MTD

Hari Jumaat ,aku on the way to Klang ,bawa motor cap cai atas jip untuk alan . Sampai Meru terima call dari anak aku Amat Shah, dia tanya aku samada Khaliq (anak bongsuku) ada callke tidak sebab dalam radio ada berita seorang budak junior di MTD mati kena ragging.

Tiba2 je jantung aku rasa macam nak luruh ,cuba juga call no yang ada dlm hp ku tapi tiada jawapan.

Sampai saja di rumah sewa Klang ,on broadband dan layar semua kisah dan berita bersangkutan MTD hari itu. anak masih tidak menghubungi aku.Malam itu dapat tahu dari suami anak saudara Fadzil antara lima yang terlibat,dan aku tahu budak itu dari caompany Bravo jadi keatakutanku sedikit reda. Kemudian aku mula risaukan kawan baik anakku Halim yang sama company Bravo walau aku rasa mustahil sebb dia budak baik tapi hari ini anak aku call aku dan sah Halim terlibat.

Aku kasihan dekat budak yg mati tapi aku lebih kasihan pada budak2 yang hidup ~jangan hukum dari mata kasar tapi hukum dengan mata hati.

Bila aku baca forum2 dlam internet rata2 kutuk budak2 MTD pasal ragging ,kejam ,jahat dan lain2. Itu kata kita, tanya semua pelajar di sana ,mereka bangga dengan adat ragging tersebut' ,aku sebagai ibu pun seperti terpaksa terima yang anak2 ku di latih secara tentera dan tentera tidak boleh berperangai seperti budak2 kecil yang tidak tahan sakit!Tahun lepas sebagai junior anakku bangga tunjuk kesan2 lebam di buku lali ,dada dan paha nya padaku .

Lebih hebat setiap kali balik ke rumah disuruhnya kami menumbuk perutnya sekuat yang boleh.
Anakku selalu kena denda sebab anakku jenis yang selalu lewat.Keistimewaan ankku pula dia jenis menurut perintah ,bukan jenis melawan perintah~ namun apapun karakter budak2 disana mereka terpaksa patuh pada orang atasan mereka.Silap sikit mereka akan didenda.

Kes kematian yang berlaku dari cerita anakku tidak ada kes buli atau ragging atau dera ~ tetapi hanya kes biasa iaitu didenda senior kerana tidak ikut perintah.Cuma satu saja kata anak,budak itu sudah menunjukkan tanda2 yang mereka tidak sedari seperti memberitahu kawan rapatnya bahawa dia tidak sempat naik Tingkatan .Aku juga terkejut kerana didalam surat khabarpun menceritakan bahawa budak itu siap menalipon dan minta ampun kepada ibu-bapanya seakan-akan tahu dia tidak akan hidup lama~atau ada ayat lain yg lebih manis?Mungkin dia da sakit~pernah dengar cerita seorang laki2 yg rebah mati selepas bermain bola~doktor dapati badannya sihat cuma dia punya masaalah kurang tidur ~pelik tapi benar!

Cerita anakku, budak itu didenda push-ups dan di usik sikit-sikit(dari mulut anak aku usik mungkin bermakna sepak atau tumbuk )Kemudian dia masih boleh bangun tetapi beberapa langkah dia rebah kebelakang dan kepalanya terhempas pada lantai. Dalam berita juga telah menulis tiada kesan lebam pada badan si mangsa bermaksud tidak ada luka luaran jadi kemungkinan luka dalaman~tetapi jenazah telah di kebumikan ,bagaimana mahu post mortem?

Nasib kawan anakku Halim yg datang dari kampung ,anak sulung yang menjadi harapan dan kebanggaan keluarga bagaimana? Mungkin akan di buang dari Maktab ,tidak kah kita patut kasihan,sedangkan dia juga pernah lalui denda yang sama seperti budak yang malang itu?

Aku sebagai ibukpd anak yg sedang belajar di MTD kalau dahulu tidak tahu apa yg dibanggakan sangat oleh orang2 yg menyebut anaknya ,suaminya,abangnya ,bapaknya atau sapa2 ex MTD,sekarang sudah tahu JAWAPANnya. Bukan senang mahu masuk ke sana! Bukan setakat result PMR tetapi kena sedia dengan IQ,EQdan SQ. Dan bukan itu saja badan juga kena betul2 GAGAH dan SIHAT!

Apakah adil untuk menghukum budak2 yg terlibat dan tidak sengaja mengakibatkan kemalangan jiwa ? Apakah adil kita menghukum mereka jahat ?Fikirlah dan letakkan sedikit simpati .

Comments

vangardx said…
ayah mana tak risaukan anaknya..kan kan kan
Anonymous said…
perkara ragging biasala mama, kat mana2 pun ada even kat asrama time dulu2 pun jadik... senior lari2 n lompat tendang kat perut junior kalu junior tue buat silap...

yg kena tue kes rangging bukannya salah satu latihan tentera lagi...

tapi agak2 la sampai boleh mendatangkan mati... memang la bangga kalu diri tue rasa bangga bila kena. tapi time kalu kena smpi mati, walaupun x der niat nak buat smpi mati macam mana? saya pun kesian tengok junior yg kena...

kalu yg mati tue pulak kena kat anak kita... mintalah dijauhi Allah... InsyaAllah

sekadar renungan saja
NoraHash said…
@Vangardx terimaksih sebb buat linkpada blog anda, rupa2nya anda adalah x putra ,tahniah kerana berjaya mengharungi nya.Mesti banyak pengalaman manis dan pahit selama berada di sana.
NoraHash said…
Abah,kalau yg mati itu anak kita ~mungkin mm collapse , tak bangun2...nauzubillahimainazzallik!!
Manusia boleh terima kematian kerana sakit tua,sakit yg berlarutan yg tiada ubat untuk sembuh ,accident kereta atau motor,tapi mati ketika belajar dan sihat ~memang tak masuk akal tapi itulah rahsia ajal manusia.
Empire said…
Ragging bukan ada kat mtd je..sekolah sbp and mrsm pun ada..cuma mtd ni dikelilingi dgn suasana tentera...learning method style tentera...nama pangkat pun style tentera...tapi dari segi ragging and disiplin whtsoever semua sama...

Popular posts from this blog

BERSALAH