Posts

Showing posts from September, 2012

Pengalaman Di Tanah Suci

Image
Dah seminggu aku pulang ke tanah airku ,namun kenangan ketika berada di Tanah Suci tidak dapat aku lupakan malahan tidak dapat diganti dengan hari2 gembira aku bersama suamiku di Dubai dan Turki. Aku mahu abadikan kenangan ku ke atas blog ini dan aku memanjat syukur pada Allah SWT sebanyak yg tidak terkandung dek badan  kerana mengizinkan aku sampai ke bumi Mekah . Allah murahkan rezki suamiku sehingga memudahkan aku yang tidak bekerja ini melangkah jauh .  Pertama keinginan aku ke sana atas dasar takut pada Nya kerana dari segi kewangan aku ada dan kedua kerana aku ingin membuat persediaan awal sebelum mengerjakan haji yan dianggarkan pada tahun 2013 kerana aku maklum kekurangan ku dari segi mental dan fizikal jadi aku harus bersedia. Pada awal perancangan aku mahu mengikut kakak ipar yang akan berada di Mekah sepanjang bulan Ramdhan sampai ke awal bulan Shawal tetapi terpaksa menukar rancangan kerana agennya tidak mahu mengurus perjalananku ke Dubai untuk menemui suami. Ak