Sepetang di Singapura dan Semalam di JB

Semalam saya, suami dan anak perempuan kami bertolak ke Johor Bahru pada pukul 12 dan sampai lebih kurang 1.30 tengahari. Lepas parking kereta di sebelah bangunan Times Square kami terus masuk ke Pizza hut untuk makan tengahari atau isi perut kenyang2 dulu sebelum masuk ke Singapura.Satu kami dapat save duit kedua kami dapat save masa bila berada di sana.

Dari tempat parking kami cuma berjalan kaki ke tambak Johor iaitu ke pintu masuk Singapura.Selepas pass port kami di cop kami turun semula mendapatkan bas yang akan masuk ke negara jiran dengan tambang sebanyak RM1.90 untuk turun di WOODLANDS .

Di Woodlands kami baru tukar RM ke Singgit (SingaporeRinggit).Sebab tak jumpa money changer kami cuma tukar dekat kedai biasa.RM200 dapat SD 82.Jika di bandingkan 20 tahun yang lalu nilai Duit Singapore telah berlipat sekali ganda.Dari Woodlands kami menaiki monorail ke Orchard Road.

Setahu saya di sini terletak Shopping2 complex dan megamall yang paling besar.Setiba kami di sini keadaan tidak semeriah yang kami duga.Tidak ramai orang baik di dalam Mall atau di tempat pejalan2 kaki.Terdapat juga beberapa orang Melayu yang lengkap memakai baju kurung dan baju Melayu bersongkok dan bersampin menangkap perhatian saya.

Mereka kelihatan janggal di celah2 orang ramai dan kelihatan sangat asing.Mungkin kerana jumlah mereka yang kecil.Mudah cakap kalau di Malaysia orang2 ini tentulah tidak janggal malahan kalau orang India di Malaysia pakai sari pun saya tidak nampak janggal di Malaysia kerana jumlah mereka memang ramai tetapi entah kenapa disana saya lihat seperti ada kejanggalan.

Kami cuma habiskan 4-5 jam di sana dan cuma belanja ais krim dan minuman dan ambil gambar buat kenangan.Mungkin di lain kali kami akan ke Jurong Park pula,Insyaallah.

Semasa bas yang kami naiki sampai ke JB, suasana amat berbeda>>>semacam Mati hidup Semula(expression only)

Sebaik saja kaki kami mencecah tanah Malaysia, kami sudah nampak kesibukan teksi bandar, kereta ,bas, motor dan lain2 berderet2 nak masuk jalan yang di tutup sana sini dengan blok plastik merah putih tu.Bau kari kambing kedai mamak dah menusuk(bukan cucuk) hidung. Bunyi Muzik dari kedai2 Video menambah kecerian kami.Walaupun di tepi2 jalan sepanjang ke kedai mamak banyak lubang dan sampah ,kami dah terbiasa dan kami tetap gembira pulang ke tanah air, ok.
Anak dara saya yang suka chewing gum tertanya2 kenapa di Singapura tak ada chewing gum...rupa2 nya dia baru perasan walau pun 7 E bersepah ,tetapi makanan kegemaran nya tidak boleh jual di sana >>>>INILAH TAHAP KEBERSIHAN SINGAPURA!

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH