Hijrah

Maal Hijrah datang lagi. Sebenarnya aku masih di takuk lama ,namun aku boleh berbangga atau sekurang2nya tumpang gembira bila adik bongsu ku menalipon yang projek peliharaan ikan dalam kolam hampir siap.....sebanyak 500 ekor anak ikan siakap akan menghuni dalam kolam ikannya pada bulan Februari ini.

Pada bulan March dia tidak lagi bekerja dengan Sushiedo Co,Kuala Lumpur tetapi akan berhijrah ke Setiawan. Manakala suaminya akan menyusul dan mengajar di sana pada bulan Jun.Aku yakin adik ku akan berjaya Insyaallah kerana satu; sikapnya yang selalu positif. Kedua; pengalamannya sebagai sales executive selama lebih dari 10 tahun dan ketiga ; sokongan padu dari suami dan keluarga sebelah suaminya.

Kedua, aku juga gembira bila anak perempuan ku sempena Maal Hijrah ini mula melabur dengan Public Mutual Bhd.....sedikit2 lama2 jadi bukit .Itu yang cuba di semaikan oleh ejen pada semua pelabur.By next 20 years hopefully pulangannya boleh cecah 20% compound interest.Aku suka part yang dia kata bila kita melabur ia boleh mencegah inflasi sebab kita melabur dalam bentuk unit bukan dari segi wang.10 tahun akan datang kalau kita simpan duit seratus ringgit dan tidak melabur nilainya akan susut tetapi tidak jika kita beli unit trust...kerana ia akan di kira pada harga nilai semasa.

Oklah ....seterusnya aku tiba2 je semacam tertanya2 di mana Dr Mahathir sekarang.....rindu nak dengar ceramahnya. (Tadi baru dengar dalam berita yang beliau akan di panggil ke mahkamah kerana isu.... apa tu, tak sabar nak tenguk wajah beliau dalam TV untuk memberi keterangan)

Waktu siang tadi suami asyik menalipon kawan2nya kerana wajah orang yang di kehendaki oleh polis, yang terpampang dalam TV kerana membunuh seorang ahli politik di Segamat,nampak serupa dengan orang yang mendapat kontrak memperluaskan jalan di kawasan kami di sini.Kawannya juga setuju cuma kata kawannya budak tu dengan si mati kawan akrab. Ada tak sesuatu yang tak kena di sini?

Baru beberapa hari lepas video aksi ranjang seorang menteri dengan gelfrennya menjadi tontonan dan bualan....itu yang dapat di rakam .Aksi2 tak senonoh menteri2 lain yang tak dan belum dapat dirakam tentu lah banyak juga.Selagi masih boleh sorok mereka mungkin selamat itupun hanya di dunia.

Ini lah tahun hijriah di Malaysia...samada semakin baik atau sebaliknya kita lihatlah jika umur panjang.Mudah2an Allalh sentiasa selamatkan Malaysia terutama umat Islam dari kekufuran dan kejahilan dan juga dari bencana2 yang dasyat.

Akhir sekali aku ingin sangat lihat pada tahun baru ini, Si George Bush dicela dan dihina oleh manusia sejagat kerana kejahatan dan kezaliman nya terhadap orang Islam..aku juga berdoa semoga lebih ramai manusia mengenali dan memeluk Islam dan berdoa agar iman ku dan orang2 Islam lain semakin kukuh dan tetap kukuh dan akhir sekali bagi orang2 Islam yang murtad bertaubatlah dan kembalilah ke jalan yang lurus semula.

Selamat Tahun Baru 1429 Hijriah.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH