Posts

Showing posts from October, 2009

Kerja Kerajaan

Betulkah aku dengar kalau kerja dengan kerajaan bukan saja diri sendiri diberi layanan istemewa oleh kerajaan malahan kedua ibubapanya . Aku cakap pasal rawatan kesihatan bila suami dah pencen nanti.Kata teman saya yg anaknya kerja dengan kerajaan, dia selalu pergi Hospital Putra Jaya untuk ambil ubat.Saya nak tahu apakah termasuk operation dan hospitalisation.... ada sesiapa yg tahu ? Baru2 ni best tenguk rencana pasal health insuran di Amerika oleh michael moore...kesian rakyat Amerika ,ditindas oleh sistem pemerintahan sendiri.

Fav PictuRES

Image

HUJUNG MINGGU Di Rumahku

Hari tu seminggu sebelum Deepavali suami bawa kami ke PUchong ,ada open house di rumah kawan baru yg di kenalkan oleh kawan lama .Nama nyaHj Azar. He called my husband 'abang' tanda mesra but my abang rasa a bit janggal ,terasa tue ke ,segan ke ,pelik ke bunyi nye ,entah lah. For me itu tanda mesra . Minat Hj ni daki lurah dan lembah dengan pacuan 4 rodanya. Yang pada malam tu aku tenguk berderet jip pacuan 4 roda dan beberapa buah motor scrambler yang tersusun di halaman depan rumah.Dulu tanah yang mrk cacak buat rumah dan kedai tu hanya kawasan kampung tapi hari ni hulala tanah peningalan orang tua mereka yang luas tu dah jadi pekan yang sibuk nyibuk lagi. Mula2 sampai ke perkarangan rumah Hj ni aku dah macam... Masyaallah !ramainya orang open house ke kenduri kawen ? Tetamu yang datang lebih dari 200 orang dan kata Idah,isterinya itu biasa.Apa????? Ada yang datang sejauh Tapah dan Kenyir...semua tu geng 4x4 jenis pakai radio pemancar dan main panggil melalui radio je.Malah

HUDUD- ulasan Dr Mohd Asri

Image
Jangan Bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu Disiarkan pada Aug 02, 2009 dalam kategori Akidah | Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin Saya hanya sempat mengikut dari jauh isu dan secebis ‘hukuman sebat ke atas peminum arak’ di Pahang. Banyak juga email mengenainya meminta saya mengulas isu tersebut, termasuk email seorang tokoh politik dan ahli Parlimen ternama. Banyaknya urusan menjadikan saya ‘ketinggalan bas’ kebelakangan ini. Rasanya, sikap rela model berkenaan patut dipuji. Ya, arak itu haram di sisi Islam, tiada siapa pun yang beriman berbeza pendapat mengenainya. Namun apabila hukuman ke atas pesalah itu dilaksanakan, ia membabitkan dua aspek utama; pertama, hukuman yang dikenakan, kedua, individu yang dihukum. Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali. Namun pad

1 Malaysia

How can we improve national unity according to the 1 Malaysia spirit? -DIGI Aku cadangkan pakai baju yang ada gambar Bendera MAlaysia ,tak kira le pada sari ke ,baju kurung ke,skirt ke ,chiong sam ke ,janji ada gambar bendera 1Malaysia bukan muka PM Malaysia.

FAMILI

Image

Sebahagian Koleksi Gambar ku

Image
Untuk tatapan anakku AZLAN yang tak dapat bersama kami .... PEACE!!!!!

UP DATE

Harga asn hari ni 0.7687 ,masa aku beli 11 Ogos ,nilainya 0.7481 .....kena charge 5% jadi secara teorinya nilai ketika beli ialah 0.7855 Macam tunggu durian jatuh ke bumi....

Mak Ung'ai

Sejak kami pindah ke rumah baru ni ,Mak Ung'ai dah ada, hidup solo ,sebab tulah aku panggil dia Mak Ung'ai . Dari cerita ,dulu Mak Ung'ai banyak sedara .Tapi jirannya yg perangai hanjing suka kacau keluarga Mak Ung'ai ni....dasyat,dasyat ,kalau dengar kisah nya penuh dramatik. Aku tibe2 je macam sayang dan respect Mak Ung'ai ni bukan apa, dalam dunia serba mencabar ni ,dia boleh survive...tak padan dengan kecik garangnya bukan main2 oii. Siapa yang tak takut dengan dia, Piru ,Putih , Oyenk pun pernah kena sekeh dengan dia tau. Banyak kali juga dia buat bising tengah malam..dan setiap kali dia memekak aku terpaksa bangun dan buka lampu kemudian hendap ikut tingkap tenguk ape ke jadah yang dibisingkan tu...sah le hanjing jiran tu tengah meronda kompaun rumah aku. Semalam masa aku balik dari KL , hanjing2 tu datang lagi ,kali ni suami aku tembak. Habis keras kejung ibu dan dua ekur anaknya.Yang aku tak paham masa suami tembak yang Si bapak ,dapat lari kemudian le

Ladang Teh Cameron Highland

Image
Waktu tengahari terik di Cameron Highland...kalau berada di kaki bukit terasa amat panas sebab kawasannya terlindung angin tetapi bila dah panjat dan berada di atas bukit ,alamak bestnya angin meniup sepoi2 bahasa ,walaupun panas terik tetapi tetap nyaman.....

siNUS

Image
Aku saja nak highlight tentang masaalah penyakit sinus ku khusus untuk suami sebab dia macam bengang je aku asyik nak jumpa doktor ...dulu kata orang lain rajin pergi jumpa doktor claim ribu-ribu dan kita pulak tak mahu guna kemudahan yang majikan bagi lepas tu mula lah ayat lain pula yang keluar! Dia tanya apa doktor kata...doktor kata elakkan semua elemen yang boleh membuat aku dapat elergi,apa saja...bab makanan doktor sebut jauhkan ais !Aku boleh buang kuching ,aku boleh tukar bilik tidur ,aku boleh pantang minum ais atau makan sotong ,udang tapi suami aku boleh ke berhenti merokok??? The best way to get rid of a stuffy nose is to avoid tobacco and cigarette smoke no matter what. I know from person experience that cigarette smoke will damage the lining of your sinuses and cause swelling in your sinus membranes, the chief cause of acute or chronic sinusitis. Many smokers suffer from chronic sinusitis and don’t know it, blaming the inflammation and congestion on their habit, when i

CINTAN CINTUN

Aku dah lama berfikir mahu menulis sesuatu yang agak berat secara santai ...banyak benda yang tak dapat nak ditulis semata2 ingin menjaga hubungan baik seseorang. Tetapi demi kebaikan dan panduan juga iktibar ingin juga aku tulis seringkas yang boleh. Tulisan ini khusus untuk Elyn juga untuk anak perempuan ku juga anak2 saudara perempuan ku juga khusus untuk anak2 perempuan yang akan berkahwin. Selain hak mutlak seorang perempuan mencari pasangan(biarlah yang baik 2)ada hal2 yang kita tidak di beritahu ,iaitu perjanjian atau akad ketika di depan kita ada Wali dan dua orang saksi sebelum Khadi melepaskan kata Sah akad tersebut, kita mempunyai hak menambah syarat selain dari apa yang memang telah di wajibkan oleh Islam seperti nafkah kepada anak dan isteri dan thalaq atau denda untuk isteri ingkar .Bab ini kena baca dan rujuk pada kitab perihal nikah . Kawen memang mudah tetapi menjayakan perkahwinan sampai ke hujung hayat memang susah. Banyak contoh yang kita dengar dan nampak dan ya

Ketagihan U TUBE

Minta Dari Yang Atas

Hari ini aku meminta dari YANG ATAS semoga rezki ku bertambah. Sedih tau sebab tenguk kantung dah mula surut.Satu je yang aku tak dapat rasakan ketika berdoa - kesedihan! Bukan senang nak mengalir air mata ketika berdoa kecuali betul-betul dalam keadaan desperate. Dan yang itu aku belum sampai lagi. Tak macam kes adik aku ni. Adik aku sanggup berhenti kerja kerana nalurinya mahu mencuba bidang usahawanan terlalu kuat ,adik beradik aku tak berapa setuju tapi aku memang kenal sikap dia dan ketekunannya yg buat aku beri dia galakan..walaupun risiko nya tinggi...macam kawan aku anak businessman cakap .dalam perniagaan ada turun naik..kalau sekali gagal dan dia boleh bangkit ,maka Insyallah , dia tidak akan gagal lagi!Senang cerita kegagalan ialah rempah ratus kejayaan. Kata adik modal dalam tangan dia hampir kering manakala projek yang dia cuba gagal..tak de hasil.Dalam keadaan desperate dia mengadu kepada kawan yg telah berjaya dan jawapannya mudah saja ....minta dari yang atas. Sejak h

Malasnye...

Aduh malasnya nak pergi tempah baju sempena kawen ank sedare bulan Dec ni,sebelum bulan posa lagi emak dia dah sponsor dua pasang....rasa macam nak gi cari je baju pink +putih yg dah siap....kalau tempahpun tak tahu kedai mana yang bagus....adoi malasnya nak cari kedai jahit...

AKU

Sebenar nya aku bukan tak hingin nak jadi manusia warak senang cakap mereka yang benar2 menjadikan Islam itu cara hidup mereka,bertudung labuh ,berbaju longgar dan menjauhi segala bentuk kemungkaran besar dan kecil. Aku hurmat sangat dengan orang2 yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Aku suka sangat kalau dapat berkawan dengan mereka kalau mereka mahu buat aku kawan. Tetapi perjalanan hidup seseorang dari kecil hingga ke besar berbeza. Aku tak menyalahkan ibu bapaku kerana memilih pengantar Bahasa Inggeris dari Bahasa Arab kerana sistem negara yang mengutamakan Bahasa Inggeris itu sendiri. Tahu tak apa yang aku merepek ni? Aku merepek dan merapu ni sebab dalam kepala hotak aku ada tersimpan keinginan nak tenguk Penang Hard Rock Cafe ,mana tidaknya iklan bergerak sebesar bas ekspress terpampang depan mata dan lagi aku memang dah lama tak ke Penang sebb macam tak de benda baru je. http://penang.hardrockhotels.net/view-promotion.php?promo_id=93 Jangan fikir bila aku ke tempat2 ni aku

Kesan Tsunami ke atas ku....

Petang semalam kata suami di ofisnya ada gegaran...rumah ku walaupun jaraknya beberapa KM dr ofis tak pulak rasa apa2... internet terus tak dapat ...lewat malam baru tahu ada tsunami dan ribut tAUFAN MELANDA di kepulauan Sumatera dan Samoa....pagi ini baru internet berfunsi semula. Teringat waktu Tsunami tahun 2003 kalau tak salah , aku dan anak ku yg menyewa di tingkat tiga apartment di Klang boleh rasa macam duduk atas pucuk pokok kelapa..seolah-olah ditiup angin pokok tu melentuk kekiri dan kekanan...ini bangunan batu beb..boleh rasa yang sama..terhayun kekiri dan kanan...Masyaallah. Dan bangunan batu tu bukan ditiup angin tetapi bergoyang mengikut pergerakan bumi di bawahnya! Teringat penulisan Penulis tersohor Harun Yahaya...bahawa kita berjalan di atas lapisan muka bumi yang paling nipis yang di sebut permukaan bumi dan di bawah tapak kaki kita ada api yang melegak...dan kalau lah kita boleh berfikir sebentar dan berasa gerun .....