KOMEN ANAK HALAL



Mula2 tahniah kepada producer ...is it Osman Ali ? Kerana dapat kutipan yang tinggi ,juta2 juga lah angkanya. Oleh kerana saya ni macam kaki juga tenguk filem tak kira lah filem Tamil ke, Melayu ke, Cinake...janji bagus jalan ceritanya dan mutu pengambarannya saya akan puas hati.

Kenapa saya pilih tajuk filem ni....sebelum tu saya kena bagi tahu yang saya bukan tukang komen yang professional jadi tak payah lah nak ambil hati apa yang saya nak komen ni..lagipun memang saya jenis suka komen kalau saya rasa tertipu dengan komen orang yang pandai bagi komen.

Kadang2 rasa nak bagi tahu TV3 boleh tak jangan main jemput je orang bercakap dalam TV tu...kutipan 3 juta untuk filem tu tak bermakna filem tu dah cukup bagus....tak semena2 orang macam saya terpengaruh nak tenguk kerana ingat kan best sangat sampai masuk dalam TV.

Nasiblah saya ni bukan jenis macam orang utara kata "terketar2" nak tenguk sangat. Walaupun jenis spesis "ter" tu memang ada. Dalam dok tulis pasal filem saya teringat sorang kawan saya ni yang memang jenis "terketar2" ni.

Dia jenis yang tak boleh tunggu esok....jenis yang tahap teringin sesuatu sampai terliur2 atau tak boleh tidur malam selagi tak dapat. Atau tak boleh lupa sampai tahap migrane...dan suka menggunakan bujuk rayunya dari tak dapat sampailah dapat. Cuma satu saja yang saya nampak dia tak boleh ubah...sikap suaminya yang pendiam dan serius mungkin juga keras macam kayu tu. Tetapi saya tak serupa dengan dia walaupun kami berdua kawan baik.Saya jenis yang tak kisah kalau tunggu esok atau lusa atau tulat asalkan ianya bukan kes kecemasan atau keperluan.

Dan tiba2 je bila anak2 saya pulang mereka beli CD filem Anak Halal ni apa lagi macam pucuk di cita ulam yang datang la....mestilah tak sabar nak tenguk filem Melayu yang kononya hebat ni.

Masyaallah...tertanya2 saya apa dan di mana kehebatan ceritanya setelah saya mula menonton filem tersebut....kualiti gambarnya juga tak seberapa .Bahagian teknikal seperti kesan bunyi kesan apa2 lagi yang saya tak tahu nak komen sebab saya bukan tahu bab2 tu semua. Yang saya tahu hanya membandingkan filem Melayu dengan filem Thailand yang saya selalu tenguk(filem seram lokong, alone ,colic)...filem Filipina yang pernah di tayang di TV tak lama dulu, filem Hongkong dan filem Indonesia seperti Malin Kundang satu....sekurang2nya mesti ada sedikit kesan yang terpahat dalam hati saya untuk saya katakan filem yang saya tonton itu bagus...dan apa yang tersirat di dalam filem itu berjaya di sampaikan kepada saya.Sukurang2nya seperti filem Gubra, filem Cinta atau filem komidi yang benar2 mencuit hati.

BAGI PENDAPAT SAYA:

Filem Anak Halal adalah satu lagi filem yang kurang nilai moral yang baik dan menunjukkan betapa anak2 Melayu tidak tahu hala tuju hidup mereka dan suka dengan kehidupan sedemikian. Anak Halal menunjukkan kehidupan anak2 Melayu yang tidak langsung bertanya apakah agamaku atau apa kah tujuan hidupku ?Anak Halal hanya gimik kepada perkataan anak haram yang bersepah di kawasan2 setinggan dan flat2 murah di sekitar Kuala Lumpur.Anak Halal hanya sesuai di tonton oleh budak2 muda yang suka pelakun2 seperti Fasya Sanda yang suka menjerit2 kerana ketagihan dadah,suka kehidupan bebas, suka babak motor,babak melepak ,babak bertumbuk , babak hutang along dan babak edar dadah.

Anak Halal telah berjaya menjadi filem box-office di Malaysia....Itu yang Pelik tetapi Benar.Dan aku geleng kepala sambil mulut ku terus mengomel ketika menonton filem tersebut.

Comments

Lily Abdullah said…
Camtu ka crite dia. Saya pun ingat best sangat..pelem kita dah maju ke depan. Depa semua nak ikut pelem omputih. Watak jahat selalu dijadikan hero. Kononnya watak2 ni semua tarak salah satu pun. Mereka buat dosa kerana mereka menjadi mangsa keadaan.

Pemabuk kata dia minum air setan sebab tension.
Pencuri kata dia mencuri sebab tak cukup duit.
Penagih kata dia menagih kerana ajakan kawan-kawan
Perogol kata dia merogol sebab tak boleh "tahan"...perempuan tu seksi sangat.
Perompak kata dia nak kaya cepat.
Perasuah & kroni2nya pun berucap demikian juga.

Moral : Tiada siapa salahkan diri sendiri. Semua mangsa keadaan. Kasihan.

Popular posts from this blog

BERSALAH