I'm In

Janggal betul hari ini kerana kena ke gym sorang-sorang ..macam biasa terlambat 10 minit.Ya ! lebih baik lambat dari langsung tak pergi. Bila tenguk muka2 Amoi yang saya selalu jumpa sepanjang minggu ini ..tak lah rasa segan silu sangat.

Hari ni budak depan saya translate kat saya bahasa Cina ..."auntie tu cakap mau beranak pun tak susah macam ni.." di bandingkan dengan rentang kaki kemudian angkat bola ,tangan kena lurus sambil rendahkan badan secara menegak serendah yang boleh kemudian naik dan di ulang berkali2....Tima kasih ye ..bila di tanya kenapa badan dah slim datang aerobic katanya nak siap sedia ke National Service...aduh mak ..pro aktifnya kamu!

Hari ni sah saya dah jadi ahli seumur hidup , itupun kalau tak kena pindah ....dan saya bukan orang Kluang jadi mustahillah saya akan ke sini seumur hidup saya. Saya cuma mahu balik sukatan pinggang yang less dari 30 inci tu.....kemudian nak maintain tak mau makan banyak lemak dan kabohidrat lagi.Tolonglah abang sayang jangan dok tayang2 pula makanan yang sedap2 depan mata nanti separuh mati pulak nak burn the calori...

Hari ini instructor tak tutup kepala dengan scarf tapi cuma pakai topi, hmm lebih suka tenguk dia pakai scarf lagi ,nampak macam instructor...masa buat crunch masih terjadi kekajangan di bahagian dada dia nasihat makan lebih calcium,magnesium and potassium...namun hari ini ada improvement sikit sebab dapat buat lebih sikit dari minggu lepas. Masa dalam bilik persalinan Si Taukeh Zhulian melaram pakai baju yang ada pinggang dan tiada lengan...amboi2, selalunya pakai T shirt tak le nampak sangat potongan ..hari ini bukan main sexy lagi ....mesti nak ke Mall shopping baju raya ni.

Nota: perubahan yang ketara pada ku hari ini ialah bahagian lenganku yang besar dan lembik, yang nampak lendut kerana tidak ade muscle hari ini semakin anjal...

Ya ,4 bulan..lagi....tak sabar nak tenguk resultnya.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH