Posts

Showing posts from May, 2009

TUTUP

Buat masa ni memang tak boleh bincang apa pun dengan suami .. haihhh(mengeluh). i promise to myself never to tell him anything again, never!

BARANG

Dalam dunia moden jangan ingat sihir dah berkuranagan. Macam beberapa hari lalu bila anak no dua saya kena pukau denagn orang Iran...macam nak menangis dia. Kata polis tempat anak buat laporan orang yang sama dengan pasangannya dah banyak kali buat kerja tu tetapi susah polis nak tangkap sebab mangsa yang kena pukau tak akan ingat wajah orang yang pukau mereka dengan jelas kereta yang mereka naiki juga berubah2 dan kata polis orang yang bagi pakai kereta tu pun telah dipukaunya. Dan lagi satu mereka tahu siapa mangsa mereka yang bawa duit banyak. Cis! mesti ada makhluk ghaib yang tolong bagi information pd mereka. Pagi tadi , tukang kebun (dia suruh panggil aci je)yang tengah menyangkul depan halaman panggil saya dan tunjuk satu barang. Muka dia nampak risau rupa2nya dia terkorek barang yang tertanam dalam tanah. Barang tu berupa kain kuning dan merah yang di ikat seperti punjut adabi ,pada tiga benda yang bulat . Kulat hitam dah tumbuh keliling benda bulat tu. Saya syak sudah tentu b

Bulan yang parah.

Bulan ni paling banyak pakai duit. Kasihan suami yang mula mengeluh . Baru2ni bayar duit yuran anak yang keempat Rm 4ribu, kemudian anak yang no dua pula yang baru berlepas ke NZ semalam, mula2 bagi sebanyak Rm 2 ribu kemudian nasib tak baik ,kena pukau habis seribu dua ratus ,jadi suami terpaksa ganti semula seribu ringgit untuk belanjanya ,walaupun dah bawa bekalan makanan seperti maggie, bubur nasi dan sop cendawan segera tetapi masih perlu juga duit poket .Dan sekejap tadi baharu saje pulang dari melawat anak yang no lima, beli kasut dan bekalan makanan untuk panjat Gunung Kinabalu ketika cuti sekolah nanti ,kemudian bawa pergi klinik kerana selsema dan sesak nafas. Lepas tu minta lagi duit poket nya.Habis juga lima ratus. Aduh kasihan suami.....nak jalan ke Teluk Intan pun tergendala hari ini.Kasihan betul , minggu depan ada meeting lagi.

BATANG BERJUNTAI @ BESTARI JAYA

Tak tahu bila tarikh sebenar nama pekan Bandar Berjuntai bertukar ke Bestari Jaya. Tetapi sedikit sebanyak tumpang gembira kepada penduduk pekan batang berjuntai yang berkurun2 lamanya di tertawakan bukan kerana nama tu tidak glamour tetapi ter glamour dek bunyinya yg agak lucah. Sekarang aku dah sebulan jadi penghuni Bestari jaya. Walaupun pekan kecil tetapi sedikit sibuk dengan sedikit kerja menaik taraf jalan dan jambatan. Dari rumah ku yang di atas bukit (terima kasih lah pada bekas2 penjajah yang suka buat rumah tempat tinggi) boleh nampak dan dengar kerja-kerja yang di jalankan sebab jalan raya terutama simpang ke Kuala Lumpur , Tanjung Karang dan Kuala Selangor tak jauh dari rumah yang aku huni sekarang. Tiap kali berpindah ke tempat baru ,macam biasalah kerja mengemas dan menyusun barang yg banyak terpaksa dilakukan dan meletihkan. Dan tiap kali aku berdepan dengan suasana dan persekitaran baru termasuk udara dan abuk baru dengan paru2ku yang lemah ni...aku jatuh demam pada