Posts

Showing posts from March, 2011

Dosa Wanita

Image
Melalui ceramah video di atas buat aku menilai semula dosa2 aku terhadap suami walaupun nampak seperti perkara biasa dalam kehidupan seharian manusia yg sudah bergelar suami-isteri tetapi besar maknanya di sisi Allah swt. Contohnya hari itu atau pada suatu pagi yang tenang di saat suami mengadap sarapannya. Aku yang tahu suami akan ke Subang Jaya memberitahu aku dan anak aku ingin ikut .Tujuan kami nak ikut nak singgah Parkson nak beli baju kemeja anak yang kononnya akan dipakai untuk interview jika ada kelak. Tapi entah kenapa aku terima jawapan ,anak kita ni terlalu mewah kan ,macamana dengan orang yang bergaji seribu ,dua ribu .... Mungkin sebab nada tu seperti nada orang memberi komen jadi aku pun jawablah dengan komen....Orang yang gaji seribu mestilah buat cara yang bergaji seribu ,maksudnya lepas spm je anak2 mereka tak payah sambung belajar ,boleh cari kerja masuk polis ke tentera ke ,jururawat ke...tak perlu keluar duit banyak2...kalau abah kata beli talipon itu mewah atau b

Cari Rumah

Image
Dalam bulan ni memang aku ngan anak-anak kecuh nak beli apartment dekat PuchongPerdana tu... Sebab utama nak beli ,kan anak2 aku dah bekerja .Pulak tu semua dapat area dekat2 Puchong tak termasuk yang sedang belajar di Cyber tu . Jadi aku fikir dari dok kasi duit kat tuan penyewa baiklah aku beli jer aprtment dan aku jadi tuan penyewa yang baru... Cari punya cari dalam internet juga meronda di kawasan2 yg perlu maka berkenanlah dengan satu apartment di Rosana Villa ni. Sekali pandang je kawasan tu aku dah jatuh cinta. Ia terletak di tingkat satu ,sesuailah sangat untuk orang separa umur ni memanjat untuk exercise,cun2 je nafasnya boleh tahan. Tingkat satu juga ada keistimewaannya kalau banjir kilat pun barang dah pasti selamat. Dan yg ketiga ada viewing point tak macam di tingkat bawah tak nampak apa2...tapi apartment tu punya viewing point memang cantik ,depannya ada padang permainan dan sebuah surau.Cantik ! Harganya pun tak mahal ...dah jumpa ejen dengan lawyer dah bagi pun 3 K de

Dulu dan Sekarang ~jarak 30Tahun

Image
Siapa sangka sudah berpuluh-puluh tahun berpisah tiba-tiba boleh buat re-union ,kena ucap terima kasih pada cendiakawan yg reka internet dan laman2 bermasyarakat secara siber ni seperti face-book ,friendster dan lain-lalin. Bila jumpa balik kawan2 semaja remaja dulu dan kini yg sudah jadi Datuk dan Opah ,sungguh perasaan ini bercampur-baur. Mula2 jumpa mesti lah sesi tanya nama dan mengecam. Dalam berpuluh tu ada juga yg Allah swt bagi dengan keadaan yg awet muda langsung tak berubah dan sekali gus boleh cam! Tapi ramai yang sudah berubah ..bukan saja dari segi fizikal tetapi dari segi rupa,maklumlah umur 20 jadi 50! Yang membuat aku ketawa ialah kenangan ketika zaman dulu yang sexi pun sudah pakai tudung labuh ,alhamdulillah dan yg rocker rambut panjang pun dah berkopiah kerana sudah naik haji ,Alhamdulillah. Kebanyakan dari mereka menyandang jawatan tinggi ,maklumlah umur2 begini .Ada juga yang berkecimpung dalam perniagaan. Banyak cerita yang kami kongsi . Banyak cerita yang aku ba

Pusing kena Saman

Semalam 28 Februari , hari terakhir tawaran POTONG separuh harga saman trafik. Sebelum tu pada hari Jumaat ,aku dah pergi Balai Polis Kuala Selangor .Aku bayar saman kereta yg berdaftarkan nama aku dan suami kemudian aku sempat talipon anak aku Ahmad Shah minta no ICnya . Berduyun manusia , suami aku yg jenis tak suka menunggu pergi sebelah pagi tapi terus balik jadi aku minta untuk pergi semula selepas zohor.Kadang2 ada hikmahnya waktu2 sebegini ,kita belajar bersabar ,betul tak? Dalam ramai2 ni ada juga orang yg cuma main politik tanamkan rasa benci pada kerajaan tapi rata2 aku lihat ramai yg sokong tindakan tersebut kerana salah sendiri. Semalam ,oleh kerana aku tahu anak2 aku yg spesis tak ambil berat @ selalu terlupa aku terus pergi ke pejabat pos untuk bayar satu lagi saman bawah nama anak ku Azlan Shah.Di samping tu aku juga nak masukkan semula duit asb yg aku draw kemudian nak photostate buku tu tunjuk baki semasa .Lepas tu nak minta bank statement dari May Bank.Semua tu