Posts

Showing posts from February, 2010

Berarak

Berarak -dari perkataan arak. Ada dua makna ,arak - haram(nama) dan arak halal (perbuatan) ,pun jangan salah paham sebab nama tak boleh dihukum haram tetapi perbuatan ,boleh seperti minum arak. Susah betul lah tinggal kat Malaysia ni. Perkara2 kecik pun jadi masaalah negara. Ada ke patut nak berarak sambut Hari Kelahiran Nabi Muhamad SAW pun nak bertekak . Ikut je le apa yang patut. Boleh buat,buat ,tak boleh sudah.Maksud aku kalau dah ramai sanggup ambil bahagian nak berarak atau sokong aktiviti tu buat lah dan kalau dah ramai tak mahu dan setuju ngan aktiviti yang lain maka buat je apa yang di setujui.Ikut je majoriti kata penduduk setempat dengan mesyuarah...ni asyik dok dengar orang luar kiata..susah le. Aku nak tanya kalau berarak tak der kebaikan ke...tentu ada .Pertama SIHAT sebab senaman jalan kaki beramai2 dan tak boring. Kedua boleh berkumpul untuk mengiratkan siratul rahim dan tanda muafakat.Ketiga boleh tunjuk kat bangsa asing hari kebesaran umat orang Islam ,jangan nanti

Kisah 4 Istri - (petikan)

editor : yoedha pamungkas @ 2:07 am | Kisah Dari Sahabat... | - Namaku Fulan Bin Fulan dan Inilah kisah ku, aku seorang saudagar kaya beristri 4, aku begitu mencintai istri ku yang ke-4 yang paling muda dan paling cantik, kuberikan padanya harta dan kesenangan, apapun yang dia minta akan kupenuhi karena dialah yang paling cantik diantara ke empat istriku. Aku juga begitu mencintai istri-ku yang ke tiga, Dia yang membuatku merasa begitu bangga memiliki nya. Bangga memperkenalkan-nya kepada semua kolegaku, dengan ke anggunan dan pesona yang dimiliki istri ketiga ku aku merasa begitu terhormat karena mampu memilikinya. namun sejujurnya aku juga begitu khawatir kalau kalau istri ke tiga ku ini akan lari dengan pria lain. Isti ke dua ku begitu penyabar dan penuh pengertian. Dia tempat curhatku yang paling setia, dia mampu menangkap setiap rona kesedihan ataupun kebahagiaan dari mimik wajahku, dari bahasa tubuhku bahkan hanya dari tatapan mataku. Dia benar benar teman hi

How to get you there...

CARA HENDAK DAPATKAN APA YANG KITA MAHU......... 1-ABAH- Nak pakai komputer bagi tahu nak check important e -mel dari HQ sebenarnya nak buka face book. 2- ADIK-Berjanji macam nak rak akan jaga barang yang hendak dipinjam- lepas tu bagi hilang kemudian cari excuse. 3-ADIK- Guna ayat ,'Cikgu yang suruh .' 4- ALAN- Tulis dalam face book ,'saya pokkai 'dengan nada minta simpati sure dapat reply tahap segera. 5- AMAT- Antar mesage yang melemahkan ego laki-laki,'tak gi mane2 ke minggu ni, Amat bosan giler arr kat sini...' 6- AYUM - Hantar message melalui HP ,'Ma ,call Ayum.' 6-AKAK - Cairkan hati secara direct. 7- ME - Guna mukadimmah .....'Abah jangan marah ye kalau.....(baru sambung dengan ayat bernada hajat) KLCC AQUARIA - Tiket masuk untuk orang dewasa lebih kurang RM25/28 satu kepala. Bagi aku ia berpatutan kalau kita tenguk tempat tu yang di penuhi dengan beratus2 ekur ikan ,kecil-besar, tua-muda.Bukan ikan saja tetapi ada spesis reptilia seperti k

Tempat2 Menarik Di MALAYSIA

Image
Aku akui yang aku rasa malu bila orang luar Malaysia tanya aku dah pergi tenguk tempat tu tempat ni...dan kemudian dengan perasaan hairan campur pelik campur ingin tahu kenapa kami belum sampai sedangkan tempat tu dalam negeri sendiri jer....depa yang dari luar pun dah sampai. So dengan semangat tak mau menjadi bahan kehairanan maka aku tekad nak jelajah serba sedikit tempat2 menarik di Malaysia .... Dulu dah pergi Cameron Highland ...minggu ni kami pergi ke Aquaria di KLCC dan Kawasan kelip-kelip di Kuala Selangor.. Nanti aku akan ceritakan serba sedikit pasal tempat yang aku lawati ni supaya aku tak lupa ...

Sambungan dari kisah hamdan

Aku nak sambung sikit lagi tumpang masih ada benda yang difikirkan tu mahu keluar ..lagi pun baru je habis memasak..suami pun masih belum pulang dan zohor pun belum masuk... aku nak tolong bercakap bagi kaum aku le kaum HAWA ...jangan tokok yg belakang tu dengan NAFSU ye sebb dunia lagi tahu siapa yang lebih bernafsu dari hawa. Mesti ada sebab kenapa Allah jadikan perbezaan ketara antara golongan laki2 dan perempuan apabila mereka sama2 tua. Kata hamdan umur kawannya 63 dan isterinya pun 63 dan maklum sajalah isteri tak tahu yang suaminya masih kepingin nak benda tu... Kenapa isterinya tak tahu....mudah je jawapannya sebab suaminya tak pernah bagi tahu.Cuba kalau suami dia bagi tahu...tentulah isterinya cuba usahakan.Dalam soal ini tak tahulah siapa yang malu ,suami atau isteri...kalau isteri yang malu tak lah suami kawin cara sembunyi. Nak katakan isteri yang menopause tidak boleh klimaks dan tak bernafsu...sila buat rujukan sendiri ok atau anda yang masih muda kena tunggu lama lagi b

hamdan poligami

Lucu juga bila aku kena bubuh tajuk ku dengan nama hamdan poligami....ia nya secara kebetulan. Sebab aku dah kata tajuk paling aku minat di samping tajuk politik ialah tajuk poligami. Teringat juga trailer komedi los n foun yang aku belum berpeluang tenguk..macam tu lah aku JUMPA satu blog ni mengisah kan pasal niatnya nak pasang satu lagi.Dunia internet ni memang canggih sebab dia main pas-pas dari satu link ke satu link kalau lupa nak bookmark alamat kau kena putar balik link-link tu...jadi sebab aku tak book mark blog dia semalam,DAH HILANG .Aku cuba cari dari seluruh link bloggers yang aku selalu masuk tapi tak berjaya. Aku cuma tahu blog dier pakai nama hamdan jadi bila tekan google hamdan keluar hamdan lain..so last sekali aku tekan" hamdan poligami"...dan walla keluarlah sebiji blog yang aku CARI iaitu Hamdantaha di http://hamdantaha.blogspot.com/2010/01/poligami-2_25.htl Best juga kalau lebih ramai laki-laki diluar sana boleh berbicara soal poligami secara peribadi

NALURIKU

Naluriku jarang yang tersasar walaupun aku tidak mempunyai ilmu yang tinggi tetapi ia tepat ,tak ade alasan cuma mungkin aku masih boleh menggunakan akal yang waras. Aku mahu sentuh mengenai penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian ,yang aku bantah dari segi niat si pengguna itu.Dan dari segi orang berbahas bahawa kita tidak mempunyai hak mutlak atas nama Allah tetapi kita ada hak sebagai pengikut Islam.Aku yakin tidak akan ada umat Islam yang suka nama Allah dipermainkan.Akhirnya melalui video 7 bahagian ini aku berpuas hati. Aku juga mahu menyentuh soal wanita tabah Wan Azizah. Naluriku juga berkata sebagai seorang isteri ,kamu mesti dapat menghidu kelainan pada ahli keluarga mu...dan aku yakin Wan Azizah mesti telah menghidu sesuatu..namun apa yang menghairankan aku kenapa dia tidak bangun menentang?Naluri wanitaku berkata....selagi ada perasaan kasih memang rasa berat mahu melepaskan tetapi bila perasaan itu kosong maka dengan sendiri ia terlepas. Namun ini bukan sahaja naluri

TANDA KEBENARAN SUDAH HAMPIR......

http://en.harunyahya.tv/flvLinkVideo/Video/44653/PRESS_CONFERENCE_HELD_BY_ADNAN_OKTAR_AND_THE_ISRAELI_DELEGATION_(JANUARY_20,_2010).flv

Sekeping Gambar Seribu Bahasa

Image

Kisah kamu- pt ii

Aku tak pernah menyesal mempunyai kamu cuma menyesal pada diri ku sendiri kerana tidak dapat menyusui mu. Menyesal kerana kurangnya pengalamanku sebagai ibu. Paling tolol ialah pekerja hospital, doktor,staff nurse ,nurses dan semua yang menghuni hospital itu. Tidak seorangpun yang membantu ku dan menunjuk ajarku cara yang betul menyusui mu. Mereka menggalakkan bayi yang baru lahir diberi susu botol setiap kali menagis.Supaya suara tangis kamu dan kanak2 lain tidak kedengaran. Dan bila aku di benarkan pulang aku tinggal di rumah mertua atas kehendak suami. Ibu mertuaku baik dan terima kasih kerana menjaga ku dalam pantang tetapi satu yang ibu mertuaku tidak prihatin ialah kenapa anakku menolak susu ku.Atas sebab itu juga (tidak menyusu badan) maka aku mudah dihamili lagi. Ketika badanku hampir pulih dari melahirkan ,berita mengenai kehamilanku kali kedua membuat aku trauma . Kengerian kesakitan ketika labor menghantui aku semula, kerana terlau baru. Suami banyak memberi kata semangat t

Salinan

topwizardagungsuwandaru Says: Desember 15, 2008 pukul 10:55 am Astaghfirullah.. Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya aku mampu melihat apa yang tak sanggup kalian lihat. Kudengar suara gesekan dilangit (berkriut-kriut), langit sedemikian padatnya, tak ada tempat kosong bahkan seluas empat jari sekalipun karena langit dipenuhi para malaikat yang sedang bersujud kepada Allah SWT. Demi Allah ! Sekiranya kalian mengetahui apa yang aku ketahui (tentang akhirat), niscaya kalian tidak akan pernah tertawa sedikitpun, bahkan kalian pasti akan banyak menangis (karena takut). Dan niscaya kalian tidak akan pernah bisa bersenang-senang dengan istri-istri kalian, dan niscaya kalian akan keluar berhamburan ke jalan-jalan (berteriak) untuk memohon (ampun) dan memanjatkan doa kepada Allah (meminta perlindungan dari bencana akhirat) yang akan Dia timpakan” ( HR Tirmidzi & Al-Bukhari)

MATA WANG

http://www.zaharuddin.net/content/view/908/72/

Kisah Kamu -Pt 1

Aku mesti cerita... Hari tu entah kenapa hatiku tersentuh sangat-sangat....cerita pasal kamu, pasal aku pasal derita yang kamu tidak tahu atau lebih jelas kamu belum dapat mengingati kerana kamu terlalu kerdil dan terlalu kudus untuk mengingati dan dibebankan dengan ingatan itu...cerita tentang kamu yang pertama kali melihat dunia fana ini... Hari ini aku ingin kamu tahu . Betapa kamu masing-masing mempunyai cerita misteri dan miseri.Cuma aku yang boleh menceritakannya...dan Tuhan tahu aku juga sudah hampir lupa penderitaan itu kerana kata orang itulah penderitaan yang datang dari kebahagiaan.Kerana itu ia bukan miseri lagi. Aku dapat rasakan keghairahan laki-laki yang ingin menjadi bapa ,terlalu ghairah sehinggakan dia lupa perasaan insan yang akan menjadi ibu. Terlalu ego sehinggakan dia memperlecehkan jantina lain selain laki-laki.Setelah menemui doktor yang mengesahkan aku hamil, reaksiku terlalu ketara sehingga doktor bertanya, kamu gembira?Ya!jawabku.Sedikitpun aku tidak sangka y

Perkahwinan

SEmalam aku,abah and some of my anaks menghadiri majlis perkahwinan kakak kepada Sabirin ,kekasih Filzah, kawan anak perempuanku, Nodee. Lepas makan ,tenguk pelamin(wajib)* ,tenguk pengantin (Sunat)*Kami pun chao sebab masa tu ramai lagi tetamu yang baru sampai dan dua dewan yg di sediakan macam tak berapa nak cukup.Kerana paham suruhan Rasul memberi ruang untuk tetamu pada majlis adalah penting maka kami pun bersalaman dengan tuan majlis dan terus ke Cyber Jaya jumpa Ayum, bawa dia pergi Alamanda dan jamu selera kat tempat adik belanja dulu iaitu Black Canyon -masakan Thailand yang Amat dan Ayum puji sedap.Harga makanan di sini boleh tahan tetapi harga minumannya agak mahal..ada yang melebihi harga makanan. Tetapi rasanya amat berbaloi! Melalui U tube aku ada tenguk perkahwinan orang Cina dan hati kecil aku berkata ,"ia lebih BAGUS dari adat orang Melayu!".Simple ,mereka tak perlu decorate rumah sebab tetamu yang datang tak pandang pun itu semua kecuali nak raikan hari baha