INDON RASA SAYANG Versus MALAS IA/ MALAYSIAL

MAaf ye tuan2 dan puan2 saya pengagum orang Indon, tau tak? Ya, jangan marah2 saya ok ,saya tak mahu jadi hipokerit.Suami saya lagi le die hard fan. Senang bilang suara Broery dan suara suami sudah lama bersatu kayak lagu P RAMLI 'irama dan lagu tak boleh di pisahkan'.

Ape le orang Indon ni lagu' Sayang2 he!' pun nak melenting tak tentu pasal.Dan Malaysia ni pun satu hal juga.Kan lagu Arwah P Ramli banyak yang best macam lagu sua sue kemuning ,bujang lapok ke, maaf kan kamike lagu tolong kami bantu kami ke ntah apa2 lagi yang best2 belaka .Bawa le lagu tu dan ubah senikatanya.Asyik2 nak pakai lagu orang luar.Hari tu dah lah ade orang Indong mungkin cemburu kot dok perli2 pasal angkasawang kita.

Kadang2 saya juga benci dengan perangai orang2 Indon especially minah Indon yang gedik2 tu tapi apa boleh buat bila di fikirkan kembali minah Melayu pun banyak yang gedik tapi tak over sangat macam Minah Indon jadi kenapa nak benci kan.

Mungkin saya pompuan ada rase cemburu atau ghisau2 atau ngilu2 gitu dengan Minah Indon ni tapi bukan benci ok.

Fulamak ,pernah bandingkan suara Minah Indon dengan Minah Melayu tak ? Cara dia orang bercakap.... terhele2 lembutnya. Punuh expression dan impression .Jika mereka marah kota Melaka pun boleh roboh, bila merayu pula ais kat kutub utara boleh cair dan kalau sekadar berbual, panjang tembok Cina ,panjang lagi teks mereka.Itulah kelebihan bangsa Indonesia.

Kalau dulu saya pernah baca surat seorang petani Indonesia menulis satu kajang siap dengan mukadimah yang indah seperti memohon agar Tuhan merahmati tuannya.Agar tuannya sihat dan lain2.Kemudian bersambumg menceritakan perihal dirinya dan kemaslahatannya .Dan akhir sekali baru kita tahu dia mahu ketuanya membelikan satu but untuk memudahkan dia bekerja.

Dan kalau dalam koran (surat khabar) mereka pun begitu juga isi yang mahu di sampaikan pendek tetapi tulisannya berjela2. Kalau ada kes rogol ,siap terperinci bagaimana kainnya di selak dan jejaka buat apa pun akan di tulis. Saya ketawa kerana terbayangkan reporter boleh ada di depan orang yang kena rogol ,begitulah hebatnya daya imiginasi tukang tulis atupun mungkin di ceduk bulat2 cerita mangsa.

Indonesia memang teguh bersatu di bawah satu bangsa. Apa yang saya kagumkan ialah bangsa Cina di sana walau pun pernah di tindas tetapi tetap menyokong pemerintah.Jadi di sini saya boleh katakan bahawa pemerintah Indonesia sudah berjaya menyatukan mereka di bawah satu bahasa iaitu Bahasa Indonesia yang ala2 Bahasa Malaysia tu.

Kalau orang Indon megah dengan Bahasa mereka (kononnya kita bukan serumpun)kenapa tidak guna pakai bahasa lain selain bahasa yang sama seperti bahasa Malaysia.Orang Cina punya tulisan ,bahasa dan huruf mereka sendiri,begitu juga orang India punya tulisan ,bahasa dan huruf mereka sendiri. Jadi DIMANAKAH TULISAN DAN HURUF ORANG INDONESIA ? Sebenarnya soalan ini untuk orang Malayu MALAYSIA jugak ,tau tak.

Last sekali saya nak bagi tahu orang Indonesia tak payah lah nak marah2 sebab lagu Rasa Sayang tu.... saya nampak sama saja bila cubit paha kiri kanan terasa .Orang Indonesia yang kawin dengan orang Malaysia di Malaysia dah tak mahu pulang ke Indonesia begitu juga orang Malaysia yang berkahwin di sana sudah tidak mahu pulang ke Malaysia... KITA SAMA SAJE, OK! Macam dalam lagu apa tu BENCI TAPI RINDU. MAraah2 SAYANggggggggg!

Dan jangan lupa untuk nantikan perlawanan bola MY Team dengan juak2 Indonesia di SBJ selepas raya nanti. Tiket murah aje RM 10.Kalau anda bernasib baik dapat tonton reaksi2 ghairah penyokong kedua2 negara.Jumpa anda di SANA!








Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH