Posts

Showing posts from December, 2013

Tawaran Haji Tahun 2014

Image
Dengan nama Allah ,segala pujian tidak mencukupi hendak aku puji ,segala kesyukuran tidak cukup untuk aku bersyukur ,segala alam terlalu kecil untuk ku bandingkan atas limpah kurnian mu . Tidak cukup sama sekali hanya seperti setitis embun di padang pasir . Engkau yang Maha agung Ya Allah ,Yg Maha berkuasa , Yang Maha Kuat ,Yang Maha Mengetahui Maha adil ,Maha Mendengar ,Maha Pemurah ,Maha Penyayang.Segala yang di bumi dan yang di langit ,yang kelihatan atau tidak, Milik Mu Ya Allah. Aku amat gembira yang Allah ,bakal menjejak kaki sekali lagi di tanah suci. Walau sudah banyak tempat yang aku pergi atas rahmat Mu tak akan sama ya Allah kecuali mengikut tapak2 kaki kekasih mu .Beri aku kesihatan dan kekuatan ya Allah  ,bagi aku kenikmatan berasa dekat dengan Mu ya Allah ,sekiranya waktu ku hampir datangkan aku dalam keadaan bersih ya Allah,bersihkan aku dari hutang dan dosa.Sesungguhnya aku hamba yang banyak berbuat salah,ampunilah aku ya Allah. .

Kembara London dan Paris bahagian akhir

Image
Ada 3 minggu persediaan .Dalam satu blog nasihat supaya jgn bawa banyak baju , bawa baju yg perlu saja yang boleh mix n match(ini penting sebab kita banyak menggunakan train ,naik teksi bila perlu sebb selalu teksi pakai meter pun paling murah pernah bayar 20pound atau seratus ringgit , 60 pound paling akhir bila hendak ke airport sebb beg banyak . Satu blog lagi  suruh bawa bekalan  makanan seperti maggie cup, beras ,biskut , kuah segera Brahims ,kicap ,sos dll juga periuk nasi dan flask air untuk isi kopi sbb cuaca di sana sejuk kopi mahal.Aku tak fikir pasal duit yg penting badan aku boleh sentiasa panas,tapi flask sampai akhir tak guna pun .Di sana bila kita berjalan kita akan berjalan sangat laju dari biasa jadi badan maintain panas ,tapi kita perlu bawa air mineral sebab tekak akan kering kita sentiasa haus.Dan botol air mineral tu jangan buang sebb bila nak ke toilet boleh guna buat  cuci najis ,semua toilet di sana hanya ada tisu paper tapi tak disediakan kepala paip dan pai

Kembara London dan Paris pt2

Image
Saya  suka  permandangan yang cantik-cantik seperti lukisan .Kalau ada kawan2  yg poskan gambar mereka makan angin ke luar negara tak kiralah asia ke eropah ke dlm internet memang saya suka .. ada masanya saya kagum dengan mereka yg selalu keluar makan angin ,dan saya rasa orang yang keluar makan angin walau bukan terdiri dari orang-orang business yg kaya raya tapi mampu simpan duit untuk berjalan .                                         Pokok salah satu unsur semula jadi yang saya suka. Rasanya terpulang pada individu sejauh mana mereka sanggup korbankan duit poket mereka untuk mendapat kepuasan melancung tu. Untuk melancung keluar negara semasa anak2  bersekolah langsung tak termimpi kecuali jalan2 dalam negeri. Memang benarlah rezki tu Allah swt yang tentukan. Pertama kali aku dan anak2 naik kapal terbang bila suami kena posting ke Kalimantan Barat dalam tahun 1997-2003. Antara tahun ini kami sempat melancung ke Jakarta ,Bali dan Jogjakarta. Sekali lagi dalam 2011 Allah be

KEMBARA KE London dan Paris pt 1

Image
Salam sejahtera dan salam sayang tuk sesiapa yg membaca  blog ini...hati tengah riang nak cerita pasal trip ke London dan Paris dari 26hb NoV hingga 5 DeC yg lepas.Panjatkan syukur yg banyak pada Allah swt .Terima kasih Tuhan.. Mula2 nak bagi tahu bukan semua isi blog yg kita baca kita kena ikut ..nak tahu sebab apa tunggu sampai habis saya tulis .  Persiapan dari tarikh beli tiket ~ dalam 3 minggu ...plan asal ~suami yg bekerja kat Afrika suruh jumpa dia kat London tempat kapal terbangnya turun buat transit  ke Malaysia. Jadi pendek kata dia dah selalulah turun London.Jadi kali ni dia ajak istrinya nikmati kota London cuma masaalahnya dia tak mahu duduk lama di London cukuplah tuk 2 malam jadi tolong fikirkan sekejap untuk saya .... Di bawah ni saya muat kan semua tempat penginapan kami semasa di London dan Paris. Ada satu lagi apartment tempat kami bermalam sebelum kami bertolak pulang ,insyaalah saya akan upload bila jumpa nanti.

Kembara ~Gunung BROMO

Image
Maaf banyak2 kerana gambar kelabu dan tak banyak sebab keadaan saya yang terlalu sejuk dan gabrar (panic) . Kami mula perjalanan dari hotel Malang ke Gunung Bromo pukul 12 tengah malam sebab perjalanaambil masa 3 hingga 4 jam jadi kami akan sampai ke puncak sebelum matahari terbit . Dengan menaiki Jip 4 pacuan kami bergerak dengan keadaan mengantuk .. saya siap bawa bantal hotel sebiji untuk sendal kepala . Dalam keadaan gelap dan separuh mengantuk kami pun sampai kekaki gunung ,di sini kami mula ternampak beberapa jip pacuan 4 roda yang lain dan satu demi satu muncul dan bergerak perlahan kerana jalan kaecil dan agak bahaya sebb basah. Apabila melepasi lereng bukit/gunung kami sampai ke tanah datar ,ketika ini jip yang bergerak perlahan membontot satu sama lain mula beraksi laju seperti sedang racing. Jip kami tetap maintain dalam 70-80km phr ,aku agak bapak dari Malaysia dah bagi arahan pada si driver ni jaga ibu baik2. Suasana waktu ini amat ceria dengan lampu dan bunyi