Posts

Showing posts from January, 2011

DARAH

Darah aku ialah group B positive. Aku hairan juga kenapa darah manusia lain-lain tapi aku cuma fikir ia adalah kuasa Allah SWT disamping kita tak boleh tipu kalau kita ini betul-betul anak emak-bapak kita atau tak ...tiba2 teori aku lari lagi bila anak saudara lahir dengan group blood yg very-very rare sampai doktor bagi dia pakai rantai yg ada gambar ular berlengkar dan wajib digantung dekat leher kerana takut jika sesuatu berlaku seperti accident ,doktor boleh tahu .Dan jenisnya memang susah untuk mendapatkan donor. Kita selalu dengar lain jenis darah lain tindak balasnya pada ubat ,sebenarnya sama juga pada makanan yang kita ambil.Aku baru tahu bahawa makanan yang kita ambil ada yang boleh jadi booster untuk darah kita(menguatkan) dan ada juga yang mejadi racun walhal makanan itu pada asalnya memang baik .Daging ayam dan makanan laut yg bercengkerang tidak eluk dimakan oleh orang dari darah group B.Tomato kegemaranku juga tidak bagus untuk darah aku dan banyak lagi yang aku baru ta

Jatuh sakit dan nasib

Entah kenapa aku tak boleh lupa topik bualan aku ngan kakak ipar ketika berada di Taiping minggu yang lepas. Kak Miah pun ada balik sebab apak kurang sihat. Jadi biasalah kalau Kak Miah balik ,Kak Ani dan Kak Siti pun mesti datang ,maklumlah nak jumpa kakak sulung mereka. Aku pulak balik sebab ikut suami nak ambil lap top yang tertinggal . Masa Kak Siti ngan Kak Miah asyik berborak ,Kak Ani pun sampai dan yang aku pelik Kak Siti terus diam tak bercakap. Muka Kak Ani pula tak berapa manis. Lepas Kak Ani balik baru aku tahu yang dia dan Kak Siti ada krisis tapi aku malas nak tanya nanti panjang cerita . Kak Ani dan Kak Miah berborak pasal herba life dan aku tak nafikan mereka nampak sihat tapi aku tetap ada pandangan aku sendiri .Dari yang sihat berubah cerita pada orang yang tak sihat dan doa .Kata Kak Miah kita jangan doakan panjang umur tetapi berdoa pada keberkahan. Seperti rezki yang berkah ,hidup yang berkah ,amalan yang berkah. Sebabnya memang benar kalau dipohon umur yang panjan

Pertunangan

Image
Bila aku sebut orang dulu-dulu bertunang lebih tertib dari sekarang ,anak aku mencelah mengatakan aku kena ikut peredaran masa. Ada salah paham kot ,sebab aku jenis yang ikut peredaran masa tetapi mestilah berlandaskan agama. Maksud aku apa yang aku tegur atau rasa tidak puas hati apabila sesuatu perbuatan itu sudah tergelincir dari suruhan Allah. Namun kalau difikir semula apa yang tidak tergelincir pada zaman sekarang. Era sekarang era remaja laki-laki dan perempuan sering berpandangan dan bergurau-senda. Zaman sekarang tidak ada mata-mata antara mereka . Orang dulu-dulu merisik ,beri tanda, masuk meminang dan akhirnya bernikah kerana PERLU ikut urutan. Kalau dahulu orang merisik kerana mereka tidak tahu samaada bakal yang hendak dipinang mungkin dalam diam-diam sudah ada pilihan hati.Orang dulu merisik kerana ingin tahu apakah mereka layak memetik bunga di taman orang. Kerana takut menanggung malu jika mereka tidak berjaya ,khidmat orang tengah akan digunakan untuk merisik. Tetapi