Posts

Showing posts from September, 2010

Ragam~Hati Batu

Hari ini aku dikejutkan dengan satu lagi message kematian dari Mak su. Dua hari lepas Abag Mid (abang dua pupu ku) pulang ke rahmatullah kerana sakit semput dalam usianya dalam enam puluhan ,kalau tak salah. Tapi hari ini anak perempuan dari abang sepupu ku pulak meninggal dunia.Umurnya baru 24 macam tu. Dia sering sakit kepala dan minggu lepas tiba2 dia demam dan dibawa ke hospital ~rupa2nya dia mengalami bengkak otak~tempurung kepalanya dipotong tetapi dia tidak dapat diselamatkan. Dia seorang anak yang baik ,mudah2an Allah cucuri rahmat atas rohnya. Sebenarnya aku nak cerita pasal abang pupu ku ini.Ini adalah kehilangan anaknya yang ke dua~dulu anak laki2nya mati accident dalam perjalanan ketempat kerja.Ujian Allah SWT dia mendapat sedikit pampasan .Manakala anak perempuannya ini sudah berhenti kerja kerana mahu menolong ibunya menjaga budak di rumah @ baby-sitter.Kasihan Kak Nah ,mudah2an dia lulus ujian Allah ini dengan flying colors. Abang pupu ku ini sewaktu kecilnya banyak dip

IPM re-union.

Image
Hari ni pakai digi broadband sebb streamyx dah kena potong biasalah ...suami dah pandai, sediakan lilin kalau elektrik terputus.Sediakan broadband prepaid bila telekom potong line internet. Hari ni Alhamdulillah dah selesai puasa enam ...tinggal puasa nazar pulak ,harap2 dapat buat secepat yang mungkin.Tentu nak tahu nazar apakan? Nazar kerana anak2 berjaya ,anak no satu ,no dua ,no tiga ,no empat dan insyaallah no lima setakat ni dua orang dah berjaya . Malu pada Tuhan sebab banyak meminta dari memberi ....dan inilah salah satu cara mengucapkan syukur atau terima kasih pada Allah SWT. Esuk adalah hari reunion ex IPM yg sekarang diberi nama KPM ~kolej professional MARA..tak sabarnya nak tenguk member2 lama.Malu pun ada sebab muka dah berkedut ,haha ...tapi still excited.

Angin Perubahan

Pagi tadi aku set alarm pukul 5 pagi..kononnya nak bersahur kemudian tak mau tunggu masuk sholat subuh lama2. Tapi bila aku bangun ...aku terpaksa menyerongkong dalam jamban agak lama jugak ,lepas tu buat sholat sunat .Sedang aku berdoa di masjid orang dah bang subuh jadi tak sempat aku nak sahur....yg tak syok minda aku dah mula set angka 50-50..maksudnya dlam jangka terdekat aku terpaksa buat keputusan jadikan 100 %. Lepas sholat subuh aku yakin aku akan puasa hari ini tetapi yg best nya bila mak cik sebut hari ini dia teringin nak makan roti canai aku rasa simpati pulak sebab aku tahu suami aku baru jer masuk tidur begitu juga anak jantan aku ...so bila apak,suami mak cik yang dah tak kuat berjalan pun masuk baring dalam bilik aku terus ajak ,jom lah mak cik kita pergi sementara ada orang di rumah dengan apak. Aku pun bersiap dan kali ini aku lihat mak cik pun dah tak macam dulu nak tukar pakaian cantik sebelum keluar.Bila dia cakap dia nak keluar pakai macam tu ,baju kurung dan ka

Selamat Satu Malaysia

Nak up date blog tapi dalam bulan puasa selalu mengantuk ~ hari ini puasa enam.Berbuka dengan banyaknya dan sekarang rasa terlalu mengantuk tetapi nak tulis juga sikit ,masih di Taiping dan esuk cuti umum satu malaysia,jadi saya ucapkan ~ selamat satu malaysia n gd night.... Sambungan~ Alhamdulillah panjang lagi umur aku sehari . Hari ni 16 Sept ...Hari Satu Malaysia diambil sempena pegabungan negeri Sabah dan Serawak dalam tahun ...aku kurang menghafal tarikh dan tahun bersejarah nanti aku google. Manusia kadang2 terpanggil untuk menoleh kebelakangan walaupun sedang melangkah kedepan.Boleh tapi hati2 jangan sampai tak nampak lubang atau longkang di depan takut jatuh tertonggeng pulak...Betapa rindunya hati mau Malaysia jadi Semenanjung Tanah2 Melayu semula.

Islam is still the best

Manusia akan jadi karut marut kalau bukan kerana Islam ...tenguk saja orang Kristian,Paderi besarnya dah mula melatah nak bakar kitab Quran beramai2...kata paderi biul tu kitab Quran kitab Syaithan. Tenguklah propaganda orang Barat menjadi Islam itu terroris,mereka putarkan erti mati syahid yang paling mulia di sisi Allah sebagai yang paling hina di mata manusia. Aku cuma nampak orang2 kafir laknat semakin TAKUT dengan kebangkitan ISLAM sehingga tak nyenyak tidur selagi tak musnahkan ISLAM.Aku cuma nampak elaun paderi mungkin kena potong dengan Zionist sebab ramai pengikutnya mula mengenali Islam dengan cara yang betul. Ramai terkejut bila tenguk U tube ~ada orang mencampak binatang hidup2 ke dalam sungai yang berarus deras,ada yang memijak dengan tumit kasut sampai mati dan ada juga yang buang dalam tong sampah bertutup.Islam melarang manusia berlaku zalim kepada binatang.Mengurung binatang tanpa memberi makanan adalah satu kezaliman yang berat apatah lagi sengaja membunuh binat

SUNGGUH COMEL DAN MURAH.........

Image
CLICK HERE.... http://lamadanbaru.blogspot.com/2010/08/gubahan-bunga-reben.html

Dah Nak Raya

Dah tinggal kurang 10 hari lagi untuk berpuasa(sedih ) Aku masih belum buat biskut lagi ~entah kenapa semakin malas nak buat biskut ~bila malas datg otak pun bercakap macam ni... membazir duit la ,bukan eluk untuk kesihatan pun makan manis2 ni... baik buat laksa 1st Raya ,popiah goreng inti otak2 ke atau inti sayur atau samosa ke.. Masaalahnya boleh ke buat sebb raya nanti tentu aku nak berjalan sana sini dari tunggu rumah.Pandai pulak cari biskut yg sedap 2 nak makan ,tak aci ... tak leh jadi ni aku kena buat juga biskut malam ni jugak! Suami pulak belum buat keputusan berapa hari nak ambil cuti ,bila nak mula bercuti~ entah2 malam ni dia ajak balik kan terbantut cita2 aku nak buat biskut.... susahlah nak buat plan kalau ikut kepala suami~akhirnya nanti ada yang rasa tak puas hati... Dan seperti biasa aku kena siapkan duit raya note RM 10 ,RM 5 ,RM 2 and RM 50~ ikut pangkat ~ramai dah anak buah yg bekerja tahun ni, temasuk anak sendiri sambil terdengar muzik gembira di cuping te