Posts

Showing posts from December, 2010

Keluarga hj hashim

Image
Satu keistimewaan yg ada pada adik-beradik ku ialah bila kami berkumpul ,kami suka bercerita ,mengutuk ,gelak dan kadang-kadang merancang sesuatu. Idea untuk mengadakan hari keluarga atau family reunion ini timbul dari keluarga Pak Jang ,kalau tak salah idea sebenar mungkin juga dari anaknya atau orang lain,aku kurang pasti tetapi pertama kali disampaikan oleh Azhar anak Pakjang Din. Rumah aku memang sesuai sebab ada kawasan yang luas dan jauh dari makhluk asing kecuali beberapa spesis binatang macam kera.lotong ,anjing ,kucing dan ayam. Adik-beradik ku sebenarnya lapan orang tetapi seperti yang aku duga keluarga abang sulung tak datang sebab banyak sangat alasan tetapi satu alasan yang aku pasti dia mungkin malu pada dirinya sendiri. Itulah hidup di dunia ini jangan suka sombong dan melepas cakap nanti diri sendiri yang rasa terpencil. Namun Alhamdulillahlah berita terakhir yang aku terima dia dah balik jenguk bapak dan mak de setelah kesekian lama menjauhkan diri. Dari mulut keluarg

Phuket

Image
Heello kat sana ,aku kat Phuket niiii! Sebenarnya aku dah ada kat Malaysia.Baru saja balik dari Phuket yang nyaris2 tak dapat pergi ,sebab tarikh mati pass port aku tinggal 5 bulan yg sepatutnya kena renew paling kurang 6 bulan awal. Aku memang dah redho kalau tak dapat masuk sebab dalam hati memang ada perasaan rasa tak mahu ke situ kononnya tempat tu macam tak bagus sangat,macam tempat banyak maksiat...aku cuma berserah bulat2 dan entah lepas staff Air Asia tu talipon dan tanya aku beberapa soalan ,akhirnya aku dapat masuk dan terbang ke Phuket dan membuka mata ku. Tempat itu mempunyai pantai yang indah.Penduduknya ramai orang Muslim .Manakala ramai pelancung dari negara Eropah....Aku buat rumusan ku bahawa maksiat di pekan2 seperti Patong dan Karon seperti air laut manakala orang Islam yg tinggal di pinggirnya masih kuat akidah seperti minyak ,Insyaalllah tidak akan bercampur kecuali mereka yang datang seperti air hujan yang tumpah ke dalam lautan air garam..ia akan bercampur juga