Posts

Showing posts from November, 2009

Wahabi tu apa?

Aku gelar diri ku Muslim tetapi jangan tanya aku lebih dari rukun Islam dan rukun Iman..... http://drmaza.com/home/?p=805

Betulah tu...

SEmalam Sunday... cuti ,walaupun aku tak bekerja makan gaji ,aku pun tertunggu2 juga hari Ahad ni.Hari untuk keluar jalan2 sebabnya kalau suami atau orang lain tak bawa aku keluar berjalan..aku tak keluarlah.Seperti biasa ,pagi suruh siap ,lepas asar baru bergerak. Jumaat lepas dah ke KLCC....dan baru tahu ada tempat menarik dekat situ, Aquaria KLCC tapi tak sempat nak masuk sebab tutup pukul lapan malam..insyaalllah lain kali.Kat KLCC hari tu asyik betul tenguk wanita2 anggun..berkebaya dan berbaju kurung dari kain yang berqualiti dengan kasut tumit tinggi dan beg tangan yang matching....dalam kepala hotak aku dok calculate how much did they spend on those things.... Semalam last minute suami decided ke D Curve semata2 nak makan....sebab dua orang anak yang ikut pada malam tu tak pernah masuk TG its Friday,my hubby bawa kami makan di situ..sebelum masuk aku dah bagi tahu anak2 makanannya kalau ikut tekak aku tak lah sehebat mana pun tapi harganya memang hebat...dan jumlah orang

SHAH ALAM dan ARAK

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/43591-selangor-belum-tentukan-kawasan-sesuai-jual-arak Kalau nak tenguk dimana ramai orang Melayu berniaga ,pergilah Shah Alam,Kota Bharu ,Kuala Trengganu....Kalau nak tenguk peniaga Cina ramai pulak ,pergi Kepong atau Ipoh atau Penang atau Johor Baru atau mana-mana bandar dalam Malaysia . Kalau nak tenguk orang India ramai pulak datang Batang Berjuntai ,Klang dan Penang. Bila satu2 tempat yang banyak peniaga Melayu seperti di Shah Alam dan Kota Bharu, bukanlah bermakna Cina tak boleh tembus perniagaan di situ ,mereka bangsa yang banyak duit. Tetapi mereka juga bangsa yang tidak boleh tinggalkan arak dan hiburan......

Laling Gua

Hari ni aku nak tulis pasal laling gua. He's so special ,i mean his character...susah nak jumpa dalam seribu.... Mula2 kenal dengan dia ... tak terus jatuh cinta sebab waktu tu tak nampak apa2 yang istemewa pada rupanya..tak macam rupa shashi kapoor atau jetendra yang menjadi kegilaan wanita2 di tahun 80han atau waktu sekarang macam shah rukh khan. Susok badan pun tak lah tinggi mana tapi ada something yang menarik mata aku waktu tu iaitu punggongnya yang agak bulat bila dia pakai seluar kodroi ketat..aku tak pernah tenguk budak laki2 yang punya bontot solid macam tu....its kind of cute to me. Bila dah jadi kawan dia suka bagi hadiah walaupun aku jenis yang tak pernah minta dan harap apa2 dari dia .Kalau aku minta entah2 lagi besar kot aku dapat. Sekarang dia dah dah jadi suami aku. Ustaz yang pernah mengajar aku pernah cakap ,isterilah orang yang paling mengenali suaminya...maksudnya apa...maksudnya emak dia pun tak berapa kenal dengan fe'el anaknya.Sebab emak sekadar p

KEBAHAGIAAN

Kadang2 rasa macam tak adil kalau wanita di cop sebagai kaum lemah yang kurang akal .Tapi kebanyakan masanya kita terima tanggapan tu bukan kerana kita setuju seratus peratus atau apa yang dicopkan itu betul .Kita terima kerana kita tahu kita tidak boleh menang dengan laki-laki kerana sifat ego mereka yang bukan mereka sengaja buat2. Dan kita setuju kerana itu yang mereka mahu dari kita ,senang cakap kita ,wanita yang lembut sikit kena mengalah dan yang keras sikit cakap kena bagi muka sikit kat orang laki-laki ni . Allah SWT telah mencipta satu kombinasi sempurna untuk kita iaitu pasangan dan kita dipertanggung jawabkan menjaga pasangan kita.Melalui pasangan kita belajar banyak hal dan yang penting sekali untuk memahaminya . Tak lama lagi usia perkahwinan ku akan mencecah 28 tahun dan baru2 ni ada soalan cepu emas buatku, adakah aku bahagia? Kalau aku boleh menyoal kamu semula erti kebahagiaan ,apa jawapan kamu? Mungkin aku mendapat jawapan yang berbeza. Kebahagian kamu dan orang

REPLAY

Winter in my heart

Ada orang ajak suami ikut dia ke Beijing during chinese new year ni , teringat cerita Amy pasal Beijing... musim sejuknya yang banyak buah peach . Penari akrobatik yang boleh lipat badan dan masuk ke dalam tong yang saiznya lebih kecil dari badan si penari..Adakah aku akan sampai jua.... http://www.travelchinaguide.com/climate/beijing.htm

BIUL SEKEJAP

Aku biul sekejap atas penangkapan Dr Asri, kamu? http://drmaza.com/home/?p=786

So boooring...

Kalau nak tahu semalam hari Konvo Unisel ntah yang keberapa.Kalau nak tahu juga semalam suami plan macam nak balik Taiping so excited tapi seperti biasa itu hanya PLAN. So rumusan yang aku nak tulis ialah sebab aku ingat kan semalam nak berjalan aku tak memasak pun... Lewat tengahari Amat bawa kawan dia pulang ...so aku goreng keropok lekor jamu mereka.Lewat petang lepas kawan dia balik...suamiku masih tak gerak2 lagi dari depan komputer...aku masih tak memasak sebab dah kenyang makan keropok lekor lagi pun kan suami ada PLAN hari ni...lepas tu suami baring atas kusyen siap terlelap lagi. Aku masih tak masak kan suami ada PLAN...'mm ,Amat lapar ,masak ape?' "MM tak masak tapi roti ada, maggie ada, burger ada ,hot dog pun ada." -------------------------------------------------------------------------------------------------- Telipon suami berbunyi banyak kali..takut penting terpaksa le gerak...pas tu dia cakap Lim banyk kali panggil ajak keluar makan tapi suami malas.S