Posts

Showing posts from 2014

Kifarah...

https://muhdhazrie.wordpress.com/2009/07/13/apa-itu-kifarah/ Sebelum aku panjangkan posting tajuk ini aku terpaksa mencari erti sebenar perkataan kifarah itu sendiri dan aku tertarik dengan posting dari link ini,moga pahalalah milik  penulis ini dan aku kira tak perlu minta izin atau sebagai kerana mengambil kata2 dia kerana  berada dalam alam maya ini kita sudah maklum atur cara fungsinya  seperti apa saja di atas skrin sudah menjadi milik maya untuk membaca atau menyalin . Pagi ini ketika berkumur dan meludah dalam sinki kahak ku ada kesan darah walau semalam atau pagi inipun aku tidak batuk . Aku terpaksa scan otak aku untuk fikir apa yang aku makan atau minum semalam . Sebab semua itu akan jadi penyebab . Cuka dan limau ,nenas dan kuinin ,anggur dan mangga ,asam jeruk atau apa saja yg tinggi asid yang boleh membuat bebola dalam paru-paru ku luka kembali. Keadaan seperti ini sudah lumrah bagi ku , aku bersyukur tak lagi panik setiap kali berlaku kalau dulu doktor jadi tempat

Ajaibnya Doa

Sebenarnya banyak yang aku nak tulis dalam posting yang lepas tapi takut terlalu panjang jd aku asingkan dan jadi topik ini khusus untuk doa... Aku cuma nak share perasaan aku kalau aku boleh andaikan yg umur ku sekarang sudah berada di peringkat penghujung hayat dan berapa banyak doa ku yg Maha Pengasih lagi Penyayang telah perkenankan. Dengan rasa rendah hati aku sedar sepatutnya aku mencintai dan berterima kasih pada Allah swt bukan setelah aku mendapat nikmat tapi pada apa saja yang aku terima.Jadi aku masih tak layak di kategorikan orang yang bersyukur  dari segi bersyukur yag benar2 bersyukur ,aku mungkin  kembali tidak brsyukur apabila nikmat itu ditarik semula.Namun sebagai hamba yg sentiasa lalai seperti setiap kali terjaga dan tersedar aku mengucapkan syukur . Bagi ku brdoa bukan saja nampak seseorang itu duduk atau berdiri sambil menadah tangan ,berdoa itu bagi pahaman ku memohon ,mengharap walau tak terungkap di bibir hanya di hati tetap satu doa pada Maha Pencip

Sesuatu..

Image
Assalamualaikum alam maya , Hampir 5bulan  hamba ni tak buat posting ,hari ni mungkin nak tulis sikit hal-hal yg masih berkisar dengan hj ,minggu depan adalah minggu terakhir kursus haji kemudian akan disusuli dengan pemeriksaan kesihatan dan buat visa , Minggu lepas ada  ujian 10 soalan dan aku betul 9 walaupun satu soalan yang salah itu aku anggap kilaf atau cuai dari membaca soalan dengn betul.Ada lagi ujian susulan minggu depan.Sampai sekarang aku memang benci ujian sbb kena berfikir , berfikir buat aku stress ,soalan buat aku nervous ,dua hal ni buat aku tak suka. Aku lebih suka situasi belajar dan menyoal sehingga aku dapat jwapan dan paham. Dalam lima bulan kursus hj Alhamdulillah satu Ahad pun  aku tak pernah miss dan Alhamdulillah aku paham  ilmu yg disampaikan oleh ustaz Hashim dan ustazah siti Robiah. Dan atas kepahaman itu jelaslah Tawaf Wada aku tahun 2012  tidak sempurna dan aku terhutang  dam seekur kambing yang mesti dilakukan di Mekah kerana proses kena dam seekur