SIAPA LEBIH ISLAM

Jangan sekali2 kamu berlaku sombong di muka bumi ini.....Inilah satu2 amaran dari Allah yang saya cuba pegang selain mengelak dosa2 besar yang tidak mudah di ampuni. Banyak orang mempersendakan perintah dan amaran Tuhan semata2 kerana Maha Suci Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Buat sebanyak dosa tanpa takut kepada kemurkaanNya dengan alasan boleh bertaubat bila2 masa dan Allah akan mengampuni mereka...

Kalau lah begitu untuk apa dan pada siapa neraca di padang masyar nanti ?Walau sebesar zarah yang halus dan tidak nampak di mata akan di timbang di sana..itulah untung baik dan untung jahat kita. Begitulah dengan hanya berniat Allah sudah mengetahui.

Kita terlahir Islam di dunia lalu mengakui kita Islam...samada kita tidak berpuasa ,sembahyang, berzakat atau tidak memakai tudung kita tetap akui keislaman kita .Saya mahu mengkritik blog RPK yang kadang2 tidak sehaluan dengan kata hati saya. Seperti merelakan isterinya tidak bertudung kerana dalam banyak ilmu yang mereka pelajari iaitu melalui bacaan dan tidak satu ayat pun menyuruh muslimah memakai tudung kecuali isteri2 Rasul. Begitu juga blognya yang terdahulu menasihati orang jangan ke masjid sembahyang Jumaat tetapi ke mahkamah untuk mendengar satu kes berkaitan penangkapan pekerja hotel kalau tak salah.Ayat nya boleh mengelirukan kecuali orang yang tahu kepada hukum dan keperluan satu2 keadaan itu.Tetapi saya tersangatlah malas untuk menulis blog yang berbentuk kritis kerana mungkin badan dan minda saya terlalu letih ....cuma di sini saya berharap sesiapa yang membaca blog RPK...berhati2 lah mengenai akidah masing2....di sini saya tidak mengatakan dia salah kerana mungkin saya yang salah.

Atau di akhirat nanti bila kita di soal kenapa di dunia kamu tidak menutupi aurat rambut mu...maka jawap kita...dah banyak kitab yang kita baca termasuk Al Quran Nur karim...tetapi perintah yang terkandung hanya kepada isteri2 Rasul dan kami bukan isteri Rasul...nah mungkin Allah boleh ampunkan kamu dari pada orang2 yang langsung tidak membaca dan mengetahui Al Quran....namun kalau ditanya pendapat ku yang kurang ilmu ini ... maka lihatlah di sekeliling kamu ...lebih ramai terutama di negara yang fasih berbahasa Arab memakai tudung walau mereka bukan isteri Rasul dan tanyalah diri mu mana yang lebih baik...bagi ku lebih baik berkerudung dan tak perlu lagi kena soal kerana kita dah tahu apa itu aurat ketika bersembahyang dan ketika melakukan ibadat haji... mungkin juga saya ummah ikut2an hanya ingin selamat dan tidak mahu mengambil risiko ,tetapi apa salahnya kalau isteri Rasul itu yang menjadi sumber ikut2an itu.

Saya yakin Neraka Bukan Hanya Untuk Orang2 kafir sahaja dan bukan juga untuk orang yang tidak berkerudung....neraka untuk kita yang takut kepada Allah.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH