Hari Ini

Hari ini keluar rumah agak lewat around 10 am , no aerobic class jadi tak kisah lah lewat sikit , latihan saya cuma berjalan dan berlari2 anak atas thread mill selama 30 min ,kemudian cycling 30 min , akhir sekali buat goyang hoolahoop sebelum masuk kebilik berasap.Jam 12 .00 dah rehat. Semasa menuruni anak tangga, setiap langkah anak tangga menyebabkan PAHA saya terasa sakit nak mampus!

Dan macam biasa juga perut seperti menjerit2 minta di isikan jadi sebelum balik singgah kedai makan beli lauk,2 ekor ikan keli goreng berlada, 2 ketul ikan pari masak asam pedas ,urap dan masak lemak nangka.Harganya 16 ringgit,jadi saya pun cuba kira balik agaknya sekor ikan keli harga 3 ringgit x2 baru 6 ringgit, ikan pari 2 ketul mungkin 6 ringgit juga ,2 jenis sayur tu mungkin 4 ringgit,jadi betul le tu harganya..tak sabarnya nak sampai ke rumah nak bedal nasi yang dah masak awal pagi tadi.

Hari ni banyak perkara gembira berlaku ,selain dari rasa yakin diri tahap maximum (bahawa potongan badan saya akan bertambah seksi) saya juga dah buat keputusan nak daftar jadi ahli... saya boleh datang bila2 masa dengan hanya membayar 76 ringgit sebulan...duit pendaftaran dan ahli seumur hidup pula sebanyak 250 ringgit sekali bayar. Kalau di tolak , campur dan bahagi tetap lebih murah dari bayaran 18 ringgit sekali masuk.

Berita bagus lain bila suami dah park some money dalam akaun OSK and start buying Sime Darby and IOI blue chip shares. Bila saya tanya suami kenapa mesti panggil blue chips , jawapnya seperti biasa cuba mama tekan blue chips dalam internet nanti dia keluar...ok, ok nanti mama cari .....Blue Chip Shares.

Dan yang paling gembira sekali apabila anak dara saya yang bersusah payah berangan nak ajak abahnya pergi melancung hingga hampir2 tak jadi akhirnya hari ini telah dapat meyakinkan abahnya dan terus booking Air Asia and she/we chose Krabi , Thailand. http://krabi.sawadee.com/
to be our destination . Salah satu sebabnya ia dekat dan murah dari segi tambang , jadi kalau bagus boleh bawa anak2 yang lain atau lagi adventurous pergi melalui jalan darat . Suami awal2 lagi dah tolak idea saya ni tapi tak apalah . Nanti dah sampai sana bolehlah saya bandingkan dengan Pulau Langkawi Malaysia yang terkenal dengan rokok, coklat dan minuman murah tu.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH