Di sebalik kematian

Hari ini aku bukan nak bercerita apa yang berlaku pada si mati atau kepada roh si mati .Tidak juga yang bersangkut dengan kematian. Aku cuma nak cerita peristiwa sekeliling dan perangai manusia-manusia apabila berlakunya kematian.

Beberapa jam saja sebelum aku menaiki keretapi ekspress dari Taiping ke KLCentral ,bapa mertuaku sudah menunjukkan tanda bahawa dia akan pergi meninggalkan kami cuma dalam hati kecilku mengharap aku sempat berjumpa dengan nya dalam 4 hari akan datang. Ya, aku cuma musafir (ganti ayat melancong) , ke Vietnam selama 4 hari 3 malam ,tiket penerbangan ku pada 20 hb May pukul 9 pagi dan pulang semula pada 23 hb May.

Tapi seminggu sebelum tu aku dan suami sudah berada di Taiping apabila mendapat berita yang bapa masuk hospital.Cerita yang aku dengar ,bapa tarik dan muntah. Waktu mak cik panggil Kak Siti ,salah sorang kakak ipar yang tinggal di Simpang dan suaminya ,mereka tidak dapatbuat apa-apa. Kemudian mereka menalipon Kak Ani, adik perempuan mereka yang tinggal di Taman Hijau.

Bila Kak Ani datang dia terus talipon suaminya yg berada di Serawak minta pandangan. Maka bermulalah detik-detik Kak Ani menalipon doktor keluarganya sehinggalah dia ke hospital memanggil ambulan kerana sedar risiko bapa jika dibiar di rumah tanpa rawatan.

Doktor dapati bapa ada radang paru-paru dan urat saraf di bahagian kepalanya juga sedikit bengkak. Oleh kerana usia apak melebihi 90 tahun doktor tidak merawat/bagi ubat untuk dua penyakit sekali gus jadi doktor tumpukan pada paru2nya dahulu.

Semasa hari pertama di hospital ,apak meracau ,cakap tak henti-henti ,semua kisah2 lama timbul ada yang sanak saudara boleh paham ada yang tidak. Aku dan suami sampai pada waktu petang . Sewaktu aku tunggu sudah masuk hari ke dua dan apak banyak tidur mungkin kerana letih atau mungkin kerana ubat.Kami bergilir2 menunggu apak ,sebelah siang orang perempuan sebelah malam ( lebih panjang) orang laki2.

Sewaktu apak di hospital operasi mengemas bilik tidur dijalankan dengan paksaan oleh anak-anak. Ini menimbulkan kemarahan mak cik. Macam2 ayat keluar dari mulutnya siap dengan sumpah seranah. Aku sebagai menantu cuma jawab ,biarlah mereka kemas kan bagus bila apak balik dapat tidur dalam bilik bersih..bukan membuang barang2 lama yg dah tak perlu tu bermakna kita doakan dia mati tapi minta agr dia bertambah sihat bila duduk dalam bilik bersih. Memang nampak mak cik bengang dan kecewa kerana sorang pun tak menyebelahinya lainlah kalau ada Pak Su (adik apak) dan isterinya.

Selepas 4 hari di hospital apak sudah sedar dan dibenarkan balik. Semasa dia sampai kerumah ayat nya asyik bertanya ini di mana ? Kami pimpin tangannya ke bilik air kerana dia mahu sholat. Oleh kerana usianya sebegitu apak sudah nyanyuk dan cara dia ambil air sembahyang hanya sekadar basah tapak tangan dan mukanya.Kemudian dia sholat..waktu itu dzohor aku tidak tahu apa niatnya tetapi apak sembahyang dua rakaat dan kalimah2 yang disebut jelas dan lancar.

Kak Miah dan Kak Siti seperti biasa akan memberinya minum dan makan ,serta ubat melalui straw. Kemudian apak kerap mahu buang air besar syak kami di hospital apak tidak buang air besar selama 4 hari di sana.Dan akhir sekali apak mengeluarkan najis warna gelap .Ketika itu aku ,kak miah dan kak siti sudah tahu ia satu petanda. Mak cik tidak dapat menerima bila kami bercakap pasal tanda2 kematian.

Ketika itu sejam sebelum keretapi aku akan bertolak dan aku tanya kak miah ,mestikah aku tunggu atau aku teruskan perjalanan ku. Sebagai orang yg paling tua dalam keluarga suamiku ,kalau ya katanya yang lain tidak akan menyoal.

Sebelum pergi aku mohon maaf ,antara apak ingat dan lupa dia mengannguk. Yang aneh bila aku tanya mak cik ,tak mahukah minta maaf sebab apak sudah sedar .katanya dia tak ada dosa dengan apak....mudah2an.Aku pergi dengan hati tenang ,satu kerana aku sempat menjaga apak walaupun sekejap, kedua aku sempat memohon maaf dan ketiga sebab ada kak miah, guru al quran ,anak sulung di sisi apak.Sorang anak yg soleh lebih baik dari beratus yg tidak.

Sebaik aku jejak kaki dekat KLC(lebih kurang 6 jam kemudian) ,kak miah bagi tahu apak sudah kerahmatullah .Innalillahiwainnailaihirrajiuun. Aku teruskan perjalanan.

next entry.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH