Posts

Showing posts from May, 2011

Aku balik kampung

Hari ni tak sangka aku berjaya buat satu keputusan sepontan dengan menaiki bus dari Taiping ke Bagan Serai dan turun naik teksi terus ke Kuala Kurau bertemu bapaku. Hmmm . Bas yang aku naik tu tak berubah langsung dari umur aku belasan tahun sampai lah separuh abad ni. Bas tak der pendingin udara jadi tingkap yg pakai sorong tu dan pintu nya sentiasa terbuka agar angin masuk. Bila hujan lebat air hujan akan curi2 masuk dari celah2 cermin yg sudah renggang disebabkan getah yang sudah tertanggal. Mata aku juga tertumpu pada lantai bas bila bas itu menerjah air yang bertakung di atas permukaan jalan,air akan bersembur masuk dari celah2 papan yang merekah tak ubah seperti perut sampan bapa aku yang pernah bocor satu ketika dulu. bersambung. 13 jun, Sebenarnya Taiping ke Kuala Kurau tu bukannya jauh sangat tapi nak ke sana tu yg macam jauh. Nak ajak suami dia asyik dengan style dia la kalau tak interesting atau tak penting beratlah montotnya bangun. Hari tu sebab bapa Taiping sakit dan mas

Bila Terdetik di Hati,Yg baik itu menjadi Doa

Salam semua penghuni alam. Agak lama juga tidak menulis dalam blog ni jadi macam banyak cerita yang mahu di tulis. Cuma ingat atau tidak. Oh ya, mula2 sebelum terlupa nak bagi tahu anak bongsu ku dapat tawaran menyambung pelajarannya ke UM macam kakaknya dulu cuma kakaknya masuk hanya beberapa minggu saja sebelum dapat tawaran dari Telekom dan berpindah ke Universiti Multimedia. Kali ini dia pula cuma belum tahu samaada akan kekal di situ atau berpeluang dapat tempat lain juga. Hari Isnin ni dia dipanggil temuduga untuk tawaran menyambung pelajaran ke Korea,dapat atau tidak Wallahualam~ perasaan ku berbelah bagi sebab satu ,dari segi Bahasa yang amat asing dan kedua course engineering agak susah. Aku prefer dia ambil kursus yg agak senang seperti IT atau Accounting di Australia. Apapun sebagai ibu aku yakin semuanya sudah tertulis dan aku redho sambil terus berdoa Allah swt kurniakan yang terbaik untuk anak2 aku. Tiba2 je aku teringat kat anak aku no 4 abang pada anak bongsu aku