HARI RAYA celebration




Raya datang lagi dan perkara2 yang sama berlaku seperti raya2 terdahulu contohnya pada malam raya:

PERKARA2 WAJIB KeNA BuaT:-

-Dengar pengumuman penyimpan mohor2 besar mengenai tarikh hari raya sebenar.Kalau dulu keadaan begini meninggalkan rasa gundah gelana kepada ibu2 yang ingin membalut ketupat kerana terpaksa mengharap pada peneropong2 anak bulan Syawal yang tak pernah berjaya melihat anak bulan Syawal kerana cuaca yang tak menentu di Malaysia.Pada suatu ketika dahulu mALAYSIA selalu gempar kerana berbeza pendapat dan waktu raya di dalam negerinya sendiri.

-Buka daun palas untuk bungkus ketupat dan keluarkan daging segar untuk memasak rendang. Yang ini no masaalah sebab dah expert.

-Siapkan duit raya dalam envelop dan asing kan mengikut jumlah wang takut terberi salah orang.Sekali tu saya dapat duit angpow dari kakak ipar yang sepatutnya di beri pada bapak mertua. Ofcourse le saya tanya dia sebab jumlah wang dalam angpow tu tak munasabah untuk saya, rupa2nya memang sah dia tersilap bagi >>> Untuk lebih selamat sila guna envelop besar untuk duit kertas bersaiz lebih besar atau banyak dan kecil kepada wang kecil.Kemudian cek semula takut ada sampul kosong nanti ada pula orang yang PUTIH MATA.

-Pastikan semua baju Melayu anak2 dan suami siap dengan kutang baju dan padanan kain samping beserta songkok atau kopiah.Oleh kerana tiap2 tahun anda penyimpan songkok, samping dan kutang baju mereka jadi andalah akan menjadi mangsa jika barang2 itu tidak ada di depan mata mereka.

-Pastikan bekas kuih seperti balang, piring ,gelas, cawan ,jag, teko, dispenser dan apa2 yang berkenaan sudah di bersihkan dan tersedia di tempat yang mudah di ambil.

-Jika anda jenis yang suka menghias seperti meletakkan jambangan bunga atau buah2an sebagai hiasan supaya nampak menarik .Siapkan pasu atau mangkuk yang bersesuaian di tempat yang bersesuain.Buah2an yang hendak di letakkan di dalam bekas perlulah di basuh terlebih dahulu untuk mengelakkan tetamu anda memakannya tanpa dibasuh.Kebanyakan tetamu malas hendak menyusahkan diri mencari sinki air walaupun mereka tahu buah itu belum di basuh kerana ada pelekat atas buah2 tu.Satu lagi sediakan pisau buah yang bersesuaian.

-Sapu,mop dan lap habuk di tempat2 tetamu duduk .Bila anda bangun esok anda dapat buat sunat2 yang lain dengan tenang.

PERKARA2 YANG TAK WAJIB TAPI MASIH DI BUAT PADA MALAM RAYA:
-Buka lampu lip-lap ,untuk menambah keceriaan.Kadang2 sampai ke pagi dan menjadi satu pembaziran.

-Bakar bunga api dan mercun.Yang ini saya tak masuk campur le tetapi anak2 jiran saya masih membakar mercun.Sepatutnya kan malam tu kita kena banyak beribadat kerana masih di malam lailatulkadar sehinggalah terdengar takbir raya.Dalam keadaan mercun yang telah di haramkan oleh kerajaan masih lagi ada orang yang berani letupkan nya di sana sini.



PAGI RAYA:

-Bangun pagi macam biasa berebut bilik air.Siapa yang ada kes emergency memanglah suffer sedikit menahan diri ketika menunggu giliran orang dalam tu keluar.Kalau tak sabar kena ketuk pintu bilik air banyak2 kali dan kuat2 baru orang dalam tu tak boleh berangan panjang2.

-Sediakan minuman pagi bersama ketupat dan rendang.Kerana kebanyakan hidangan pagi raya manis2 ,berlemak dan pedas. Kenalah bancuh teh tu cair2 sikit dan kurang manis.

-Kunci semua pintu dan tingkap apabila penghuni rumah ke masjid untuk sembahyang sunat raya .
-Pulang dari masjid, waktu mohon maaf dari suami begitu juga ahli2 keluarga yang lain.Yang bergaduh dan masam2 muka tu selepas beraya ni jangan mula mengumpul balik dosa2 tu.

-Sesudah bermaaf2an ,ahli keluarga terutama yang laki2 akan ke kubur.Waktu inilah talipon asyik berdering nak bagi tau akan kedatangan mereka ahli2 keluarga yang terdekat.





Lepas ziarah kubur maka bermulalah kunjungan rumah ke rumah dan kemeriahan yang tak terhingga.
NAk UPLOAD gambar pun SUSAH>>>>>>>server DOWN giLA!



Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH