Posts

Showing posts from November, 2013

Kembara ~pt 2

Image
Bila lambat je kapal terbang air asia kepunyai Tony F tu apa lagi bisan @ ketua team pulang paku buah keraslah..katanya "kami lambat a few minutes tak benarkan masuk ini lambat sampai 2 jam senang je minta maaf ye?" Tersipu2 budak yg jaga pintu gate tu ..aku tersenyum simpul lihat gelagat ketua . Akhirnya sampai juga kapal terbang kami  dah boleh  bernafas lega tapi sampai je Surabaya hari dah gelap,program untuk shopping hangus.Esuknya lepas break fast perjalanan ke Malang bermula sampai hotel Savannah pada Jumaat tengahari dan lepas sholat Jumaat driver pun sampai bawa kami lunch dekat rumah makan Jogjakarta dan teruskan perjalanan ke Masjid Turen .

Kembara ~pt 1

Image
Lepas melakukan kerja harian ku seperti mencuci pinggan mangkuk , membasuh pakaian kotor dan menyapu rumah ,aku  labuhkan badan ku  ke atas katil semula,Favorite spot aku ni sambil buka i pad dengar surah quran kemudian belek2 face book dan baca cerita terkini. Tiba2 talipon genggam berbunyi, bila picit je simbol talipon kaler hijau tu ,dengar lah suara bisan aku.."Ani ,kamu nak pergi tenguk masjid ajaib tu tak?". Aduh baru je balik dari Borubodur ni nak melancung lagi ,macamana nak bagitahu pada suami ...risau apa anggapan suami pd isterinya yg baik ni :) Satu sifat semula jadi ku memang tak pandai nak beralasan . Hati memang nak pergi . Geng ibu2 ni macam dah serasi dengan aku ,dalam kumpulan ni aku paling muda tau ,tabik betul pada kakak2 ni semua masih gagah. Kata pepetah selagi tak mengembara bersama2 kita belum tahu hati budi manusia dengan jujur dah mengembara bersama baru lah kita tahu. Mereka seumpama saudara ku ,sama2 ambil berat. Cerita pasal kembara ni aku