Posts

Showing posts from October, 2006

Kongsi Cerita

ragam manusia Salam again. It has been more than a week we celebrated Hari Raya Aidul Fitri.I just came back from my village somewhere in north and now back to south again.My husband took a week off and we had to devide it into two. First half we spent in Taiping that is his hometown and the other half in my hometown.JUst imagine how short the time was after minus two /three days on the roads. Anyway as usual we were damn happy and satisfied with our short holidays .Being together with our family is the happiest moment we had especially during this festive. Macam biasa adik-beradik akan pulang ke kampung dan berkumpul di rumah orang tuanya dan waktu itulah banyak cerita yang hendak dikongsi bersama bayangkan lah setahun tak jumpa!!!Dalam keluargaku yang sembilan orang ini semuanya sudah berumah tangga dan dah beranak-pinak....Pelik betul dulu waktu kecil2 kami cuma tenguk perangai luaran saja,kalau abang long dulunya penyayang jarang marah adik2nya.Bila dia dapat gaji dia akan belikan

Jatuh Cinta

ragam manusia Salam again. I am desperately wanted to write about this topic for so long ever since b4 i started this blog.Since the story is a long long time ago so it takes me quite sumtimes to do. love for my own defination is a feeling of happiness inside u when u involve with the person that u like,fond or interested in.How to know that u re in love....U only know it when u feel the opposite way when the person is not around u...u feel unhappy. Di sini secara umum nya saya tak dapat memberi definasi cinta dengan tepat...terdapat juga definasi cinta sebagai cahya yang keluar dari jantung ,semangat dan lain2 tapi biar lah bagi saya cukup dengan perasaan bahagia dalam hati sebagai definasi cinta saya. Cinta yang paling gembira ialah cinta monyet/puppy love.Cinta yang tidak matang biasanya membawa banyak cerita atau kenangan2 lucu...kalau saya nak kumpulkan dari kawan2 lama mungkin sampai esok pun belum tentu habis menaip jadi saya pendekkan dengan cerita saya sahaja. Orang kata budak

Hati seorang ibu

Image
Salam again.Dua hari berturut2 saya asyik membaca satu laman web yang sangat menarik hati saya. Minat ini lebih banyak di tarik oleh naluri keibuan bukan sebab semata2 minat untuk membaca.Penulis nya seorang laki2 yang sedang menuntut di Melbourne Australia dan berusia 22 tahun. SEbagai seorang ibu banyak yang merisaukan hatinya..apatah lagi budak ini telah memenuhi sedikit dari ruang masa anak perempuannya..kalau boleh dikatakan begitu.Tapi lebih merisaukan ibunya bukan sahaja takut pelajaran anaknya tertanggu malahan lebih kpd perasaan luka kalau dikecewakan oleh manusia yg dipanggil laki2. Siapa yang tak mahu merasai perasaan cinta..tambahan di usia yang sedang memekar ini.Apa yang menakutkan saya dan kaum ibu yang lain di zaman ini ialah daya intelek mereka,keterbukaan minda berinteraksi,budaya campur,saingan yang rapat,kekurangan benteng penahanan nafsu dan sifat 'explorasi' mereka. Namun apapun ada pada diri mereka, saya rasa pada dasarnya jiwa mereka tidak sekebal manapu

Berpada2 bila berpakaian

Salam sekali lagi,hari ini saya ingin sangat bercakap soal tabarruj yang pertama kali saya dengar melalui kaset oleh seorang Ustaz yang nama nya sudah saya lupa.Saya terkejut apabila dia menghukumkan pakaian cantik2 yang kita pakai waktu keluar akan jadi haram.Dia ada menyebut tentang tabarruj.Semasa saya di KL tidak lama dulu saya terjumpa buku kecil ini yang mempersoalkan tentang tabarruj.Penulisnya adalah seorang wanita dari Mesir yang satu ketika dulu pernah mengalami kesakitan yang teruk di muka sesudah mencabut gigi gerahamnya.Dalam bukunya dia menulis bagaimana keinsafannya timbul di dalam kesengsaraan dia melawan sakit dan kemudian sembuh tanpa dokter sendiri mengetahui apa punca penyakitnya.Di bawah saya paparkan sedikit cedukan dari buku tersebut,mudah2an kita semua mendapat hidayat.-NAHA Catatan ringkas buku Pamer Aurat.Tulisan :Ibu Hajah Ni'mat Shidqy (muslimah Mesir) AT TABARRUJ. dEFINASI secara etimologis,tabarruj adalah penampakan diri(dzahir)iaitu bersolek atau berh

Manusia vs kuching

ragam manusia: Hari ini telah masuk hari ke duapuluh umat Islam berpuasa.Dah sampai penghujung suku ketiga dan nak masuk suku akhir.Ada orang mula sibuk bercuti khusus nak bakar biskut dan kek,anak2 yang belajar di institut tinggi pun ada yang mula bercuti dan ada juga yang tengah sibuk dengan peperiksaan semester. Walau apa suasana pun,kita harus bersyukur dapat menikmati kehidupan ini.Yang sebaik2 kehidupan ialah besederhana.Dalam kita keletihan dan sibuk beribadat kadang2 kita terlupa untuk memberi perhatian pada makhluk Allah yang lain iaitu binatang peliharaan kita.Adakah kuching kita hari ini mendapat makanan yang secukupnya atau dia juga terpaksa berpuasa seperti kita.Harus kita ingat menzalimi binatang sangat dilarang oleh agama. Di negara barat sudah terdapat undang2 yang melindungi binatang-binatang peliharan mereka tidak termasuk binatang2 liar yang hampir pupus.Mereka mempunyai skuad mereka sendiri yang akan menangkap tuan2 punya binatang dan akan menghadapkan mer

TIPAH TERTIPU

Dalam dunia yang serba kompleks ini banyak perkara2 canggih yang berlaku.Dunia sekarang manusia bertungkus lumus mencari duit untuk hidup senang.JIka boleh kita tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan dan kemodenan penggunaan teknologi tinggi yang canggih.Lihat saja penggunaan talipon bimbit masa kini. Ia bukan saja di gunakan oleh orang dewasa malahan digilai oleh kanak2 yang baru hendak melangkau alam remaja.Kalau dahulu talipon hanya sekadar memanggil dan menerima panggilan,sekarang tidak lagi.Ia boleh digunakan untuk mengambil gambar dan muat turun data2 yang lain ke internet. Sementara orang2 pandai mencipta rekaan ini telah mendapat keuntungan yang besar dengan daya kreatif mereka dan telah kaya-raya.Yang pandai tapi kurang daya kreatif pula akan meniru setiap model2 yang telah mendapat nama di pasaran.orang2 ini kadang2 mengaut keuntungan yang lebih kerana tidak perlu mengeluarkan modal untuk patent right .SEbagai pembeli pula kita kadang2 terpengaruh membeli yang tiruan k

Directors Games -Bab Akhir

Pada permulaannya suami seakan mernerima hakikat bahawa misi nya sudah berjaya dan tamat.Cuma dalam diam2 ada sesuatu yang membebankan perasaannya.Kehadiran seorang wanita.Dan wanita ini cuba mempengaruhinya mencari kerja lain di Indonesia.Di Indonesia terdapat wanita2 'desperate' dan 'pembelit' yang mahir menggunakan kesempatan.Di samping wanita ,suami juga terpaksa berhadapan dengan bekas Gm yang masih bekerja di sana dan berdendam atas peralihan kuasa pada suami.Pada hakikatnya suami tidak ada kaitan dengan kejatuhan MF.Dia jatuh kerana tidak memberi layanan istemewa kepada bosnya yg datang dari KL iaitu Hj.Apabila semua keperluannya disana 'dilayan' oleh suami maka timbul rasa tidak puas hati Mf lalu berkomplot menghantar surat layang ke meja pengarah memburuk2 kan nama Hj,suami dan seorang lg pegurus.Oleh kerana hal ini suami telah dipinggirkan. Apabila surat itu sampai ke tangan Hj,dia lalu menalipon suami memberitahu ada surat layang memburuk2 kan suami b

Permainan Orang Atasan

Kehidupan masyarakat di kalimantan tidak jauh berbeza dengan Sarawak pendalaman.Penduduk majoriti ditempat suami bekerja iaitu Bodok adalah penempatan kaum Dayak.Kebanyakan mereka beragama kristen.Sikap orang dayak disini masih kuat dengan adat serta kedaerahan mereka.Orang Madura yang sifat semula jadi mereka memang keras dan dianggap pendatang sukar mendapat tempat baik di kalangan orang melayu maupun orang dayak disini.Sewaktu pemerintahan Suharto media massa indonesia tidak mempunyai kebebasan mutlak untuk menyiarkan berita2 pergaduhan antara kaum.Antara tahun 1997 hingga 2000 pintu masuk antara Sarawak dan Kalimantan ditutup sebanyak dua kali kerana takut pergaduhan kaum yg bermula disana merebak ke sini.Pada mata dunia masaalah dalaman yang berlaku tidak serius dan dapat dikawal oleh kerajaan tetapi keadaan sebenarnya jauh lebih dasyat. Dalam era inilah suami saya bekerja membanting tulang untuk menjayakan satu projek bersama dengan pengurus2 Malaysia yang lain.Era dimana keadaan

Directors' Games

ragam manusia Tiga hari yang lepas kami dapat berita dari seorang kontraktor cina bahawa kawan kami Nur Jihad dari co Tradewing telah berhenti dari company tersebut.Dulu ketua nya Dr redzuan ex Sime Darby kini telah diganti oleh orang lain.Baru2 ini syarikatnya telah pun membuat joint venture dengan syarikat J Top yang kebanyakannya berpengkalan di Johor.Berita yang kami terima ini agak mengejutkan kerana pada pendapat kami Nur Jihad yg berkelulusan Sarjana itu adalah seorang yang rajin,bercita2 tinggi dan serius dalam pekerjaannya.Tetapi seperti yang kita sedia maklum dalam satu2 syarikat memang terdapat atur mainnya.Kalau kita pandai bermain kita dapat bertahan kalau tidak, kita akan kalah dan terpaksa berundur.Nampaknya kawan kami telah kalah dalam permainan ini. Kalau dibandingkan dengan suami saya,permainan yang saya namakan 'permainan orang atasan'(poa) atau 'directors' games',yang dihadapi oleh Nur Jihad sangat kecil.Mungkin kerana egonya yg kuat dia memilih

Bajet

Dalam keadaan ekonomi yang sedang mengalami inflasi ini harga barangan semakin melambung naik.Baru2 ini harga ayam dan juga gula naik dengan mendadak.Pada hemat saya pada waktu ketika rakyat malaysia sedang berpuasa, dan kedatangan syawal serta deepavali tidak lama lagi adalah bertepatan untuk peniaga2 mengaut keuntungan dari kenaikan ini.Kalau dahulu,waktu wabak selsema burung kita dihidangkan dengan harga daging ayam yang termurah, kini giliran kita dihidangkan dengan harga yg sebaliknya pula.Sebagai pengguna kita ada kuasa untuk membeli ataupun tidak.Yang menjadi persoalan saya sekarang ialah kenapa kita tidak menggunakan hak tersebut.Jika kita semua tidak membelinya penjual terpaksa menurunkan harga ayam kerana barangan itu tidak tahan lama. Satu lagi harga barangan yang cuba dinaikkan secara haram (iaitu barangan kawalan) ialah gula.Kerajaan berkali2 telah memberi jaminan bahawa masaalah kekurangan gula akan selesai secepat mungkin tetapi hingga sekarang keaadaan belum pulih serat

Shopping spree

Sudah menjadi kebiasaan manusia mempunyai rencana masing2.Manusia hanya diberi 24 jam sehari.Jika ditolak waktu tidur,waktu bekerja,mandi,makan dan lain2 waktu kebiasaannya manusia seolah2 tidak cukup waktu untuk melakukan sesuatu yang diluar dari rencana yang rutin. Nasib baiklah dalam seminggu bekerja ada dua hari cuti atau sehari untuk sesetengah pekerja swasta.Pada waktu2 beginilah manusia akan melakukan rencana yang 'extra' untuk diri mereka seperti membeli belah,memancing,melawat famili ,berjumpa sahabat dan lain2 lagi aktiviti. Hari ini cuti Ahad suami telah membawa saya ke Johor Bahru untuk membeli belah.Kalau dibandingkan dengan pekan Kluang tempat saya tinggal sekarang Johor Bahru adalah jauh lebih bagus.Di Johor Bahru ada beberapa kompleks membeli belah tetapi bagi orang yang baru dengan tempat ini mencari sesuatu barang yang hendak dibeli akan menjadi sukar jika salah memilih tempat.Kalau anda hendak membeli pakaian tradisional melayu anda tidak akan jumpa barang it

Pasar Ramadhan

Hari ini masuk seminggu umat islam berpuasa di bulan Ramdhan iaitu satu bulan yang sangat istemewa dalam kalendar islam.Bulan dimana manusia mengerjakan ibadat atau rukun islam yang ketiga.Apa yang menarik perhatian semua penghuni Malaysia ini ialah bukan saja keistemewaan bulan tersebut tetapi sambutan terhadap bulan tersebut..... Awal-awal lagi khemah2 pasar ramadhan didirikan sepanjang jalan yang telah di khususkan oleh peniaga2 yang menempah lot2 yang disediakan oleh majlis perbandaran sesebuah daerah. Kebanyakan jualannya tertumpu pada pakaian dan aksessori .Ada juga yang menjual barang2 untuk hiasan rumah. Yang menarik hati saya sebagai rakyat malaysia ialah juadah2 berbuka puasa yang beranika rupa dan rasa.Maklumlah orang2 Melayu khususnya memang pandai memasak dan suka makan.Tak hairan lah dikalangan kita terdapat ramai yang berat badannya melebihi kadar yang sesuai. Apa yang harus kita ingat disini,bukan semua masakan kuih-muih atau lauk-pauk yang dijual mereka itu sedap,seba