas endless effort dan full corporation dari suami dan e mailnya kali ini dia telah cc kan kepada beberapa OM yang lain. Sebelum ini, dua OM India telah memberitahu suami yang mereka yakin tuan haji langsung tidak berniat menghantarnya . Dia lebih suka kalau penghantaran itu gagal.Di sini suami tidak tahu siapa yang benar.Untuk pengetahuan bulan Julai ialah bulan terakhir tuan haji bekerja kerana sudah tamat tempoh. Sehari sebelum itu, Mr Kenneth (OM PT SIA) telah menghantar e mail kepada suami bertanya samaada suami telah bersedia datang semula ke Indonesia Raya dan di balas suami tidak mahu kesana kerana bisa stress ,walau bagaimanapun suami ingin ke Venezula jika berpeluang kerana ada samba di sana....di balas dengan