Posts

Showing posts from October, 2008

APA ADA PADA NAMA.....

Sebenarnya ada sesuatu yang lucu bermain dalam kepala ku, sejak aku balik berhari raya lagi...dan bila dikumpul2kan cerita rupa2nya banyak anak2 yang tak puas hati dengan nama yang di berikan oleh ibu bapa mereka.Anak saudara ku yang berumur 4 tahun pun dah pandai bagi tahu emaknya namanya sesuai untuk orang tua sahaja.... Perasan tak nama orang sekarang dengan nama orang dahulu sangat berbeda..Masih akan ada ke lagi nama Fatimah, Ramli,Omar atau Noor Aini lepas kematian ku nanti.....Dan silap taruh nama anak ,mak bapak yang kena marah. Teringat satu masa dulu bila adik laki-laki ku yang tak suka dengan namanya, marahkan aku dan kakak sebab cakap nama Abdullah maknanya bagus ...alasannya mudah dia tak suka kawan2 kelasnya panggil dia Dolah atau Dol atau Lah.... Baginya semua tak sedap, bunyi kolot tetapi kalau dia pandai boleh tukar panggil Ab.Tapi mungkin dia tak berapa kreatif waktu itu begitu juga denagn aku. Nama aku Noor Aini..di rumah keluarga ku panggil Ani dan di sekolah kawa

AIR 2 KOLAH

Image
Tiap kali aku terima atau terbaca bab-bab mencuci mengguna mesin pembasuh tidak akan mensucikan pakaian ,aku jadi @@########### bukan bengang tapi confused. Sifat aku yang semula jadi suka bertanya diri sendiri and my favourite question...Kenapa Pulak? Akan keluar kerana perasaan tidak puas hati kerana orang bercakap pasal hukum tidak memberi dalil yang kukuh. Alasan yang diberi sama saja tak cukup DUA KOLAH AIR....hmmm rasa2 mesin kat kedai DOBI yang paling besar pun tak cukup dua kolah. Di Malaysia ,kita beruntung hujan selalu turun dan dua kolah air senang2 untuk di takong tetapi Islam bukan sahaja untuk Malaysia tetapi Universal...di tanah gurun ,puncak gunung malahan di kutub utara/selatan sekali pun Islam mesti disebar. Dan Islam berkait rapat dengan hukum.Dan salah satu hukum dalam Islam ialah mensucikan diri .Aku yakin mensucikan diri bukan sahaja dari segi lahiriah tetapi bathiniah dan termasuklah minda manusia yang mesti bersih dan suci dari fikiran2 yang kotor. TErfikir l

LELAKI, SUAMI DAN dot DOT DOt bah-2

Cuba bandingkan dua ungkapan ini ..... Lelaki,suami dan jalang dengan perempuan ,isteri dan jalang.....dari persepsi lelaki dan permpuan. (untuk sape2 yang tak de benda yang nak fikir) Ok sekarang nak sambung lagi perasaan dan persoalan yang tersembunyi dalam diri saya ni. Saya sambung sikit lagi. Saya rasa lelaki cepat berubah bila dia ada i)duit ii) status iii) rupa iv)Bini***** Kadang2 saya sangka lelaki kaum yang berani tetapi rupa2nya banyak perkara yang mereka takut..mereka takut Tua. Mereka takut Sunyi. Mereka takut takde duit dan tak kurang penting mereka takut mereka bukan lagi 'orang penting' di tempat kerja mahupun di dalam keluarga. Banyak orang perempuan anggap lelaki yang suka main kayu tiga miang ,tak bertanggung jawab dll.Saya pula anggap hati mereka rapuh.Kenapa kebanyakan suami walau kononnya ada calon lain masih mahu menyimpan isteri pertama mereka? Kata orang sifat lelaki kononnya tak suka kalau milik nya di ambil orang lain ,betulkah? Atau mereka rasa terca

LELAKI ,SUAMI DAN DOT,DOT,DOT....

Bukan semalam je kata-kata perempuan ,isteri dan jalang bermain dalam fikiranku tapi dah lama sejak sebelum cerita perempuan ,isteri dan dot,dot, muncul dalam skrin putih di Malaysia.Aku macam suka je dengar bunyi dot,dot tu jadi aku tukar tajuk blog aku lelaki,suami dan dot,dot sebab aku nak berkisah pasal laki2. Semalam kata suami ada perjumpaan sambil bermain golf di sebelah petang diikuti dengan dinner dekat kelab tetapi isteri2 tak boleh turut serta...ada pak mamat yang tak setuju bawa isteri sekali sebab takut antara isteri2 bergosssiiip.Aku terfikir tak de kerja lain ke kami nak buat.... Contohnya nak belajar pakai eye liner dengan betulke , perbagaikan cara ikat tudungke ,senam diri untuk merapatkan benda yang longgarke atau bercakap pasal petua nak bagi nafsu naik walau anak dah sederet.Macam2 boleh. Sebab suami tak main golf, dia tak ke sana dan kalau sekadar nak makan malam kat kelab tu(suami pernah komplen ,mee hoon goreng bau hapak) ,di rumah saya goreng ikan masin ,masak

LIFE JACKET

Image
Hari ni aku ikut suami pergi ke salah satu kedai kegemaran >>>iaitu kedai jual alat2 menangkap ikan. S ebenarnya suami nak cari pump kolam ikannya yang baru siap tetapi kedai yang menjual alat tu belum buka lagi . Walaupun kedai yang kami masuk ni tak jual pump ,tapi tokehnya mesti happy dapat pelanggan yang pertama iaitu 'aku'. Kadang2 aku sendiri rasa pelik dengan diri aku ni ,walau sebenarnya tak lah pelik sangat kalau kita tinjau semua fe'el orang lain. Ada orang sanggup keluarkan duit atas makanan tapi sayang bila nak beli baju cantik (macam tak kamcing le kalau dah suka makan mesti badan over size...camane nak beli pakaian yang tergantung dalam butik pula),so its lojik lah. Ada juga manusia yang tak kedekut beli CD atau DVD tapi kedekut nak beli buku...and so on. Mula2 aku nak argue mungkin orang2 ni termasuk 'aku' tak punya cukup 'wang' jadi kena pilih antara nak atau tidak ,kemudian tak leh masuk di akal pula.Kenapa aku pilih 'NAK

Keluarga Salomawati Ishak

Image
Sekadar mengisi blog. Gambar seorang sahabat di zaman kanak-kanak yang kami panggil Loma. Dia bukan sahaja berjaya dalam akademik dan kerjaya malahan memecah rekod antara kawan-kawan kami yang mempunyai paling ramai bilangan warisan. Sepuluh orang anaknya yang cantik ,hansem dan comel! Dan yang paling MENGAGUMKAN ,Kawanku Salomawati (seperti gambar di atas)masih tetap CANTIK ,MANIS,ANGGUN dan MENARIK!!

APa niii?

INi lagi satu character yang susah nak handle....i am mr perfect , what i did is right and i m always right. PALA HOTAK KAU!

MAAF

HAKIKATNYA BILA MANUSIA MELAKUKAN KESALAHAN ,SEGERA MEMOHON MAAF ,DIA AKAN DIMAAFKAN WALAU BERAT MANA SEKALIPUN KESALAHANNYA. DENGAN HARAPAN DIA INSAF DAN TIDAK AKAN MENGULANGINYA LAGI. TETAPI BILA DIA INGIN MENGULANGI PERBUATANNYA DAN AKAN MENGULANG LAGI KESILAPANNYA , aPAKAH WAJAR KATA MAAF DIUNGKAP LAGI? WALAU RAMAI INSAN YANG SUKA MELAKUKAN KESILAPAN BERULANG KALI tETAPI TIADA INSAN YANG SANGGUP MEMBIARKAN PERASAANNYA DIPERMAINKAN LAGI.UNGKAPAN MAAF WALAU HANYA SEKALI TETAPI CUKUP MENGHAPUSKAN SERIBU DOSA DARI SERIBU keMAAFan TETAPI TIDAK MEMPUNYAI APA-APA MAKNA. jADI CUKUPLAH HANYA SEKALI AKU MAAFKAN.

DIAM LEBIH BAGUS

Dulu Arwah ibu pesan kalau ada orang terutamanya yang amat rapat dengan kita contohnya suami ke, anak ke , abang ke ,saudara ke dan seterusnya bagi kita hadiah.Ucap saja terima kasih dan jangan bersungut kalau tak berkenan di hati....nanti lain kali orang tu akan serik nak beri lagi. Dari saat tu saya yang pada mulanya suka pakaian yang bewarna kelabu ,terima saja pemberian suami yang suka warna merah garang! Hikmahnya, saya baru perasan yang kulit saya (ala-ala kulit peranakan India) bila di padankan dengan kain bewarna merah, tersangatlah sesuai!Sedikit demi sedikit minat saya bertukar dari warna kelabu ke warna terang. Pengajarannya: Jangan terus menolak sesuatu yang kita tidak suka, mungkin ia lebih bagus dari apa yang kita suka. Kebiasaannya seorang ibu memberi nasihat kepada anak lebih mudah daripada seorang anak hendak menasihati si ibu. Contohnya, a)Anak bawa balik barang makanan atas alasan untuk menjamu orang ramai , tiba2 dia kata nak buat apa beli banyak2 ! b)Bila ternampak

SERABAI

Image

GAMBAR BALIK KAMPUNG - Taiping

Image

GAMBAR BALIK KAMPUNG -Kuala Kurau

Image
Sebahagian dari gambar yang dapat di ambil ketika beraya di Kuala Kurau.