Posts

Showing posts from March, 2008

KJ dan Bola.

Muka KJ masuk TV 3 semalam , siap speaking dan pada hemat saya masih seperti orang bongkak... bukan tak boleh tapi hairan juga kalau dia bercakap ompoteh macamana peminat2 bola kat Kedah nak paham. Aku yang tak tahu hujung pangkal hairan juga ye kenapa ramai sangat yang serbu stadium malam tu rupa2 nya ada tiket percuma sempena kemenangan PAS dan ia di janjikan sendiri oleh Menteri Besar barunya Uz Azizan Abdul Razak. Tetapi KJ kata mana boleh bagi tiket free.

ADIK dan F 1

Image
Anak bongsu ku entah macamana boleh terpilih untuk mewakili sekolahnya iaitu Sekolah Tinggi Kluang untuk mencipta design kereta F1. Aku cuba juga melakar beberapa design untuk dia tetapi di KETAWAKAN nya kerana semua design2 tersebut langsung tak bercirikan F1 . Selain mencipta design kumpulannya yang seramai 4 orang juga terpaksa mencari penaja untuk pakaian dan alat2 untuk membuat model kereta tersebut. Dan orang yang di tujunya ialah bapanya sendiri sebagai penaja utama...hmmm kata abahnya kalau angkanya kecil boleh laa. Manakala logo kereta pula dia dah talipon abangnya yang berada di UPM kerana pengalaman abangnya mencipta logo2 kolej. Buat masa sekarang belum ada lagi surat formal dari pihak sekolah berkenaan penaja tetapi kata adik ia sedang di proses. Apapun di sini mama cuma nak katakan rasa bangga mama pada usaha yang adik tunjukkan dan mudah2an adik dan kumpulan adik berjaya mencipta model yang terbaik dengan pergerakan yang terpantas.

Kulit TENUK!

Image
Semalam aku berjaya heret suamiku bersama ke kolam renang. YES! Kolam renang awam yang di kelolakan oleh majlis bandaran Kluang ...hari biasa bayarannya 4 ringgit tapi hujung minggu naik seringgit.Baru berendam setengah jam matahari dah mula terik....aku yang tak pandai berenang mestilah separuh badan selalu di permukaan air. Dan setelah selesai berenang (cara tersendiri) dengan penuh kegirangan ...maka kelihatan lah kulit ku di dalam cermin yang seakan2 kulit TENUK!... OH YA....UNTUK PENGETAHUAN ...HANYA AKU DAN SUAMI PASANGAN MELAYU YANG BERADA DALAM KOLAM AIR TU...THE REST ABOUT 20 OF THEM ARE CHINESE TERMASUK MY LITLLE CUTE GIRL INSTRUCTOR DARI GYM YANG DATANG BAERSAMA BOY FRIENDNYA. Aku SEMPAT BERTANYA PADA PEKERJA 2 WANITA MELAYU DI SITU ...TAK BERENANG KE? BILA AGAKNYA MALAYSIA NI NAK BUAT PUSAT RENANG DAN PUSAT GYM KHUSUS UNTUK WANITA ATAU SEKURANG2NYA BERI JADUAL KHUSUS UNTUK WANITA SAHAJA...SEBAB AKU SEPERTI MENGERTI KENAPA MEREKA MALAS ATAU KEBERATAN MAHU MASUK SERTA. sALAH

Kita dah Ada KERAJAAN !

HaHaHa...Reform Cabinet Pak Lah ...Banyak muka2 glamour yang kena buang dan ooops siapa kata semua muka2 lama akan terus dilupakan. TERsenyum2 aku bila MUHAMAD the son of Muhamad terpilih dan aku tak sabar2 nak baca komen dalam blog RPK.

Ada SUKA Ada BENCI

Siapa tak kenal dengan Raja Petra Kamarudin atau RPK, siapa yang tak baca Malaysia Today pada hari ini .Banyak yang baca ,termasuk akule pambaca setianya. Aku suka dia..oops tulisan dia . Dari penulisan nya lah (selain A Kadir Jasin) aku dah tak payah keluar dan cari surat2 khabar tempatan.Begitu juga buku2 politik hanya untuk tahu perkembangan perkembangan semasa dalam negeri. SUNGGUH JIMAT WANG DAN MASA! TERINGAT. Dulu bila Anwar Ibrahim dipecat..banyak orang politik buat duit..entah2 ramai yang jadi jutawan segera kerana menulis buku pasal kes Anwar.Apataknya semua buku yang terpampang dalam kedai semua orang seperti aku ni nak beli .Macam2 DALIL..semata2 nak tahu KENAPA! Tetapi semua yang aku baca langsung tidak jelas .10 macam buku 10 macam sebab . Tapi RPK ni lain ...dia ulas sebiji2 siap dengan data dan fakta yang buat aku macam ; "O( yang panjang), macam tu ke ,baru aku paham!" Dia ni macam(Hero) berani nak mampos ...pernah ditahan di bawah ISA dan hampir2 di tahan

NoT NAJIB but ITs AnwaR !

Tokok-tambah : Teringat .Macamana agaknya reaksi orang dalam UMNO terutama Che' Dek. Tak mahu salahkan dia apabila dia bagi pendapat yang Anwar hanya bermimpi apabila teringin nak jadi PM. Alasan nya orang dalam UMNO telah menolaknya secara TOTAL (sebulat suara) dan alasannya juga Anwar selalu burukkan dia di luar negara...macam pembelot negara je...tapi alasan Anwar pula sebab dalam negeri orang UMNO atau di panggil kerajaan tidak bagi dia platform untuk membela diri.Walau pun guna undang2(pakai mahkamah) kesnya selalu kena tendang. Kalau dia menang dah dapat juta2 dan bertambah senang dia untuk berkempen dan sure UMNO akan kalah lagi TERUK dalam pilihan raya lepas. Sekarang ni UMNO dah lemah ,peluang Anwar semakin cerah..so kalau lah Anwar jadi PM, apakah dia akan mengorek semua rahsia2 peribadi musuhnya..mungkin tidak..sebab kata orang dia ada pegangan agama. Dalam agama pun melarang kita membuka pekung (sejenis penyakit kulit yang boleh di sorok) orang lain. Dalam Islam suruh k

Jangan Pandang Belakang

Aiyo pagi ni buka je TV dalam bilik hotel dengar je berita orang kuat dan orang lama parti DAP Lim Kit Siang tak setuju dengan pemilihan Mohd Nizar Jamaluddin dari parti PAS menjadi Menteri Besar Perak yang baru. Katanya ketua DAP itu sampai menyuruh semua DUN nya memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar hari ini. Aku terus tukar channel kerana rasa sakit hati kerana bukan sekejap pemberita tu bercholoteh benda yang sama tetapi makin melalut panjangnya.Semalam aku baca blog semasa penamaan chalon di serah kan kepada Raja/Pemangku Sultan Perak Raja Nazrin mereka bersedia menerima siapa saja yang terpilih dengan hati terbuka.Kan rang undang2 negeri Perak sendiri mengatakan Menteri Besar mestilah terdiri dari calon yang beragama Islam. Lepas tu baca pulak morning news sama juga ceritanya...jadi hati mula syak eh betul ke 'orang tua' nak bantah penchalonan Mohd Nizar ni dengan alasan dia dari PAS.Sebab ideologi orang tua ni dan ketakutan nya yang melampau terhadap agama

DATUK NAJIB NEW PM????

Dah lama aku tak blogging sampai anak ku tertanya2...jawapannya mudah je sebab sejak nak pilihan raya hari tu aku lebih banyak membaca blog orang terutama blog politik. Bila dah selesai pilihan raya dan berpuas hati dengan keputusan nya ,NAH ,bertalu2 pula entry yang hendak aku tulis. Mula2 aku hampir patah hati kerana seakan tidak terdaya mahu melawan pemerintah bongkak , tetapi akhirnya....macam iklan Adidas , IMPOSSIBLE is NOTHING. Aku nak ucap tahniah pada calon2 Barisan Rakyat yang berjaya dan yang tidak berjaya jangan putus asa atau kecewa kerana anda masih diperlukan. Aku benar2 puas hati campur terkejut juga dengan tertewasnya negeri Perak (negeri sendiri) dan juga Selangor. Dalam keadaan barisan pembangkang kekurangan kewangan ,masa dan media arus perdana untuk berkempen ,mereka tetap MENANG .YAHOO! Dan sebaik saja pengumuman pilihan raya selesai, bekas perdana menteri terus panggil press dan bagitahu press yang Pak Lah mesti bertanggung jawab atas kekalahan teruk Barisan Nasi

AnaKku dan SPM

Saya terlalu GEMBIRA hari ini(terus tulis dalam blog)..selain dari gembira ikut suami ke KL, saya juga gembira dengan keputusan yang dikhabarkan oleh anak saya Muhd Qayum. Dia dapat 6 A, 3 B dan 1 C dalam keputusn SPMnya..tentu ramai orang akan melecehkan saya dengan kegembiraan yang tak seberape ni....apalah sangat dengan 6 A tu...ramai lagi yang dapat lebih bagus.Itu mereka yang tidak mempunyai apa2 masaalah diri..tetapi anak aku yang ini lain...terlalu bermasaalah. Hingga ke bulan2 terakhir sebelum peperiksaan dia tidak bersemangat untuk belajar sehingga menyuruh aku mencari 'orang pandai' untuk mengubatinya. Kalau sekadar cari ubat atau kismis Ustaz Ismail Khamus yang dikatakan boleh cerdas kan minda tu aku mungkin tak risau. Paling tidak kalau tak cerdas juga tentu bukan salah aku.Atau minta minum air jampi untuk terangkan hati ke insyallah boleh lah aku sendiri sebagai ibu doakan....ini tidak...berkali2 dia bagi tahu aku seperti ini , 'Ma, Ayum tak bersemangat nak b

Al Fatehah untuk Abang Z

Hari yang kedua suami dan teman2 kerjanya mendengar ceramah motivasi dari Pak Ary Ginanjar Agustian yang di bawa khas dari negara Indonesia. Kata suami ,mama patut masuk dan dengar...kalau bayarannya 200 ringgit mungkin juga mama sanggup tetapi satu kepala(untuk orang luar) bayarannya 950 ringgit untuk 3 hari. Walaubagaimana pun terima kasih ku pada Tuhan kerana Sime Darby Berhad sanggup mengeluarkan sebegitu banyak wang untuk menjemput pakar motivasi yang gemilang ini untuk pegawai2nya.Ada orang yang menangis kerana hiba dan sayu dan ada yang teresak2 dan ada yang sampai tak lalu makan setelah mendengar ceramahnya yang berbentuk sufism. Katanya ,yang mengejar2 pangkat ,yang mengejar2 harta dan yang mengejar2 nama ....adalah orang yang rugi tanpa mengetahui apa sebenarnya tujuan hidup. Lagi malang apabila yang di kejar sudah berada di telapak tangan dan tiba2 dia di jemput malaikat .Cerita suamiku ala-ala pendakwah yang tersohor tu. Tiba2 berita kematian Zakaria Md Deros yang terpampan

Message

Aku baru terima panggilan talipon dari mak cik, katanya duit cukai pintu apak dah bayar dan katanya tak payah lah buru2 nak balik . Dalam hati ku berkata2 - baiknya mak cik.. seperti sedang bermimpi di siang hari. Kemudian dia menambah, rumput di laman dah panjang...abang Alang nak potong tapi mesin rumput rosak. Kataku panggil saja India yang kerja di rumah jiran ...tetapi kata mak cik mahal sangat di mintanya 50 ringgit untuk halaman yang sekangkang kera. Kata ku tak apalah nanti ku kirim kan duit melalui pos, aku serius ni.. mak cik ada no akaun tak ? Oh, tak payah ,mak cik ingat nak suruh Atan beli mesin baru hehe..bunyi ketawa selambanya yang telingaku seboleh2nya tak nak dengar.Aduhai mak cik kau lah salah seorang wanita yang mempunyai keupayaan bersuara dan menyuarakan keinganan mu tanpa ragu2 dan segan silu... Insyaallah message ini akan disampaikan kepada suamiku dengan jelas dan pantas.

Aku tak mengundi

Hari ni orang keluar mengundi tetapi aku pergi YOGA.