SEpaNjaNgMinGguRaya

Banyak hal yang membingungkan dan mengembirakan saya di sepanjang minggu ini.

Yang membingungkan:
1)Apa dah jadi dengan perempuan yang telan SIM kad tu....dia kena kurung sebab tak de dokumen perjalanan yang sah saja.Tuduhan atas kes Nurin yang dia ada kaitan dengan pembunuhan budak malang tu, bagaimana? SERKAP JARANG LAGI POLIS MALAYSIA NI.Saya tak nampak polis dapat tangkap pembunuh Nurin sebab pembunuhan Nurin terancang>>>>mereka memang nak cabar keupayaan POLIS. Mungkin juga betul kata RPK >>>pemberi2 MAKLUMAT sudah tidak mahu keluar memberi maklumat>>>Polis akan LUMPUH tanpa mereka.Ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya tak? Mana tahu nak kong kalikong cerita yang terdasyat dalam era pemerintahan sekarang, dengar kata polis pun dah ada dua team.Satu team yang dah tahu siapa PEMBUNUH tapi buat2 tak tahu dan satu team yang memang tak tahu siapa pembunuh tapi buat2 macam tahu.Pelik bunyinya tapi otak saya tak boleh berhenti berprasangka.

2)Kemudian saya terbaca komen MB Melaka pasal dia tak perlukan undi bangsa Cina atau India. BN tak perlu MIC OR MCA? Bestnya tahap keyakinan diri seorang MB.Tetapi apa agenda politik dia ,itu yang saya ingin dan tersangat teringin nak tahu,yang tersirat bukan yang tersurat... Buat masa sekarang otak saya tak boleh nak compute. Kesan lemak lemang dan ketupat yang BERAT atas otak saya.Atau saya dah lama tak baca blogs pengkritik politik tanah air sepanjang beraya ni.

Yang mengembirakan:
1)Bila baca cerita bekas tahanan ISA yang berjaya dapat 2.5 juta saya sangatlah teruja dengan kejayaan seorang rakyat membantai kerajaan. Itu baru sorang, macamana yang lain2,bagaimana dengan rakyat yang meninggal dalam tahanan ISA tanpa pembelaan.Duit mungkin terlalu mudah di keluarkan oleh kerajaan bagaimana pula kita heret orang yang mengeluarkan perintah masuk penjara pula.

2)Pengeboman untuk matikan Benazir Bhutto oleh musuh PolitIknya. Benarlah janji Allah kepada hambanya yang belum lagi sampai. Walau pun dua kali bom meletup tetapi Benazir terselamat.Dan yang amat GAH nya bila trajedi itu sedikit pun tidak melunturkan semangatnya. TAHNIAH dan Mudah2an Allah melindungi orang tidak BersaLah.

3)TDM semakin sembuh .Mereka kata dia pun jahat, apa2 je lah macam la kita ni baik sangat. Cuba bagi kuasa terutama jadi PM entah2 berkali2 ganda JAHATnya. Yang penting OTAK yang GeLIGA dan semangat JUANG yang ada pada seseorang pemerintah.Kalau jahat tak kemana ,satu dua tahun akan JATUH juga kecuali kalau di amalkan pepatah kita kena kejam untuk jadikan orang itu baik.

Akhir sekali saya memang bingung dengan telatah ORANG POLITIK ,satu hari mereka bermusuh dan pada hari yang lain mereka boleh duduk semeja atau sebangku atau mungkin sekatil.

Comments

Lily Abdullah said…
Naha,
Semeja dan sebangku tu perkara biasa...hari ini musuh esok kawan pun biasa..tapi bab sekatil tu tak beranilah nak komen...tapi tak juga mustahil....ahli politik kan suka main silap mata...David Copperfield pun surrenderlah...:)

Popular posts from this blog

BERSALAH