Posts

Showing posts from September, 2007

AGENDA KRISTIEN - You Tube

Saya nak ucapkan terimakasih yang tak terhingga kepada hamba Allah yang menghantar link ini kepada saya. Dan saya juga ingin berkongsi dengan semua umat Islam atau bukan yang singgah secara sengaja atau tidak untuk pergi ke link tersebut. Mudah2an mendapat IKTIBAR dan LEBIH BERWASPADA. http://uk.youtube.com/watch?v=fMAIZpsyQN0

SIOT punya MANUSIA

Pagi2 lagi dah tercela bulan puasa yang penuh hikmah ni... semalam MPV naza kami ok je.Pagi ni bila bangun dan tenguk kereta,nah dah ada kesan calar sepanjang satu setengah meter. Ini memang sah orang kedai restoran tu yang buat. Ok saya tak tuduh nanti berdosa ,saya syak saje pun berdosa jugak. Habis tu hantu mana yang calarkan? Kenapa nak calarkan kereta orang ,kalau orang nak masuk ke restoran tu dia akan mencelah2 juga untuk masuk bukan sebab kereta2 yang tersadai tepi kedai awak tu. Awak sakit hati sangat ke tenguk kami lintas jalan ke restoran sebelah, walau dah penuh kami tak masuk restoran kamu malahan berjalan kaki ke restoran yang lebih jauh. Siot betul, restoren tu bukannya ada pelanggan pun .Kalau kami park tepi jalan depan kedai kamu salah ke? Tanah tepi jalan tu bapak kamu ke yang punya?Mungkin kamu sakit hati kat semua orang yang parking depan kedai kamu tetapi melintas masuk tempat lain.Kami yang park dari waktu orang berbuka puasa sampai pukul 12 malam tu kerana i

Lawyer VK LINGGAM

Masa kecik2 dulu perkataan 'lawyer buruk' kami guna pakai untuk orang yang kaki menyindir.Masa tu tak tahu pulak ada perkataan lawyer dalam bahasa inggeris....kalau bahasa Melayu ..'loya' pahamle...bermaksud keadaan tekak yang tidak berapa bagus dan terasa seakan hendak termuntah.Itu makna dalam kamus saya atau 'layar buruk' yang bermaksud kain yang telah buruk digunakan sebagai layar pada bot atau perahu. Pekerjaan lawyer ni kurang mendapat tempat di hati saya .Begitu juga cerita dalam filem ...saya selalu berpendapat jadi lawyer ni kena pandai bercakap....siapa pandai berhujah , dia menang.Kadang2 tu orang yang bersalah pun boleh terleps...seperti pembunuh yang bunuh tanpa niat , maksudnya tak sengaja le....Satu lagi kalau tak cukup bukti .Cukuplah undang2 Allah buat saya.....kau terlepas di dunia siap kau di akhirat kelak! Satu lagi yang saya kurang kagum dengan lawyer ni ialah pakaian mereka tu....dulu pakai rambut palsu warna putih yang berpinta

Cerita Pendek - HUSIN TEMPANG

Kadang2 kawan2nya panggil dia Husin dan kebiasaannya mereka panggil dia Husin Tempang. Tetapi anak Pakcik Dolah panggil dia Tempang dan Husin tidak suka dengan panggilan tersebut. "Dengar cakap mak Husin, Allah tidak pandang semua itu. Allah hanya pandang hati budi kamu,nak ," nasihat ibunya yang di simpan dengan baik di dalam benak hatinya. Sebagai seorang insan, Husin teringin sangat hendak terjun ke dalam sungai dan mandi manda bersama kanak2 lain tetapi terhalang kerana kakinya yang cacat.Sejak lahir kakinya pendek sebelah , pinggangnya pun turut jadi bengkuk dan dia berjalan terjengkek2. Hari ini air pasang penuh.Sungai yang mengalir di sepanjang kampung Husin akan melimpah hingga ke tebing.Waktu inilah ikan2 sepat dan puyu banyak muncul di sungai tu .Manakala orang2 tua akan ke muara untuk menjala atau memasang bubu ,kanak2 pula tidak melepaskan peluang untuk berenang.Waktu beginilah air sungai itu tidak berkeladak dengan lumpur.Itulah keistimewaannya air pasang.B

A piece of my thought.

Semalam muka depan surat khabar terpampang RM 35 ooo untuk orang yang dapat menangkap pembunuh NUrin...Ya Nurin kanak2 yang mati secara sadis ...Berita yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, walaubagaimana pun Syurga buat Nurin dan neraka jahanam untuk pembunuhnya. Apa yang saya tidak paham di sini>>>> 1) Sebelum Nurin mati duit sagu hati sebanyak RM 20 ooo di hentikan atas alasan akan menimbulkan banyak komplikasi atau mungkin bermaksud akan menimbulkan masaalah lain yang tidak pula di sebut secara teperinci oleh bapa Nurin ketika membuat pengumuman dalam TV .Dua hari kemudian mayat Nurin di jumpai.Kemudian sesudah mati polis offer RM 35 oooo pula untuk menangkap pembunuh tersebut. 2) Motif penculikan Nurin 3) Kenapa pembunuh menunggu hampir 4 minggu sebelum Nurin di bunuh. 4) Kenapa mayat Nurin tidak di buang jauh2 . 5) Kenapa mesti dakwa ibu-bapa atas kecuaian sebagai penyebab kematian Nurin>>> kenapa bukan polis atas kegagalan 4 minggu mencari mangsa.

Wang Sagu Hati

Hati kecil ku masih berkata kerana wang sagu hati di berhenti kan maka Nurin mati....Seandainya wang sagu hati itu bertambah apakah si pembunuh akan membunuhnya setelah hampir 4 minggu dia masih bernafas !

SMS during RAMADHAN

Digi to Hotlink : Apa khabar dan selamat berpuasa. Hotlink to Digi : Sihat , i tak puasa hari ni , bendera merah. Digi forward to Celcom : from Hotlink >> i tak puasa hari ni ,bendera merah. Digi to Hotlink : Celcom dapat cucu lagi ,dapat tambah family package satu line berbual dan bersms free, untung Celcom. Hotlink to Celcom : Tahniah dapat produk baru yang ke enam bertambahlah pengguna kau. Digi to Hotlink and Celcom : i dah tak kibar bendera tapi hati masih berkobar2. Hotlink to Digi : Ha! ha ! itu bendera kebangsaan ! Digi to Hotlink forward to Celcom : I bendera Malayan Union , u le bendera Nasional....masih muda . Celcom to Hotlink and Digi : Tq. i sekarang kibar kain pelikat dengan batik je......... Hotlink to Celcom : Itu baru MERDEKA.

SETAHUN JAGUNG

SELAMAT HARI JADI UNTUK BLOG SAYA , MOGA panjang UMUR murah REZKI.

Cerita pendek: SALAMAH

Sebut saja Hj Bahar semua orang kenal, taukeh jual ikan di pasar Kurau. Mana ada orang kampung yang boleh beli kereta macam dia atau bina rumah dua tingkat macam dia .Walaupun tanah tu Pak Husim yang punya tapi Pak Husim pun tak sekaya dia. Kampung Raja bukan nya besar sangat , adalah lebih kurang 30 buah rumah.Rata2 nya orang kampung tu bekerja nelayan ,sedikit saja yang berniaga dan dua tiga kerat saja pesara termasuklah Pak Husim, tuan tanah kampung tu. Pagi2 lagi Salamah anak gadis Hj Bahar sudah keluar rumah menunggu bas untuk ke sekolah di tepi jalan pinggir kampung.Uniform Putih yang di pakainya boleh nampak dari rumah Pak Husin yang terletak paling depan. "Hoi! Salamah," jerit Latipah anak Pak Husim dari jauh.Sambil berlari2 mendapat kan Salamah. Gadis ayu yang lemah lembut saling tak tumpah wajah ibunya menyapa,"Ada apa, Ipah?" "Nanti bila kau lalu depan rumah dia, tolong campakkan benda ni ..." sambil menghulurkan bungkusan plastik yang terk

Cerita Pendek -MIMPI

"Abang bukan tak kasih pada Inah tapi abang tahu satu hari nanti Inah akan membenci abang juga...." Begitulah bunyi nota pendek yang sudah layu disimpannya bertahun2 di dalam beg duitnya berjenama GUCCI buatan Cina . Lusa hari lebaran dan jam di dinding stesen keretapi Kluang menunjukkan pukul 2 tengahari."Ahh! kenapa lambat sangat keretapi dari Tanjung Malim ni ,"desus Inah.Inah cuba menahan keresahannya lalu menguis2 anak2 batu di tepi rel dengan ujung jari kaki sambil memaling kearah kiri. Telatahnya di perhati oleh ibu angkatnya Mak Minah dan dia tersenyum tanda paham. Sejak Inah tahu Shafiq bukan abang kandungnya ada suatu perasaan istimewa yang muncul dalam dirinya.Perasaan sayang ,perasaan rindu dan perasaan ingin di kasihi dan di belai oleh Shafiq.Kebelakangan ini Shafiq banyak menjauhkan diri dari dia, Shafiq banyak diam.Fikirnya mungkin perubahan usia.. dia bukan lagi berumur 5 tahun semasa ibu angkatnya mengambil nya sekarang umurnya sudah menjangkau 17

CERITA PENDEK

Dah lama saya teringin nak buat cerita pendek tapi saya susah nak terjemahkan dalam bentuk kata2. Dalam otak masyaallah memang banyak berlegar2. Baru2 ni saya terjumpa blog Mardhiah di Multiply.com. Saya tak kenal dia tapi melalui tulisannya saya nampak dia mempunyai prinsip dan gayanya yang tersendiri.Walaupun dia mengaku dia pesakit schizophrenia dan agak laser dalam coretnya tetapi tulisannya memang menarik untuk di baca. Setengah filem yang kita tonton tu jalan cerita nya senang aje nak paham tapi kesannya begitu mendalam dalam jiwa sampai berkoyan2 menangis sebab pembawa watak nya yang menjiwai lakonan tu sehingga boleh timbul kesan emosi pada orang yang menonton. Kalau nak lakon watak hantu dan mengilai pun semput2 baik tak usah. Katakan lah saya nak buat cerita...seorang gadis sunti nama Zaidah kena rogol dalam gelap...let say dia baru balik dari mengaji quran ke....dan perogolnya tu dapat larikan diri.... Bayangkan keadaan budak tu....yang terpaksa di bawa ke klinik dan di raw

SAYA SILAP

Saya tiba2 rasa kesal dan ingin memohon maaf pada seseorang setelah saya tahu dia menghadapi schizophrenia. Dia menyukai Pak Lah kerana sifat Pak lah yang jenis tak apa sesuai dengan keadaan dirinya berbanding dengan Mahathirism yang terlalu tegas dan kuat bekerja.

P.O.L.I.S

Image
PEMBUNUH ORANG2 LEMAH ISTILAH SAYA!

RAMADHAN

Hari ini saya ingin memohon maaf pada semua insan sebelum saya mengerjakan ibadah puasa . Saya mohon maaf pada Tuhan kerana, Hari ini hati saya betul2 marah dan membenci kepada orang2 yang mengaku Islam agamanya tetapi menipu, melakukan maksiat,membunuh dan melakukan lain2 kemungkaran.Hari ini saya amat marah pada ahli2 politik yang benar2 tamak dan menurut nafsu syaitan. Hari ini saya benar2 marah kerana mereka langsung tidak mendaulatkan agama Islam. Saya mohon maaf pada Tuhan .Semoga Allah mengampuni saya di sepanjang Ramadhan ini.

SAYA ANTI KERAJAAN ?

Hari ini saya dan suami ke KL dan tidur di Kajang Perdana ,rumah adik...Dia pun salah seorang yang anti-PakLah. Di sini saya mahu semua orang paham bahawa anti Pak-Lah bukan bermakna anti- Kerajaan, ok. Begitu juga apabila berlaku rusuhan di Trengganu baru2 ini saya yakin mereka yang membakar bendera jalur gemilang tu tidak bermaksud membenci negara mereka.Sepatutnya saya kutuk mereka kerana membakar jalur gemilang yang sudah 50 tahun merdeka tu tapi entah kenape tiba2 saja saya menyokong padu tindakan mereka membakar bendera tu sebagai satu protes anti-Pak Lah.Nak bakar Pak lah ? Nak bakar KJ ? UMNO ? Very2 mustahilkan! Dan tau tak apa yang saya fikir ketika melihat poster Pak Lah yang tergantung sana sini berdekatan dengan BB Walk? Saya berpendapat orang di KL ni semuanya baik2(termasuk blogers kesayangan saya yang selalu kutuk Pak-Lah) atau mungkin mereka terlalu takut .. kerana tak satu pun poster muka Pak Lah yang di conteng tanda protes atau benci .ATAUKAH SAYA YANG JAHAT M

TAG>>>>COPYING>>>>>>>>>>>PASTING.

wohhh! i’ve been tagged! by miss NODEE THANK YOU SO MUCH darling! i just LOVEE doing this *roll eyes* hehe 5 Things Found in My Bag 5 Things Found in My Bag (among other little stuff, these are the ones I find most essential) My wallet and purse. My GUBRA spectacle My dental floss My Handphones My handkerchief or tissue paper. 5 Things Found In My Wallet 5 Things Found in MY Wallet (also most essential amongst others) ATM Cards. Cash Driving Licence Identity Card Avon Membership Card() 5 Favorite Things In My Room 5 Favorite Things In My ROom (again, most essential amongst others) My little bed with two pillows and a thin blanket. My mirror mirror on the wall,then i ask myself when this image will look sexier? My books(have not touched for so long, no time babe) my half rusty ab machine. My purple computer table. 5 Things I’m Currently Into 5 Things I'm Currently Into (without any particular order) blogging Sleeping Eating WATCHING UZ AKHIL HAYY

KERANA BABI KAMPUNG TERJUAL

Image
Sebab sekarang ada lagi kisah babi dalam berita jadi saya pun nak tulis.... Ini kali kedua dalam blog sayatulis pasal babi.Dulu saya cuma nak ingatkan orang ramai yang barangan babi ni sudah banyak dalam pasaran antara kita sedar atau tidak....dan itu bukan masaalahnya sebab kita dah hidup bertahun2 dengan kaum yang lain terutama kaum Cina.Saya sudah terima keberadaan babi ini sejak saya kecil lagi.Saya cuma marah kerana mereka tidak meletakkan tanda HARAM pada kulit babi tu dengan JELAS! Di Kuala Kurau dalam tahun 60han ,di sepanjang Sg Kurau ,yang terletak di seberang kampung saya, Kg Raja Bashah, berderet2 kandang babi. Setiap kali ada babi yang mati maka di campaknya kedalam sungai dan apabila air surut, bangkai2 ini akan tersangkut di celah2 pokok nipah atau terdampar di atas tanah dekat dengan kampung tu.Bahu busuk akan menusuk ke hidung sehingga keesokan hari apabila air pasang semula bapa atau orang2 kampung yang lain akan menolak bangkai itu pergi mengikut arus.Udang galah

Orang Bergaduh Aku yang Menang.

Aku dah lama nak bercakap pasal penama EPF dengan suamiku tetapi selalu tertunda....bukannya aku tak ingat ke apa tetapi aku dah masak dengan sikap suamiku yang jenis egois ni.Kalau di tanya dia selalu buat tak tahu...kalau sekadar buat tak tahu saja tak apa lah tetapi dia selalu sinis dengan jawapannya kadang2 boleh rsa kecil hati dan menyedihkan.Ada suatu ketika dulu selepas mendengar nasihat dari kawan, aku pernah bertanya pada suami samaada dia namakan ibunya pada pewaris dan kalau ya lebih baik di tukarkan kerana ibunya sudah meninggal dunia dan aku beri beberapa alasan yang aku tahu. tetapi jawabnya kalau dia pula yang meninggal dan isteri pula yang kahwin lain macamana? Sejak hari itu aku sudah tidak bertanya apa2 lagi mengenai EPFnya.Cuma aku akan sedapkan hati ku dengan berkata Aku berserah pada Allah yang akan tentukan segala2nya buat aku dan Dia Maha Mendengar segala keluh kesah ku. Kadang2 rasa menyesal juga berhenti kerja dulu tetapi apabila difikirkan faedah2

BiLa Abang Bercakap.....

Semalam saya dan suami pergi jemput anak perempuan kami di Tol Lebuh Raya Air Itam.Oleh kerana jam waktu tu lebih kurang pukul 10 malam dan saya bukan nya nak kemana2 jadi saya cuma sarungkan T shirt tangan pendek yang selalu di pakai dalam rumah saja. Mula2 suami suruh saya pandu kereta tu dengan alasan dia mengantuk walaupun dah terlelap 10 minit atas katil tadi. Saya setuju aje walaupun dalam keadaan yang sebenarnya saya juga mengantuk. Saya memang kaki tidur awal dan angka sepuluh ialah angka saya masuk tidur kalau lewat dari itu alamat saya akan miss subuh kerana tak sedarkan diri. Dalam kepala saya cuma satu je risau anak dara saya kena ganggu dengan Mat2 Motor maklum sajalah malam ini adalah malam merdeka. Saya kena pandu 10 km keluar dari rumah ke Kluang dan lebih kurang 30 Km ke Air Itam.40 km bukan nya satu masaalah bagi saya tapi yang menjadi masaalah ialah waktu malam ,mata saya tak berapa terang tambahan pula bila kena suluh cahaya lampu kereta dari depan mata saya ak