N & N ,FLORAL AND GIFT SHOP.....antara angan2 dan keinginan.

Beberapa hari ini macam tak kisah nak up date entry.... bila on je computer mesti pergi ke You Tube....banyak benda berfaedah yang boleh dipelajari dari situ.

Selain dari mengadap komputer saya masih lagi berjaya menggerakkan punngong saya pergi ke gym...tetapi untuk berapa lama lagi pun entahlah...anak perempuan saya cuma ada seminggu lagi sebelum cutinya berakhir. Bukan tak suka pergi tetapi orang Melayu hanya saya dan anak saya saja ....yang lain semuanya Amoi. Segan juga tiap kali masuk bilik persalinan kalau kita sorang je yang brkulit gelap dan bersaiz L .Anyway bukan itu yang akan menjadi penghalang ,yang jadi penghalangnya bila nak keluar dari rumah nanti.. tak ada tukang ajak dan will power pula rendah, ada satu bar je ,nak mengangkat bontot yang berat ni mesti ada empat bar minimum.

Walau macamanapun jangan ingat saya tak bertekad nak teruskan.Salah satu sebabnya pakaian sukan dah dibeli sebanyak 2 pasang begitu juga tikar yoga.Jadi saya tak boleh berhenti separuh jalan!

Dua tiga hari ni saya juga asyik memikirkan bagaimana nak membuka kedai bunga..berapa modal yang saya harus ada..., berapa untung yang saya bole dapat....di mana saya boleh dapat supply yang murah selain dari KL dan Cameron Highlands. Apakah saya boleh order terus dari negara pembekal...apa risikonya. Masaalahnya saya tak ada tempat hendak bertanya.Aduh tadi masuk kedai bunga tu, tapi nak bertanya itu dan ini takut tak di layannya.Kedai bunga mesti ada peti ais untuk simpan bunga segar,mesti ada pasu2 besar dan kecil ,bunga2an yang tulen atau tiruan.Akhir sekali mesti ada gubahan untuk di jual.Naha & Nodee or N & N ,Floral and Gift Shop...apa macam bagus tak nama tu?

Selain buat gubahan yang menarik saya terpaksa fikirkan bagaimana nak menjualnya. Saya selalu terfikir kebanyakan rumah orang mesti ada bunga2 tiruan yang lama dan pasu2 yang terbiar kerana gubahannya dah rosak atau nampak buruk berabuk...sebenarnya bunga2 ini boleh di cuci semula dan diubah dan di beri nafas baru....konsep ini yang saya cuba ketengahkan...boleh bawa bunga lama dan saya akan gubahkan nya semula...kebaikannya satu, rumah anda tidak semak dengan bunga lama dan kedua, anda boleh berjimat dari membeli bunga baru yang agak mahal.

Dahulu saya juga pernah mention yang saya suka kalau orang dapat membelinya dengan cara yang tidak maembebankan...seperti bayar beransur2...Dua konsep inilah yang saya ingin serapkan jika saya berjaya mempunyai kedai bunga sendiri...

Comments

lina pencilbox said…
hi makcik naha:)

mm..better makcik mulakan kecil2 dahulu..kat online ke..
then..bila dah berkembang..baru buka kedai ke..maybe:)
saya terpikat betul laa dengan satu bunga tu..
boleh letak harge tak?
:D

as a support...
i'll be ur first customer:)
NoraHash said…
Hi Lina,
First thanks 4 ur support...hmmm...selalu kos ikut harga bunga dan pasu dan bahan2 lain...kalau upah selalunya tak ambil mahal...kadang2 free tenguk pelanggan lah ,biasanya kawan2 rapat dia orang akan beli bunga yang mereka suka dan mak cik tolong arrange je...kalau nak suruh mak cik yang pilih dan belikan di sini pun tak jadi masaalah.Cuma bagi tahu saiz gubahan ,kalau besar perlu pasu yang besar dan bunga yang banyak...bunga pulak ada kualiti yang mahal dan murah....so Lina boleh bagi tahu budget Lina berapa ...that's all.
lina pencilbox said…
hi makcik,..
sorry sebab terlupa..
oh ye..bajet saya siket je..dalam RM 50 ..x masuk bayaran penghantaran..

erm..saya suka laa bunga lollipop tu..
bape eh makcik nak jual?

Popular posts from this blog

BERSALAH