Posts

Showing posts from April, 2010

Ideas dari Otak kecil

Tiap kali aku cakap pasal idea aku nak buka kedai yang beroperasi di rumah ,suami terCinta mesti bantai aku balik. Kadang2 cara dia bantai aku macam susah aku nak jawab Contohnya like "dinda tak kerja ,mentaliti dinda sekadar tu saja, buka kedai tepi rumah." Aku dah kata susah nak jawab kan? Tapi tau tak nak kata idea aku tak bagus,jiran depan rumah aku dah ubah bahagian depan rumahnya jadi kedai . "Tenguk, idea dinda tak teruk sangat kan ,kanda?" Tetap suami ada je alasan kenapa orang tu buka kedai di rumah.Aku tak kechik hati pun sebab tu baru cadangan .Jadi aku nak dengar juga cadangan dari dia.Kan aneh bila dia kata aku buat sesuatu mesti tak jadi sedangkan aku belum buat apa2 pun. Teringin tahap gaban nak tahu idea besar dari orang pandai .Aku fikir mungkin betul2 impossible aku nak laku kan. Rupa2nya nak semai pokok dalam plastik hitam. Lepas dia cakap mesti ada ayat2 kutuk aku ,"kanda yakin dinda mesti tak boleh jaga punya..." Aku tunjuk pokok pa

Tanah o Tanah

Aku senang baca blog orang berilmu ,hujah mereka semua best2 susah aku nak celah walau pun aku ada hujah juga tapi jenis hujah orang senang cantas. Kategori hujah orang tak sekolah tinggi. Aku belajar dari apa yg aku nampak dan apa aku dengar. Nampak tak orang Melayu pandu kereta mewah ?Tabik spring!Mereka kaya tapi aku tak tau berapa harta yang mereka betul2 kumpul atau sekadar cukup2 untuk beli rumah dan kereta mewah.Yang berpelajaran tinggi aku tak nafi.Ramai! Dalam kepala hotak aku selalu bertanya betulke hak Melayu dominant dalam Malaysia?Masa aku duduk kawasan Bukit Rajah ,depan mata aku je, ladang kelapa sawit dah di beli oleh Ah seng ,Ah Hong ,Ah Beng beribu2 ekar .Melayu? Cuma rumah teres harga sederhana tu je dengn kereta proton saga parking depan rumah. Pindah ke Bestari Jaya pun macam tu juga.Towkey Cina yang tak sekolah pun ada berekar2 kebun. Melayu banyak yang duduk atas tanah TOL.Aku baru tahu senyap2 macam ada satu deklarasi antara apek2 tu ,jangan sekali2 jual ta

POLITIK 2x5

Di petik dari chat box Neatral Daily: agus : ape fatwa nik aziz yg belit2? yg berbelit tu sebab ko tak paham islam, bodoh tak bleh di ajar. kecik2 tanak mampos da besar jadi munafiq. bongok! 6 Apr 10, 23:26 agus : ape yg lembab sgt ko ni, moto PAS skrg ni PAS for All. yg korg wawasan 2020 ntah ke mane had-hari ke mane?? pegi mati la yahudi umno! 5 Apr 10, 00:03 asry : mana slogan2 pas yg dulu? keluar barisan.. masuk bulatan.. la ni org dah tak nak dok dlm bulatan dah.... 5 Apr 10, 00:00 asry : membangun bersama islam pun dah tak dengar dah.. telo puak2 pas semua dah kena genggam dek dap! dasar manusia munafik pas ni..! Nak gelak pun ada nak marah pun ada pasal politik tanahair ni. Tapi satu je yang aku pegang sampai sekarang , kata2 bapak aku, "Yang kaya orang yang ada jawatan dan pangkat je, kita yang duduk bawah ni buat apa nak bergaduh ,bertikam lidah." Yang bestnya dia pangkah orang bukan lambang,maksudnya kalau hang bagus next election dia akan pangkah ya

Racist.

Risaunya ujung bulan 4 ni..orang yg nak bertanding aku pulak yg risau tenguk senario semasa...wakil MIC dipilih untuk bertanding ..dan aku RACIST gila tau tak!

Seloka Orang Bercinta

Update ,8 th april. Laki2 tua berbini muda :"Sedap, ulam muda..." Bini :" Kurang puas.Kena bagi makan telur ayam kg dengan madu." Laki2 :" isteri saya(bangsa Indo) selalu pakaikan stokin setiap kali saya pergi kerja." Original, 5th april. Dalam blog ni aku ingat nak tulis kata2/luahan biasa dari pihak laki2 dan perempuan yang sangat berbeza antara satu sama lain sebagai koleksi blog ini. Contohnya laki2: Lebih senang minta maaf dari minta izin. Dari kawan perempuan aku pulak macam ni : I can forgive but i cannot forget. Dari semasa ke semasa, insyaallah aku akan sambung ayat2 yang aku jumpa/dengar dari dua sexes ni . Sebelum tu layan je pantun yg aku karang ni... -Cinta Retak Seribu- Kalau ku tahu retak seribu Tidak ku unjur kail sejengkal kalau ku tahu cinta mu palsu Tidak ku gagah untuk berkenal Kini terlanjur menyintai kamu Rindu ku pendam dalam kesumat ku sebut nama mu bertalu-talu Agar derita ku terubat Cintaku harap tuba yang dapat Jiwa merana

Jiwang karat.

Tak tau kenape tiba2 je macm jiwang karat pulak hari ni...mula2 tu rasa jengkel macam nak marah pasal komputer kena lacur dengn gamba porno pas tu berubah angin pulak. Cuma nak cakap di sini walau kita bernafas dalm ruang yg sempit ni masih banyk ruang boleh kita selitkan semua cerita , kenangan dan larangan. Semua orang ada kisah silam layan jelah kalau mahu. Orang kata persekitaran membentuk siapa kita .Dulu rasanya aku boleh karang satu cerita dalam kepala otak aku ,sepatutnyalah aku jadi novelis tapi mustahil kerna aku malas mengarang apatah lagi membaca ayat2 panjang. Aku cuma suka melayan cerita dalam kepala ku saja.Sampai sekarang aku tak suka novel melayu yang berbunga2,rimas nak tunggu penghujung cerita ,aku suka ringkas dan senang di pahami. Watak aku watak kamu mungkin berbeda tapi layan je lah. Dulu kamu mungkin pernah jatuh cinta ,pernah jumpa seorang dewi , mungkin juga pernah kena reject .Ada aku peduli ?Itu dulu ok. Dulu kamu mungkin jagoan , serius, cergas ,pencinta