Jangan Ralat

Sekarang aku mengikuti laman ini.....
http://www.auctions.com.my/

Mungkin aku agak terlambat tapi biarlah terlambat dari langsung tak cuba. Kalau rezki aku ada dalam beberapa bulan ni aku akan memiliki harta atas nama aku sendiri iaitu sebuah apartment murah .Umur aku sekarang memasuki 51tahun.
Kerana aku dah hidup agak lama, mahu juga aku berpesan pada wanita2 kat luar sana melalui pengalamanku kalau cari pacar tu carilah yang senang berbincang yang sekurang2nya jenis yang mahu mendengar dan bertimbang rasa.Kalau dapat yang memahami perasaan perempuan lagi bagus.
Anak aku kata nasib isteri tak bekerja memang sedemikian ,pendapatnya selalu di kotak-katikkan tapi sebenarnya yg aku tahu banyak juga wanita yang tidak bekerja mendapat penghurmatan yang tinggi.Arwah ibuku sendiri salah seorang darinya.
Kedudukannya dalam rumahtangga sebagai isteri dan ibu amat selesa.Kami hurmati dia dan jarang membantah ,malahan banyak idea2nya yang kami terima kerana bagus. Aku cuma boleh fikirkan satu sebab kenapa dia dianggap sebagai orang penting dan istimewa dalam keluarga ,ya sebab bapaku amat menghurmati dia.Bapa biarkan dia mengurus kewangan keluarga dan anak-anak.Dari situ aku sudah pelajari ,bukan berapa banyak yang kamu dapat buat kamu jadi berada tetapi berapa banyak yang kamu simpan.Bila seorang ibu punya harta dia tidak akan melutut pada anak2nya dan jadi hamba anak!
Sama juga dengan seorang kawanku ini suri rumah dan ibu kepada empat orang anak. Suaminya siap menyimpan duit untuk hari tua isterinya supaya dia tidak menyusahkan anak2nya kelak~pernah dengar tak? Ya,sungguh.
Dan seorang lagi hamba Allah yang membeli rumah atas sebidang tanah ,dan sama2 bersusah payah melangsaikan hutang sehingga makan pun ala-ala kais pagi makan pagi kais malam makan malam,Dan apabila duit bank langsai dibayar dan geran menjadi milik mereka ,suami terus tidak teragak-agak menukar nama kepada isterinya ~pernah jumpa tak laki2 sedemikian? Ya, ada!
Untunglah kalau dapat suami yang beringat mewasiatkan harta serta menyediakan tabung andaikata kalau terjadi apa2 pada dirinya seperti di sini , http://suratwasiat.blinkweb.com/ bukan yang selalu risau takut isterinya kahwin lain atau kalau kaya isteri akan lupa diri nya.Jenis apa pula yang hanya suka bercakap di bibir saja tetapi tidak mengotakannya.
Jadi, wanita2 di luar sana bukan kerana kalau kamu tak bekerja tetapi kalau kamu bekerja pun dan kamu dapat pasangan yang jenis tak merancang dengan baik sama juga ruginya.
Macamlah aku bagi contoh boy friend kamu merancang untuk kahwin dengan kamu kemudian dia usahakan cari duit melamar kamu ,cukup setakat itu. Dan lepas kahwin tiba-tiba kamu mengandung ,siapa nak bayar rawatan, ubatan dan susu ,lampin anak,sebab dia tak merancang lebih dari itu. Kerana tak merancang dia akan cari jalan mudah ,mungkin meminjam atau suruh kamu yang bayar semua tu.Sekarang kamu paham maksud akukan?
Dan aku nak nasihatkan sangat2 ,tolonglah, jangan banyak MEMINJAM .
Lagi satu aku nak pesan kat semua wanita yang belum kahwin cari pacar yang benar-benar ikhlas dan akan sayang ahli keluarganya sampai mati.Maksudnya bila dia dah dapat anak dia akan bekerja sungguh-sungguh untuk melengkapkan segala keperluan anaknya membesar dengan sempurna . Dia tak pernah ralat walaupun dirinya hanya tinggal sehelai sepinggang demi anaknya berjaya .Dulu kita selalu dengar ibu-bapa bergolok bergadai kerana tiada PTPN.Tetapi sekarang lebih kepada keperluan asas seperti kereta , tempat tinggal atau harta.
Mereka tak hanya berkata aku sudah bagi kamu pelajaran dan akan berhenti di situ dan mengharap balasan dan aku namakan itu kurang ikhlas kerana apa yang dilakukan baru perkara mesti atau wajib bagi seorang bapa. Tetapi mereka yang ikhlas akan pandang lebih jauh dari itu seperti menolong anak-anaknya menggapai sesuatu yang sukar supaya jadi mudah walaupun terpaksa menyusahkan dirinya.
Dan akhirnya aku akan berkata kepada semua wanita iaitu kamu ,kita hanya dapat merancang tetapi yang menentukan jodoh kita ialah Sang Pencipta ,jika setelah kamu berusaha tetapi masih juga dapat pasangan yang kurang bertanggung jawab, aku cuma nasihatkan kamu ,gunalah kebijaksanaan akal yang Allah beri,mudah2an ada penyelesaianya,Insyaallah.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH