SAKIT LAMA dan SALAM AIDIL FITRI


Dari petang semalam tekak dah rasa gatal dan kering.Bila ludah ada seketul kahak kuning pekat.Memang sejak dulu lagi kahak yang seketul ni masih tak mahu hilang.Ini bermakna saya belum 100% sembuh namun untuk pulih seperti sekarang pun saya tak pernah bermimpi.

Waktu berbuka puasa memang macam2 yang saya makan dan minum.Hari ini suami(yang memang teror memasak) masak kari daging sedap di samping rendang Udang Putih yang dan 3 hari perangat sebab banyak sangat (pun suami yang masak sedap2) .Saya cuma rebus 2 biji telur asin je...tu pun suami tak jamah sebab dia jenis suka tabur garam tepi pinggan.

Minuman pula saya saji air coco cola yang masih ada 1/3 botol dan air kotak oren dan mangga. Selain tu saya juga makan buah longan tin yang dah sejuk (makan dengan banyaknya).

Lepas solat Isya dan Tarawikh saya terus sambung dalam dunia tanpa sempadan ni,saya pakai PC suami pakai Laptop.Suami masuk dunia dia saya masuk dunia saya dan bila dah mengantuk baru masuk tidur sama2.

Waktu nak tidur ni lah saya terbatuk dan saya tahu ia bukan sebarangan batuk tetapi batuk darah.Hmmm...dah hampir 3 tahun tak batuk darah hari ini batuk semula.Semalam saya tak cerita pada suami takut tergendala mimpinya jadi pagi tadi baru saya bagi tahu.Dan seperti biasa kena tegur sebab tak tahu control makan.

Saya sebenarnya kena banyak berpantang seperti tak boleh makan benda yang di anggap 'tajam' bukan bermakna tajam macam pisau tetapi yang berasid tinggi seperti nenas, limau ,cuka ,buah kuinin and so on i guess.

Tapi nafsu nafsi saya ni tak boleh di jinakkan oleh akal yang mengatakan benda2 tu tak baik untuk saya. Cheh!buruknya perangai.

Saya akan makan banyak bila saya rungsing tanpa sebab.Saya juga akan makan banyak bila saya bengong tak boleh berfikir. Saya juga suka makan bila saya happy banyak duit. Saya juga suka setuju untuk makan bila orang ajak makan. Saya akan makan makanan yang ternampak depan mata dan apa2 saja yang boleh makan. Waktu saya kurang makan ialah ketika saya sedih dan susah hati dan keadaan sekarang sangat lah senang hati.

Jadi semalam waktu sahur saya rasa tak mahu bangun dan makan tetapi kerana kasihan kat suami yang jenis tak tahan lapar kalau tak bersahur, saya pun bangun juga.Kalau dulu tiap kali saya batuk berdarah saya akan ke klinik ambil anti biotik tetapi sekarang tidak lagi saya lebih banyak berhati2 dengan apa yang saya makan kerana takut luka dalam paru2 saya merebak.

Kesan dari pengambilan anti biotik yang banyak membuatkan daya ingatan saya lemah dan tulang2 saya sakit dari dahulu lagi tetapi kerana faktor usia sakitnya kian kuat.

Tadi lepas subuh dapat SMS dari anak saya,Azlan Shah dari UPM Serdang ,dia dah mula bertolak.Bersama dengannya ialah abngnya,Ahmad Shah,anak sulung saya,sepupunya, Hilman Hakim iaitu anak kakak ipar dan kolej matenya Megat yang tinggal di Taiping.

Mereka akan ke Shah Alam dulu berjumpa dengan Kak Lily ,kakak kepada Hakim untuk bersaing pulang ke Taiping.Mudah2an perjalanan mereka selamat.Manakala saya dan suami bersama dua orang anak yang berada di Tingkatan Dua iaitu Abdul Khaliq atau 'Adik' dan Muhd Qayum dlm Ting Lima akan bertolak esok dan akan singgah di MMU Ayer Kroh untuk mengambil anak perempuan saya Farrah Nur Diana.

Belum pasti lagi keadaan jalan raya pada hari ini dan esok. Semalam bila tenguk berita dalam Ops Sikap jumlah orang yang meninggal dunia dalam musim perayaan ini sudah meningkat 20 orang.Nauzubillahiminazzallik.

Akhir kata , SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI untuk semua yang beragama ISLAM di dalam negeri baik pun di luar negeri.MOHON MAAF SEIKHLAS2NYA DARI LUBUK HATI SAYA.





Comments

Popular posts from this blog

BERSALAH