SedeKah

Alhamdulillah dari dulu hingga sekarang saya jadikan bersedekah itu sebagai suatu amalan.
Kadang2 saya tak sedar pun setiap kali saya bersedekah pada orang ,ada pula rezki datang sebagai tambahan duit saya yang kurang tadi .

Dulu waktu kecil orang tua saya suka bersedekah pisang kepada kanak2 setiap hari Jumaat.Amalan ini saya tak pernah buat mungkin keadaan saya yang duduk terpencil dari orang. Yang hairannya saya pernah dengar ceramah Ustz Ismail Kamus bila dia menyindir orang kampung asyik2 sedekah pisang.Waktu itu makanan memang susah dapat apa, pernah tak dengar zaman era komunis asyik2 rebus ubi kayu untuk di jadikan makanan , mana ada piza, KFC atau Mc Dee ke.Sedekah pisang pun kalau ikhlas apa salahnya.

Cakap pasal pisang ni tiba2 je baru ni pekerja suami bagi dua tandan pisang emas dari kebunnya.Satu tandan dah masak, bayangkan dalam bulan puasa mana saya nak termakan walaupun pisang emas memang kesukaan saya.Jadi saya terpaksa masukkan ke dalam beg plastik dan beria2 nak bagi orang.Pada mulanya nak bagi pada anak2 Che'Mat tetapi suami tak berapa setuju. Jadi pisang yang masak tu terpaksa berada dalam rumah saya lagi. Esok tu pula saya ke asrama anak dan saya pun bawa lah bungkusan pisang itu lagi, bila nak bagi kat anak katanya pisang yang saya bawa dulupun kawan2nya tak makan. Mana taknya kebanyakan keluarga budak2 di sini punya kebun buah. Jadi sekali lagi saya terpaksa angkut balik ke rumah.

Bila saya bandingkan zaman saya kecil2 dulu dengan zaman kanak2 sekarang memang jauh berbeza.Budak2 dulu berebut2 kalau di beri makanan.Seperti kelaparan.Saya rasa susah nya mahu sedekah pisang.Waktu2 begini saya akan teringat kumpulan2 kera yang selalu melintas jalan apabila kami mahu ke Kluang. Kalau saya dapat bagi pada kera2 tu pun lebih bagus dari pisang2 tu jadi busuk.

Akhirnya saya dapat juga bagikan pisang walaupun sudah ranum dan sedap kalau di buat cucur kodok itu kepada pekerja suami.Tamatlah rasa sedih saya melihat barang2 makanan yang terpaksa di campak ke dalam tong sampah setiap kali jadi busuk dan tak boleh di makan.

Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH