Posts

Showing posts from February, 2009

ANON ....PLZ GIVE TRUE ANSWERS!

PETIKAN YANG MELAMPAU- 102 org laki-laki dan 100 perempuan Malaysia mewakili 27 juta penduduk Lalu RUMUSANnya Malaysians not so hot in bedroom - KUALA LUMPUR: A surprisingly high number of Malaysians are not sexually satisfied, a survey by pharmaceutical company Pfizer has revealed. Two out of three Malaysian men and three out of four women are not satisfied with their sex lives, the Asia-Pacific Sexual Health and Overall Wellness survey stated. Malaysians are ranked sixth among 13 countries but, if it’s any consolation, Singaporeans fared worse. They are in eighth spot. India topped the list with 70% of the respondents saying they were satisfied with their sex lives while Japan reported the lowest sexual satisfaction rate at 10%. “The Malaysian figure is higher than the overall Asia Pacific results where 57% of men and 64% of women reported being not very satisfied with sex,” said Dr Rosie King, who led the study in the Asia Pacific region from May to July 2008. “The survey links th

MARI BANDING HARGA

Image
Nak expose sikit cara kita berbelanja ,kalau silap pilih tempat untuk makan atau minum ,bukan saja poket kita rabak tapi kita tak habis-habis memekak macamlah kita akan jatuh papa kedana esuknya .Sebab tu nak kena hati-hati tak mau jadi kaki memekak.Sebenarnya bukan pasal kita tapi harap-harap kedai tu la yang gulung tikar. Nak tahu apa yang saya bebelkan ,tenguk je dua bil yang bertarikh sama.Menjamu orang yang sama.Harga pun lebih kurang sama. Bezanya, bill pertama ordernya hanya minuman untuk 5 orang dan sepiring bawang goreng yang boleh kita congak berapa ketul dengan tak payah tenguk .Minuman hari itu ialah ,water melon jus lemau, carrot juice lemau, dua fresh lemon dan entah tak ingat lagi satu minuman apa..tapi juice buah2an juga. Harga seperti tertera di atas ,service macam tahi kuching..ada ke patut semahal itu air dihidangkan dalam recycle plastic glass.(yang aku rasa dia akn basuh dan pakai balik sebab nak save cost atau tak mahu banyakkan sampah) Dah le rasa tak fres

Anak

Image
Last Sunday suami, Alan ,akak and ayum dapat jenguk anak bongsuku dekat RMC. Aku masih lagi di kampung waktu itu...aduh nak oi...dia tetap macam dulu talipon emaknya suruh datang jenguk dia. Kalau dulu ye le jarak sekolah dengan rumah baru 10 km sekarang dah lebih dari 300 km ,pun dia talipon suruh datang jumpa dia , alasan : adik ada banyak cerita nak bagitahu mama. Semasa pendaftaran pada awal bulan Februari. Hingga ke hari ini 20 putera telah menarik diri termasuk seorang dari STK .

CERITA KARUT

Image
Beberapa hari lepas aku berada di kampung untuk menziarahi orang meninggal iaitu mak cik ku yang tinggal bersebelahan rumah bapak. Dalam suasana sedih aku juga terhibur kerana semua adik beradik ku kecuali abang long ada di kampung. Seperti tradisi kami tak kering gusi untuk berkongsi cerita. Suara bapak yang paling kuat di antara kami semua,diikuti suara Pak Cik Dolah, Pak Jang ,Pak Tam dan kemudian Pak Teh. Tak lupa kalau ada Mak Su Lina dan Mak Lang Pah....aku anak saudara panggil Mak Andak atau Mak 'Dak. Pak Teh macam tulah business nya ok tapi anak sulungnya masih tak ok.Pak Cik Dolah pula semakin berisi ,bininya pulak semakin slim.Masih suka bercakap pasal ilmu2 misteri..yg aku dan mak su tak berapa suka dengar..sebab kami otak business, semua mesti nyata dan jelas! Pak Jang pula kali ni bawa pulang semua anak2nya kecuali yg bongsu sebab bersekolah.Azhar nampak segak sejak dah bekerja, adiknya Liana baru tamat dan tunggu posting jadi jururawat.Ummi yang pandai dan suka memas

HELP ME

Kebelakangan ini aku ribut berfikir ,dalam jangka 4 tahun lagi apa yang hendak aku buat. I have a lot of plans but as usual i dont have much money cos i am not working. My 3 children will finish their studies in 2011 and another one will finish end of 2012 i guess just before their father's retirement in 2013.And i have another son the fith one who will finish SPM in 2010. Dalam tahun 2013 juga , Insyaallah mahu tunaikan rukun Islam ke lima. Selain itu kena bersiap sedia untuk menerima menantu (memang sudah wajar). Yang sedang bermain di dalam kepala ku ialah berniaga dari rumah. Berniaga dari rumah ada kebaikan dan kelmahannya. Kebaikanya aku tidak perlu mengeluar duit sewa, mudah mengurus dan tidak perlu keluar pagi balik petang atau malam. Tetapi aku harus ingat kedai ku terlalu sukar untuk dilihat orang ramai kecuali orang2 yang berjiran sahaja. Jadi aku kena pandai mengiklankan kedaiku kepada umum. Kedua aku sedang berfikir produk ku, samada yang boleh dijual hari2 atau hanya

AL Fatehah untuk Mak Cik

Mak Cik Milah, adik bapakku yang bongsu meninggal dunia hari ini . Sekarang bapak sudah tidak punya saudara lagi setelah kakaknya dan dua adik perempuannya meninggal dunia. Mak Cik seorang yang peramah dan baik hati ,jadi tak hairanlah ramai ,amat RAMAI yang menziarahinya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya..AMIN.

JAKARTA - BOGOR - PUNCAK -CIFANAS - BANDUNG -JAKARTA

Image

MAU JADI BIJAK MACAM YAHUDI???

DAPAT E MAIL DARI KAWAN DAN IA BOLEH MENAFAATKAN KITA SEMUA... MANAKALA SI PEROKOK MUNGKIN DAPAT MEMPERTIMBANGKAN SEMULA UNTUK TERUS BERHENTI DARI MEROKOK. Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu 긗engapa Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah

ANAK DAN RMC

Aku baru saja hantar anak bongsu ku ke Maktab Tentera Di Raja semalam. Suasana yang menyentuh perasaan ibu-bapa dan keluarga. Aku rasa anak ku Qayum(abngnya Khaliq) juga tersentuh mungkin bapanya sorang saja yang tidak dan ini telah diperakuinya sendiri. Aku rasa selepas hari ini anakku akan sentiasa sibuk dan tak ade masa lagi nak kacau2 ibunya dan ini yang buat aku terlalu sedih...arghh lagi2 hati ibu,satu2 ayat yg tak pernah dinafikan oleh suamiku. Masuk ke Maktab atau RMC (Royal Militiray College) bermakna seluruh kebebasan hidup anak ku selama ini terpaksa di kuburkan untuk jangka waktu tertentu. No hand phone , no mp3 or mp4 ,no playing video games/play station during weekend ,no outing and hanging around in favorite spots like bowling and cinema. Di sana badan dan minda hanya untuk jadi budak pandai dan berguna....barulah boleh jadi pemimpin. Sewaktu taklimat di berikan untuk pelajar yang di panggil Putera ada dua kekeliruan atau persepsi orang ramai yang masih belum dapat dibe