Posts

Showing posts from June, 2009

PENGUMUMAN

Pengumuman untuk anak2 , Berkuat kuasa dari hati ini Talipon mm dah jadi MILIK PENCURI.Sekian harap maklum.

YANG PERLU KAMU FIKIR

Ada satu premis kedai yang mahu dijual pada ku dengan harga begitu spesial sekali bersama barang jualan dan dua jurujualnya yang terlatih. Anehnya bila aku sebut mahu tukar nama kedai, katanya tidak perlu kerana ia melibatkan management premis tersebut.Dan lagi satu katanya saya tak perlu risau pasal barangan lagi kerana mereka boleh supply. Aku tanya lagi ada ke jualan? Katanya ada dan dia boleh buktikan dengan account atau duit masuk.Sambil memberitahu jualan bulanannya boleh mencecah sampai RM45 ribu .Wow kataku dan bertanya atas alasan apa kamu mahu melepaskannya sedangkan ia memberi kamu untung yang besar. Alasannya senang saja dia dan share partnernya mahu tumpukan pada kedainya yang lain dan premis yang ada sekarang terlalu strict. Kataku lagi ,kalau aku ambil loan sebanyak itu berapa lama aku boleh settlekan hutang ku.Kerana aku tahu aku kena bayar loan ,aku kena bayar gaji pekerja, aku kena bayar sewa tapak dan aku kena bayar duit api dan air.Lalu dicongakkan untuk ku. Katanya

PENGGERA

Dah dua hari rumah aku hingar-bingar bunyi mesin menggerudi dinding sebab nak pasang wire alarm atau penggera supaya kalau ada pencuri ke , penyamun ke , pembunuh ke, penceroboh ke yang masuk secara HARAM ,maka alarm akan berbunyi dan kami yang ada di dalam TERSELAMAT . Tetapi kalau mereka datang ikut depan bagi salam kat aku eluk2 , insyaalah boleh masuk kot sebab aku memang jarang kunci pintu sampai lah tengah malam itu pun kalau aku yang masuk tidur paling akhir dan tolong kuncikan. Tak payah susah2 nak memanjatpun nanti jatuh susah.

Kau nak jadi PENGGUNA ke PENJUAL?

Terngiang2 ayat expensive adik aku ,taukeh kedai Inang Costume tu bila aku called dia hari tu. Aku minta tolong dia sebab dia pun pernah buat jualan cara langsung tu sampai dapat pegang status apa tah dan pergi melancung oversea lagi..entah jenama apa tah dari Australia tu tetapi akhirnya jenama yang aku ingatkan terlalu bagus tu kena band dari masuk ke Malaysia sebab tidak lulus apa tah. Dan sekarang aku secara tak langsung jadi agen sebab nak beli dengan harga agen le tapi rupa2nya tak lah jauh sangat bezanya. Lepas tu upline aku kata kalau aku dapat masukkan 4 orang bawah aku dalam masa 43 hari aku layak pulak dapat status apa tah dan bermulale dapat pendapatan tetap tiap2 bulan. Terujanya aku nak rasa macam orang makan gaji...so the first mangsa yang aku lobi ialah close friends. Betul2 cakap...its not EASY .... Lepas tu aku call pulak adik aku kat kajang tu,panjang lebarle dia berlecture kat aku. Katanya bukan senang nak cari orang dan nak maintain figures tu...sampai dia tanya a

ANTARA HARGA PREMIUM DAN USANA

Aku baru je cakap pasal cepatnya masa berlalu...'DEMI MASA ,manusia itu dalam kerugian...', Sebulan rasa macam seminggu ,setahun pula rasa macam sebulan. Tup2 dah sampai surat notis premium dah tamat tempuh setahun....melalui surat melalui sms dan melalui panggilan talipon. Harga premium untuk nama suami sahaja RM1443...aku punya lebih lagi le tapi aku malas nak tenguk ....berlonggok2 surat atas meja tu akau campak je dalam tong sampah..buang masa aku nak belik. Kawan suami yg ambil sama dengan suami renew semula untuk fmly dia 4 orang tu...Dia tak serik walaupun satu sen pun dia tak dapat claim bila dia masuk hospital dulu...alasan dia silap biar majikan tanggung kalau dia bayar cash dulu, dapat resit baru boleh claim itu kata tukang jual insuran tu tapi sebelum tu orang tu tak cerita semua syarat2 yg ada dlam perjanjian jual beli premium tu. Sama lah bila aku kata aku dan anak aku ada sejarah penyakit tu penyakit ni katanya tak perlu bagi tahu..kalau bagi tahu tentu gagal.

CONTOH BODOH

Image
aYAT 'KUN FA YA KUN' ...selalu tersemat dan terngiang dalam hati aku setiap kali lepas baca Yasin. Aku yakin dengan kalam tuhan ..yakin sungguh tetapi aku tak yakin bila nak cerita pada orang bukan Islam atau yang kurang yakin dengan ayat tu...macamana aku nak explain bahawa Allah SWT berfirman 'KUN FA YA KUN' maka jadilah atas kehendaknya....orang tu mesti kata mana ada itu macam! Maka satu hari itu aku tengah buat apa pun dah tak ingat..oh ya mungkin tengah berjoggin g kot atau pun mungkin juga tengah menulis...entah tiba2 je idea ni datang...kenapa susah sangat nak bagi jawapan kepada orang yang tak percaya atau tak paham tenguk lah dalam diri kita sendiri dah banyak pertunjuk.Aku happy sangat. Satu hari aku cakap dengan anak aku si Azlan..tahu tak ayat Allah 'KUN FA YA KUN'..pada manusia pun ada satu contoh ...tak sabar dia nak dengar excited sampai nak terkencing pun boleh dia tahan dulu..sebb nak dengar apa mak dia nak cakap... Aku pun cakap selamba...otak

Cepatnya masa berlalu

Image
Hari ni anak aku yg buat praktikal kat New Zealand akan sampai kat air port KLIA pada pukul 7.50 mlm...cepatnya sebulan. Mesage datang dari adiknya sebb telipon dia dah tak de kredit...kesian.Mudah2an dia dan kawan2nya sihatle bila pulang...jauhile dari dijangkiti virus yg pelik2.

NAK JADI JUTAWAN?

Entry dulu aku pernah cerita yang aku salah sorang orang yang nak cepat kaya tetapi sebenar skim cepat papa. Aku rugi 5k sebab masuk Swiss (switch)Cash. Aku dah serik tapi aku masih layar internet dan tenguk berlambak2 iklan macamana nak jadi jutawan internet. Tak boleh resist nak belajar. Tapi semuanya sama ,masukkan duit certain amount nanti dia akan masuk untungnya dalam kita punya account,kita tak payah susah payah..kita tak yah fikir apa.Bila ada orang baru masuk bawah kita kita akan dapat lebih wang. Senangnya buat business macam tu.Fikir punya fikir ,Baik aku masuk je dalam unit trust kemudian buat tak tahu sampai aku tua. Then tiba2 je member aku tanya aku kalau minat nak buat business dengan dia ,aku tanya dia business apa, dia jawab business pasal HEALTH CARE. Aku yang banyak pengalaman membeli dan jadi ahli Multi Level Direct Selling ni terus jawab....so far banyak jenama yg aku dan suami dah cuba tetapi kami dah jumpa the best and continuously using jenama tu.Bila aku sebu

PINTU

Pagi ini, malahan tiap-tiap pagi kalau aku yang tak buka pintu dulu ...alamat telinga aku akan pedih dan hati aku akan sakit.

Perasaan Ibu

Image
Hari ini ada dua berita yg buat si ibu teruja nak tulis dalam blognya ,satu bila anaknya ,Qayum antar SMS dari Kluang bagi tahu dia berjaya dapat lesen P siap ada gambar anak burung mengepak2 lagi dan yg satu lagi bila adiknya Khaliq yang pergi ekspedisi daki Gunung Kinabalu selamat balik ke rumah dan tunjuk banyak gambar dia dengan kawan2nya. Sebenonya bila anak-anak gembira ,Si Ibu tak boleh nak sorok rasa gembiranya.Begitu juga kalau sebaliknya....

Rumah dulu dan sekarang

Image

HARI HARI IBU

Aku nak tulis pasal hari ibu yang entah beberapa haribulan yang lepas. Sebab aku dalam kategori tidak mampu mengingati waktu , tempat ,tarikh dan lain-lain dengan tepat jadi aku tulis je tajuk hari-hari ibu. Aku bukan lembab tapi aku suka lupa...bodohlah kalau tak boleh maafkan orang pelupa macam aku...Allah pun maafkan perbuatan orang pelupa, contohnya puasanya tidak terbatal kalau dia terlupa dan makan sampai kenyang. Apalah sangat kalau terlupa arah...habis2 sangat patah balik cari jalan yang betul sampai dapat. Aku tak harap anak-anak mengingati hari aku tetapi entah macamana sebab anak ramai jadi hendak tak hendak aku macam tertunggu-tunggu juga siapa yang ingat dan siapa yang tidak. Yang sulung tu macam biasalah ada ke tak Satu Hari ibu tu dia tetap hari-hari ibu. Anak bongsu ku buat surprise dengan bagi kad buatan tangannya sendiri bila aku dan suami pergi bawa dia outing. Yang buat aku bangga tu dia bagi di asrama depan kawan-kawannya.Amboi rasa akulah ibu yg sangat2 disayan