SIMPLE CONGAK

Hari tu ,jenuh juga nak berhujah dengan suami bahawa beli rumah pakai loan lebih berbaloi dari beli cash. Pendapat suami beli cash , tak payah bayar interst atau bunga pada bank . Aku pula kata interest akan ditanggung oleh penyewa. Tapi suami pula berpendapat kalau rumah dibayar tunai, terus jadi hak milik sendiri dan boleh sandarkan pd bank kalau mahu buat overdraft(bermaksud hutang) . Dan hujahnya lagi, kalau disewakan ,sudah tentu tiap2 bulan akan dapat wang tunai bersih sebanyak RM 500 tanpa tolak hutang.

Secara kasar nampak pendapat suamiku lebih bagus tapi mari kita buat simple congak.

Katalah harga apartment yang hendak dibeli bernilai 60 ribu .Rujuk di sini untuk loan rumah http://www.iproperty.com.my/propertylisting/646331/Puchong_Apartment_ForSale
Untuk 20 tahun dengan Interest rate 6.3% anda bayar loan sebanyak Rm469 se bulan dan anda boleh sewakan pada orang dengan harga Rm 500 sebulan.

Manakala duit cash anda masukkan dlam ASB dan biarkan selama 20 tahun.Dengan average dividen 8% se tahun, cuba anda kira di sini http://www.moneychimp.com/calculator/compound_interest_calculator.htm Dalam masa 20 tahun wang tunai anda yang sebanyak 60k itu akan menjadi RM 279,651.

Dalam 20 tahun akan datang ,apartment pun dapat ,duit dalam asb pun berlipat. Aku panggil serampang dua mata.

Bayangkan kalau aku ikut kata suami ,setiap bulan kutip sewa RM 500 ,aku terpaksa tunggu 120 bulan bersamaan 10 tahun untuk dapat semula duit RM60 000.Dan untuk mengumpul RM 279 000 aku terpaksa tunggu lagi selama 438 bulan bersamaan 36.5 tahun.

Jadi nasihat aku , bukan semua pinjaman itu tidak berfaedah....

Comments

ZAIDAHTUL AKMAL said…
ZYASH minat sangat pasal investment dalam jual beli dan sewa rumah ne..Tapi cetek ilmu n xde masa lagi nak mendalaminya.. Tggu pas abis study kat UTeM ne dulu kot...huhu.
HEARTBEAT Tambah Pendapatan Selain Nuffnang
INCOME HEARTBEAT SETELAH 5JAM
Anonymous said…
minta jauhkan dari segala unsur riba. insyaAllah
NoraHash said…
Zyash , orang muda mcm kamu masih punya masa yg panjang,dengn semngat dan usaha ,tak mungkin mustahil.Insyaallah ,semoga berjaya.
NoraHash said…
Simple Riba ,kita beri hutang pada orang tu seratus ringgit kemudian kita minta dia bayar 200 ringgit.Kita ambil duit riba serataus ringgit. Tapi di sini kita yang berhutang dengan bank seratus ringgit dan dia minta kita bayar balik dua ratus ringgit ,kalau tak bayar dia rampas hak kita sedangkan kita aperlu rumah tu untuk tinggal.

Popular posts from this blog

BERSALAH