GUBAHAN untuk LINApencilBox



Inilah gubahan yang baru siap ,cantik tak? truly speaking saya pun rasa tak puas hati sangat dengan rupa gubahan ni.Macam ada yang kurang.

Masa agak suntuk bila dapat mesage dari Lina yang dia mahu gubahan macam lalipop tu . Esoknya kami terus keluar cari barang Dan malam tu juga saya siap kan gubahan ini.

Kami berpeluang ke Air Hitam dengan suami...bertolak pukul 6.oo petang.Untuk mencari bunga cantik tak susah, tetapi warna biru agak kurang dan saya pula cuba mencari bunga bersaiz kecil dan murah sedikit ..Setelah berjalan ke beberapa buah kedai baru jumpa bunga biru yang sesuai ,harganya 4 jambak 10 ringgit.Manakala pasu nya pulak kami dah terbeli yang agak mahal iaitu 9 ringgit(harap Lina tak ralat le) Kami bernasib baik bila jumpa burung dengan sarangnya yang ada 50% potongan ,harganya jatuh 4 ringgit 50 sen.Kami juga membeli seekor rama2 kertas untuk hiasan yang beharga 2 ringgit. Saya campur 2 ringgit lagi untuk lain2 bahan seperti gam, rumput ,span dan reben jadi jumlah kos semua 27 ringgit 50 sen.

Untuk dik Lina, harap boleh kasi komen ye ( yang membangun saje ,tau! ) supaya makcik boleh memperbaiki lagi kelemahan yang ada.

Comments

lina pencilbox said…
makcik naha:)..


saya sangat sangat sangat suke..
cannntik sangatt..
mmg puas hati sangat2..
nanti saya bagi duit kat nodee ye:)

thnx.
saya tak sangka plak cepat siap bunga tu~
sebenarnya mak saya yang suke warna biru..
so, saya orderlaa satu gubahan warne biru:)nak bagi kat mak..
tapi nampaknye saya pun dah terpika t skali ni..heehee
so..

saya cam nak order satu lagi je..
warne pink..
boleh ke?
:D:D:D
tapi kali ni punye kecik sket bole tak..sebab meja study saya agak sempit~
:P

nanti lepas chinese new year saya amik eh..
:)
nanti saya promote kat kawan2 saya ye~..
tadi diorg tgk pun..diorg kata cantik~

:)
NoraHash said…
Alhamdulillah ,gembiranya sebab lina suka....boleh ,lagi kecil lagi comelkan....

Popular posts from this blog

BERSALAH