Posts

Showing posts from July, 2009

VIRUS

Komputer aku (asal hak milik anakku) kata anakku yang lagi satu dah kena virus. Kalau aku yang kena demam virus boleh la aku cerita bagaimana uncomfortablenya diri ini dengan tak de selera makan nya tapi dalam tak sihat ada kebaikannya pula bila perut kempis sikit dan kolar bone pun timbul sikit. Tak payah aku nak turun naik bukit (exercise)lepas tu ada orang minta belas kasihan nak pinjam sepuluh hinggit mengapa tak minta seratus ke sribu dengan senang hati aku kata 'Takdak!', ini sepuluh ,kan susah dan impossible nak kata tak ada! Komputer aku yang kena virus aku yang sakit !Sakit hati sebab lembab dan kadang2 susah nak masuk facebook atau nak buka e mail..kata anak aku yg konon katanya dia terrer tu ,alamat e mail aku orang da spam habis2an kadang2 aku pun keliru tiap kali nak masuk banyak sangat soal security questions sampai aku pun fedup, bukannya aku ingat sangat apa yang aku tulis naseb baik le ada satu kali tu jawapannya tepat bila dia tanya nama pet aku..of courselah

KERA

Oh ya, tak berapa ok hari ni, berhingus sikit sebb lebih makan sotong semalam/atau mungkin terlebih hidu habuk ,bermakna supplements yang aku dok telan dalam sebulan ni belum memberi daya tahan yang optimum bagi sarung dan isi badan yg berusia hampir separuh abad ini , tetapi aku kira masih ok jika di bandingkan tanpanya. Ada dua cerita lagi yang aku nak tulis dalam satu posting , pasal ketidak perihatinan anak aku dan perangai buruk kera. Aku tak percaya cakap2 yang aku dengar dari mulut orang2 tu yang kononnya kita kena buat baik dengan kera2 ni sebb nanti dia pandai berdendam dan tunjuk perasaan.Apa ? Buat baik di balas baik kononnya. Aku tak nafikan sifat dia ada sedikit sahaja persamaan dengan kita jadi mudah sangat nak buat andaian. Mereka pun pandai 'auta' (berlakon) macam kita.Juga pandai bak kata ahli politik , 'main gemparq ' dan pandai tenguk gender atau sexist.Kekuatan fizikal penting untuk naik dan lantik diri sendiri jadi ketua.Kat sinilah mungkin timbul

Sebab Di sebalik Sebab

Hari ni sebagai yg aku duga tapai yang aku buat untuk kali kedua tak jadi. Pulut yang sama (dari separuh yang terdahulu). Ragi pula nampak sama bentuk dan ok. Apa yang aku tahu dua perkara WAJIB untuk buat tapai: Pertama: Pulut atau bahan yang di tanak kena BETUL2 SEJUK. Kedua: Ragi mesti eluk/kering ,tidak masuk angin atau terjejas . Hari pertama buat, aku masak pulut dan keesukannya baru aku tabur ragi ,bermakna pulut ku benar2 sejuk. Dan aku masukkan dalam bekas plastik. Pada kali kedua, aku masak tengahari dan petang itu juga aku tabur ragi. Namun aku pasti pulutku sudah benar2 sejuk ketika aku tabur ragi dan aku pasti ragi tidak masuk angin. Cuma satu saja yang aku baru cuba di sini...aku masukkan pulut dalam bekas corning ware yang bertutup kaca berat....aku terfikir apakah cukup udara untuk ragi ku hidup(kerana sejenis hidupan).Paada esuk paginya aku tak nampak ada tindak balas jadi aku keluarkan dan masuk kedalam bekas plastik yang bertutup ringan dan hari ini..ada tindak bala

TAPAI

For those who love doing business ,i guess this is a good link to observe http://www.ozsmallbiz.net/ Suami aku suka makan tapai. Aku pun suka makan tapai rupa2nya anak aku si Amat dan Alan pun suka. Kami semua muka tapai. Minggu lepas suami beli tapai ubi bawa balik ke rumah sambil bebel-bebel tapai mahal. Lepas tu dia suruh anak tenguk int cari resepi sambil bebel-bebel (macam tajuk filem pulak) yg harap aku sure tak buat2 tapai. Lepas tu dia beli ragi kering sebanyak 6 ketul yg aku perlu hanya seketul untuk sekilo pulut. Hari ni tapai dah siap di makan- manis 'melecas' orang utara kata tapi orang selatan tak pernah dengar word tu .Belum lagi cakap pasal masin/masam/pahit 'berdengung!' Sebenarnya tapai amat mudah di buat tetapi jadi mahal sebab mungkin harga ubi kayu dan pulut dah mahal dan tak lupa bekas isi tapai .Kalau jual ikut kos mana nak untung wahai si suami.Sekarang boleh makan puas-puas....sampai muak!

FavIcon

Image
Hari ni cuba favicon gunakan gambar pushie tapi entah tak keluar2 pun gambar icon tu...aku cuma paham sekerat je cara nak apply tapi bila dia suruh apply before and after and tag aku dah tak jumpa apa yang arahan tu maksudkan..so aku main hentam keromo ..masa dia suruh check macam betul je sebab dia bubuh mark betul semua bukan pangkah.Tapi muka pushie tak kuar pung dekat address blog aku ......aku pun rasa macam tak betul je.... Semalam aku ngan suami gi jumpa anak ku Khaliq kat Low Yat Plaza .Teruk betul budak tu , minggu lepas dia call abahnya kata minggu ni boleh balik rumah overnight. So aku ingat boleh le relaxkat rumah minggu ni. Malam Jumaat siap gi pasar malam dengan abngnya si Amat nak cari ayam sembelih tahu dia suka sanagt makan ayam. Hari Sabtu ,Alan dengan Qayum pula nak balik,cantiklah boleh berkumpul ramai2.Dah petang pun dia belum call ,aku dah syak yang dia tak jadi balik.Tiba2 petang tu pula ada kelibat tentera dua orang masuk kawasan rumah menuju betul2 ke depa

JOM CAKAP BAHASA PASAR!!!

Suka sangat dengan bidalan Datuk A Kadir di bawah ni jadi saya tanpa izin copy and paste kat bawah . Untuk pengumuman saya pun vote 'No' untuk Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia ,kalau dalam Bahasa Melayu mungkin saya yes ,yes kan juga. Sekali -sekala tu eluklah dengar berita Indonesia. Banayk bahasa Inggeris ceduk dari bahasa sendiri.Tak lama lagi Malaysia pun ikut sebiji macam tu, dah lah dulu nak ikut orang Indonesia baca bahasa baku sebab bunyi pelik 'bank' bunyi 'bang' ,nak bakukan sebiji-biji huruf tu bunyi dah jadi macam robot,lama-lama hilang dengan sendiri baku nya tu. Orang Negro dekat Amerika pun tak sibuk nak bakukan bahasa Inggeris mereka. Pelik betul denagn orang2 Malaysia ni khususnya ahli2 pujangga kot!Jangan sebab novel mereka dalam Bahasa Malaysia tak laris sebab orang muda lebih banyak beli novel Inggeris sudah. Kalau boleh menulis sebiji macam cerita Harry Potter , tak mustahil satu dunia akan translate cerita tu. Kasihan tenguk bud

T shirts

Image
Tadi chatting ngan Qayum ,pasal idea nak print T - shirt sendiri....ia berpasangan. Untuk female/male baru nampak menarik kan.

SEMBANG POLITIK

Bangun Tido ,belum sempat korek tahi mata suami dah tanya pasal ceramah Anwar semalam. Memang dah syak dah, jadi aku cakap je apa yang aku dah rekod kat kedai makan malam tu.Malasle nak cerita secara terperinci nanti kena kutukan tak tahan cuping telinga nak kibas . Malam tu dlam keadaan mata ku yang nampak cahaya berpinar2 ,macam kunang-kunang sempat juga aku observe dewan yang di hias dengan kain renda putih -biru dan mahasiswa-siswinya.Dewannya baru dengan lampu nak kata terang tak nampak macam terang ,studentsnya pun nampak fresh dan bersemangat dengan minda yang kebanyaknaya masih bersih .Dewan penuh.Hurmat mereka yang datang termasuk aku la. 10-15 minit kemudian rasa tak selesa duduk dalam dewan. Terpaksa tell body guard nak keluar kejap takut terpitam nanti kecuh pulak.Di luar aku berdiri di satu penjuru dan nampak Azmin tiba dan masuk ke dewan. Kelibat Sdr Anwar belum nampak..sampailah lebih kurang pukul 9.30 mlm...ye lah orang tu buat sholat Isyak terus, yang aku ni tekejar

CERAMAH ANWAR di UNISEL

Malam ni ,pukul 8 malam ,Sdr Anwar Ibrahim akan berada di UNISEL ,Bestari Jaya .Untuk apa pun aku kurang pasti...tapi kategorinya mestilah antara, berhujah, berpidato, bersyarah ,berceramah.Topik apa pun aku tak tahu tetapi aku dengan tak sabar dan berkobar2 nak pergi. Sdr Anwar bukanlah insan yang aku kagumi ,tetapi lebih kepada ...perkataan apa yang sesuai aku sebut huh. Aku selalu juga tenguk U tube nya terutama bila dia di temu bual di Indonesia dengan Kick Andy tu..Ada perkara-perkara yang aku tidak setuju contohnya bila dia bagi tahu orang indonesia di Malaysiani rakyat mereka di Zalimi sampai aku bagi komen , suami aku kerja kebun jaga orang indonesia tak pernah pun ada berlakunya kekajaman yang di besar-besarkan. Siap dapat reply lagi mengatakan aku mungkin tidak sedar..jawapan ku senang saja siapa yang tinggal di Malaysia , aku atau tukang komen tu? Sampai aku pelawa mereka tinggal duduk rumah aku dan tenguk sendiri dengan mata kepala mereka...semata2 untuk convincekan mereka

T Shirt

Image
Masih practise dan lakaran masih kasar , banyak applikasi yang belum tahu di gunakan .Kata anakku Ahmad Shah ,aku perlu ada photo shop ...aku ingat mahu guna jalan pintas ambil gambar letak atas skrin tablet dan tekap aje but no way aku nak buat macam tu ,sebab aku lebih suka melakar bukan menekap. Lukisan ku selalu berubah-rubah ,sedang mencari identiti lukisan yang boleh mengenalkan diriku sebagai pelukisnya.

PIN KIUT - MIUT

Image
Pelengkap Sele n dan g ku Sa y a n g.....

T -SHIRTS

Image
H ahaha saya bercadang nak buat lukisan atas T Shirts...banyak sangat IDea with little Skill hahaha.... Guna Genius tablet main conteng2 dulu.. apa tu, buat doodle ke noodle..nanti dah perfect saya buat business pulak..siapa nak tempah cepat, CEPAT,first come first serve.!

IKLAN PERTAMA

http://lamadanbaru.blogspot.com/2009/07/rantai-untuk-di-jual.html

HADIAH IsTiMeWa

Image
Aku dapat hadiah ni dari anak daraku dua hari lepas.Nak sebut pun tak tahu jadi aku kena refer pada kotak tu yang tulis Genius Mousep en 8x6 Tablet with cordless Wheel Mouse for Drawing and Painting. Harga ?? anak daraku berahsia .Jadi aku search dalam intrnet jumpa gambar tapi no price tag. Hmm..bukan apa takut tak berbaloi beli mahal2 untuk emaknya tapi tak gheti' guna.Ia terbukti kali pertama mencuba ,lakaran macam cakaran AYAM! Oh ya dengan menggunakan mousepen dan tablet ni kami buat perbandingan siapa yang lebih kreatif. Cuba bandingkan dua lukisan yang di lukis oleh anak ku Azlan dan abahnya..boleh teka yang mana satu lukisan anak ku? Terbukti mereka belum 100% kenal siapa bapa mereka sebenarnya...

SAVE DUIT ATAU BUANG DUIT?

Pernah dengar tak alat yang boleh save/jimat petrol kereta ? Terutama ketika harga petrol naik gila2 maka manusia yang dulunya dan selamanya boros cuba cari alternative untuk save duit... Kahkahkah, ini adalah fakta sebenar. Fakta terbongkar bila kami 3 beranak tengah huahua dalam kereta ketika dalam perjalanan dari BB (Batang Berjuntai) yg telah di salah tafsir oleh sorang budak tu bb dia...ke CyberJaya. Driver (alan): Masih pasang lagi 'alat' tu ke..(bila dia nampak alat tu terpasang pada lubang api rokok tu). Passenger@owner(akak): Pasang !Yelah benda dah ada kan. Driver :Kawan abang dah pasang macam2 alat ,sampai 2-3 barang dalam kereta dia tapi tak ada kesan pun. Kalau 20hinggit isi minyak boleh sampai Ipoh ,lepas pasang pun 20 hinggit juga. Owner: Itu lah kawan akak cakap pakai benda ni 3 tahun pakai baru cover harga alat ni. Visionex promoter @ penyibuk: Alat tu harga 300hinggit , bahagi 3tahun ,setahun 100hinggit ,bahagi dengan 12bulan sebulan lebih kurang 90hinggi

CLASS 2001 -CHEN FLORAL DESIGN CENTRE

Image
Di Kuching dulu saya memasuki Akademi Mengubah Bunga - for Diploma in Professional Floristry tau tapi sebab berpindah saya tak sempat nak ambil exam! Hari ni saya buka balik fail bunga lama dan cari nama Chen floral di bawah AFET melalui int..jadi saya jumpa link di bawah ni dan apa yang best nya gambar saya dan kawan saya Sabihah yang memakai tudung (saya dan dia) masih ada dalam iklan flckr nya. Saya terus e mail intructornya Sophia minta certificate untk menandakan saya pernah jadi student dia...sekarang tengah tunggu reply dari dia..hopefully dapat lah. Ini LInk tempat saya pernah belajar dulu, http://www.chenfloral